Gambar: INGimage
Dr Turner mengatakan sekiranya anda tidur tanpa sehelai pun pakaian, badan anda seakan-akan menekan butang ‘reset’ kepada hormon fat loss dengan cara merembeskan hormon yang boleh membina sel di dalam tulang, kulit dan otot ketika tidur sekali gus menggalakkan penurunan berat badan. Keadaan badan yang tidak berbaju akan membuatkan badan anda di dalam keadaan sejuk di mana sangat bagus untuk rembesan hormon tersebut.
TEH YANG BOLEH MENGURANGKAN STRESS >>
Bukan itu sahaja, tidur dalam keadaan tidak berpakaian akan mengurangkan hormon kortisol yang menyebabkan anda stres dan memelihara tenaga di dalam badan anda ketika tidur. Dan sekiranya banyak hormon kortisol dirembeskan ketika tidur, seseorang akan merasa sangat lapar setelah bangun tidur dan membuatkannya makan lebih daripada yang sepatutnya.
TIP PEMILIHAN PAKAIAN DALAM >>
Selain daripada itu, pakaian yang memanaskan badan ketika tidur boleh mempengaruhi hormon pertumbuhan dan melatonin yang mempercepatkan proses penuaan. Jika anda tidur tanpa pakaian, kulit akan menjadi lebih senang dipulihkan sekiranya mempunyai cela kerana hormon pertumbuhan akan menjadi lebih aktif. Untuk pasangan yang sudah berkahwin, tidur di dalam keadaan berbogel mampu menambahkan rasa sayang kerana kulit saling bersentuhan dan akan menjadikan hubungan seks lebih ghairah.
0 comments:
Post a Comment