Showing posts with label Info Akhir Zaman. Show all posts
Showing posts with label Info Akhir Zaman. Show all posts

Thursday, February 12, 2015

Restoran Kurang Ajar Pada Kucing !!!

 

"Salam dan perhatian warga penang, Mohon boikot kedai Nana Tomyam yg berdekatan dgn balai polis di mydin chowrasta, Kerana tindakan pkerja dan owner kedai yg sgt biadap, Smlm p mkn kt sna,mcm biasa kedai kosong xde kcg,.tgh mkn tiba2 ada skoq kcg mgandung lalu di koridor kedai depa,, ada skoq setan ni p cepat2 ambik air kt blkg dan curah kt bdn kcg tu.. 
Kcg tu trkejut dan lari lintang pukang lintas jln raya yg keta dok mai laju..
Ya Allah dah la dia mgandung..klu kena langgaq?
Punya xda akai org tu,bila maki dia dia buat muka bodo..trus stop mkn byaq smbil ckp ak akan report dan ak x support kedai yg kejam kt kcg2 jalanan..pkerja dia thailand ckp ala kcg je pun!!
Abis kcg je pn knp nk curah air kt dia,dan bila snap pic ni depa kta eh eh xsiap sedia lg ni.snap la lg skli..depa perli men plak..depa ingt klu report depa xleh kena apa sbb kes psl kcg ja..
Xpa Allah maha kaya..tggu la blasan ampa..x bungkus kedai mmg saja klu dah prgai cm apa ja!!
Mmg last dan xkan p dah la!!
Sekian!
"

Itulah yang dikatakan oleh seorang pelanggan dan juga pengguna facebook CoCo Chan. Apa Salah kucing tu cuma nak lalu dekat kedai tu? Belum "meow" nak mintak makan lagi !! Ingat lah..bukan semua rezeki kita tu kita punya, ade sebahagiannya adalah rezeki orang lain. Jangan sampai Allah menarik semula rezeki yang telah dia berikan kepada kita. Nauzubillah !!

Read more…

Tuesday, February 10, 2015

[18SX] Perempuan Ni Dengan Slamber Tunjuk "Buah"nya di Tempat Awam !!




MINAH TUDUNG YANG KURANG AJAR | Kurang ajar betul minah tudung nie, bergambar dalam keadaan yang memalukan di tempat awam. Pakai saja tudung tetapi perangai macam apa!! Kalau tidak salah gambar ini dirakamkan di sebuah restoran makanan segera.








Kalaulah tempat terbuka sudah macam ini, apa lagi kalau tempat yang tertutup. Kenapalah perempuan sanggup buat apa saja demi teman lelakinya? Bukan tunang…jauh sekali suami. Menyesal kemudian hari tiada gunanya. Fikir-fikirkanlah.

Read more…

[Gambar] Remaja Melayu Bangga Minum Arak !!


 Wowwwww... Bangga agaknya bila dapat menghabiskan 1 botol Arak "Chivas" sampai nak gambar-gambar bagi tayang.. alahaiii... 
Lihat Gambar Dibawah nih.. 








Read more…

Monday, February 9, 2015

Ramai Remaja Perempuan Malaysia "Pecah" Dara ??!!



KUALA LUMPUR: Hubungan terlarang membabitkan pelajar sekolah dan remaja semakin membimbangkan, dengan ramai mengaku kehilangan dara menjelang umur 18 tahun dan melakukannya dengan lelaki berlainan. 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, ini berdasarkan soal selidik membabitkan 2,800 responden berusia 15 hingga 25 tahun yang dijalankan sebuah universiti tempatan dengan portal YouthSaysdotcom, baru-baru ini.

“Sebanyak 60 peratus gadis hilang dara menjelang umur 18 tahun, manakala 24 peratus daripada mereka mengaku pernah melakukan seks dengan lima kekasih. 

“Hasil kajian rambang ini mungkin mengejutkan beberapa pihak, tapi inilah ‘reality check’. Kita kena terima hakikat remaja hari ini tahu mengenai seks lebih awal, seawal 10 atau 11 tahun. 

“Majoriti memperoleh maklumat daripada teman sebaya atau Internet, dan ada juga mengenali seks melalui pornografi. Sangat sedikit mendapat pendedahan awal mengenai seks dengan bertanya ibu bapa atau guru,” katanya. 

Menurutnya, 74 peratus remaja yang melakukan seks mengaku tidak mengamalkan kaedah perlindungan.
Malah, 83 peratus memberitahu tidak mengalami kesan negatif daripada tindakan mereka. Separuh daripada mereka berasa ‘bahagia’ kerana pengalaman seks itu.

Kira-kira 30 peratus remaja pula memikirkan seks setiap hari dan 50 peratus tidak pasti mereka ada pengetahuan cukup mengenai seks sebelum mengadakan hubungan.

Malah, berdasarkan soal selidik sama, ada 33 peratus hasil menunjukkan kemungkinan anak gadis yang masih belajar di tingkatan empat pernah melakukan hubungan seks. Dua daripada tiga pelajar melakukan hubungan seks kerana ingin mencuba dan bersuka-suka, manakala selebihnya kerana mengikut kehendak teman lelaki atau diajak kawan.

Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat pula menunjukkan sebanyak 111 kes remaja hamil sepanjang empat bulan pertama pada 2010, menurun berbanding 131 kes sepanjang 2009 dan 107 kes pada 2008. 

P/s: Kronik memang kronik. Kalau anda selalu membaca portal berita di Singapura, keadaan yang sama turut berlaku di sana.

Bezanya, di sana majoriti remaja yang terlibat bukan beragama Islam, di Malaysia remaja yang sering menjadi bahan berita di akhbar atau menjadi pelakon klip 3gp lucah ialah orang Islam.

Yang membuatkan berita di atas tidak berapa kena apabila yang membicarakan hal itu ialah Timbalan Menteri yang pernah mencetuskan kontroversi apabila mendakwa seseorang boleh melacurkan diri jika berada dalam keadaan darurat.

Hosted on: kamithemedia.blogspot.com

Read more…

Friday, February 6, 2015

[18SX] Aduh! Baik Tak Payah Pakai Tudung Kak!



Tak faham betul dengan orang yang nak sangat berfesyen ni ! Kata pakai tudung, tapi nampak segala-galanya..Memalukan orang lain yang memakai tudung je! 
Fesyen pun ada batasnya jangan sehingga memakan diri sendiri..tutup aurat lain tapi lain yang terbukak!




Read more…

Wednesday, February 4, 2015

Pusat Gym Tawarkan Khidmat Seks ??!!



JOM workout, itu istilah bagi kebanyakan mereka yang biasa bersenam di pusat gimnasium atau gym.

Kami yakin kebanyakan kita beranggapan gym adalah tempat melakukan aktiviti-aktiviti kecergasan agar hidup lebih sihat.

Namun, lain pula istilah ‘jom workout’ di sebuah gym yang membenarkan pelanggan mereka melakukan senaman tanpa seurat benang pun membaluti badan masing-masing.

Ini bukan rekaan tapi benar-benar terjadi di negara jiran kita Thailand.

Natijahnya, gym tersebut telah diarahkan tutup oleh pihak berkuasa sana baru-baru ini setelah didapati membenarkan pelanggan wanita dan lelaki melakukan senaman dalam keadaan bertelanjang bulat sekaligus membuka jalan kepada aktiviti tak bermoral.

Menurut laporan AsiaOne, premis yang dinamakan Ebi Sauna & Fitness tersebut turut menawarkan ‘urutan istimewa’ kepada pelanggan yang sanggup membayar harga tertentu.

Untuk menjadi ahli kelab dan memasuki premis ini pelanggan cuma perlu membayar lebih kurang RM190 dan menambah wang RM500 hingga RM1’000 untuk mendapatkan ‘urutan istimewa’ yang ditawarkan.

Macam ni punya kelab pun ada.. ini bukan nak bersenam tapi merenyam! -MYNEWSHUB.CC

Read more…

Tuesday, February 3, 2015

Remaja Rakam "aksi" dengan Pasangan Tersebar !!

Sebuah klip video selama 5 minit 28 saat yang memperlihatkan satu pasangan remaja Melayu melakukan hubungan seks di sebuah hotel kini tersebar di beberapa lama web lucah popular.
 
 http://i.imgur.com/B6WBl.jpg
Foto Hiasan
Pasangan berkenaan didakwa pihak yang memuat naik video berkenaan sebagai baru sahaja pulang dari bergembira di kelab malam.

Tidak tahulah mereka pasangan suami isteri atau apa… kalau bukan maknanya berzina…dan itu sudah satu hal…ditambah lagi dengan kebodohan merakamkan aksi yang tidak sepatutnya.

Ini bukan kali pertama dan seolah-olah semakin menjadi satu perkara yang macam diterima di negara ini.

Kalau dahulu benda macam ini bukan main kecoh, namun sekarang orang acuh tak acuh.

Artis yang pernah terbabit dalam aksi yang tidak sepatutnya dirakam pun kembali berlakon dengan muka tembok. Macam tidak ada apa-apa yang berlaku.

Rasanya, tak lama lagi akan jadi semacam kebangaan pulak kot kalau dapat rakam aksi seks dan sebarkan kepada orang ramai… glamour tak bertempat.

Sumber: Mynewshub

Read more…

Monday, February 2, 2015

Astagfirullah !!! Remaja Ni Dah Kempunan Sangat Agaknya !!



Foto: Serius Memang Parah Dah Ko Nih!!! – Ini lah bahayanya jika biarkan akaun facebook tidak di sign off dari telefon bimbit. Inilah akibatnya…

Menurut sumber, bukan gadis ini yang menulis status tersebut namun ia ditulis oleh rakan yang meminjam telefon bimbitnya, kemungkinan besar facebook dalam telefonnya tersebut tidak di sign off kan terlebih dahulu. Mungkin dari itu rakan beliau telah mengeluarkan status tersebut.

Menggunakan nama samaran Farah Nasuha **** mengeluarkan status di facebook dengan slogan “sapa couple dengan saya dapat t3tek”. Harap dapat dijadikan pengajaran.

Read more…

Saturday, January 31, 2015

PornStar Mia Khalifa bawa Nama Buruk Pada Islam. [18sx]


PornStar Mia Khalifa bawa Nama Buruk Pada Islam.

http://www.independent.co.uk/incoming/article10004800.ece/alternates/w620/miakhalifa.jpg

Seorang pornstar berumur 21 tahun yang namanya baru naik, Mia Khalifa atau nama sebenarnya Mia Callista, lahir di Beirut,Lebanon. Menurut berita, dia seorang yang memegang Ijazah Sarjana Muda Sastera di University of Texas at El Paso.

Pada Disember 2014, sebuah laman web lucah PornHub mengeluarkan kenyataan bahawa Mia khalifa dah menjadi Pornstar No 1 dalam laman web mereka mengalahkan Lisa Ann yang sudah bersara.Disebabkan ini, ramai penduduk dari lebanon menganggap dia seorang yang memalukan dengan membawa nama Negara Lebanon ke Serata dunia dalam aksi lucahnya.

Apa yang paling memalukan, Mia dalam salah satu videonya, memakai tudung atau hijab semasa melakukan aksi terkutuknya itu menyebabkan ramai orang memandang serong terhadap agama Islam.Sebab perkara ini juga dia menerima beberapa notis untuk membunuh dia.

https://www.exploretalent.com/articles/wp-content/uploads/2015/01/youtube.com_mia-khalifa_new.jpg

http://images.foodworldnews.com/data/images/full/16917/mia-khalifa-real-name.jpg?w=620

http://www.lebaneseexaminer.com/wp-content/uploads/2015/01/Khalifa-400x255.jpg



Read more…

Thursday, January 29, 2015

Akhir Zaman !! Remaja Bercumbu di Tempat Terbuka !!

Perghh, dah macam ‘trend’ bagi remaja zaman sekarang melakukan aksi tidak senonoh di khalayak ramai.

Aksi tidak senonoh pasangan ini berjaya dirakam oleh pengunjung di sebuah restoran makanan segara KFC.

Jika anda perhatikan, dengan selambanya pasangan tersebut bercumbu sakan sehingga lelaki di dalam video tersebut mula ‘mengorak langkah’ menuju ke arah kemaluan wanita tersebut.


Dasar tak tahu malu sungguh!

Di penghujung klip, kelihatan wanita itu pun macam dah mula risau dengan tindakan rakus teman lelakinya dan cuba bangun dari kerusi sebelum dia dirogol atas meja makan tu aje!

Sape suruh layan dari mula kan? Mamat tu dah tak boleh nak kawal diri akhirnya….

Soalnya… apa mereka ingat restoran makanan segera tersebut bapak diorang punya?

Anda fikirlah, ini baru di restoran, belum lagi mereka berada di tempat yang lebih ‘selesa’ seperti di dalam wayang.

Jika di khalayak orang ramai pasangan tersebut selamba melakukan aksi ‘mengorak langkah’ , bagaimana pula di tempat yang tertutup? Berlangkah-langkah lagi lah jawapannya.

Begitu pun, kelakuan mereka sememangnya tidak bermoral dan boleh mengakibatkan budaya negatif seumpama ini menjadi ikutan anak muda yang lain pula.

Gejala sebegini lah yang menyebabkan peningkatan kes-kes pembuangan bayi. Apa pun, semoga perkara sebegini dapat dijauhkan

Source : hysterric.blogspot.com

Read more…

Saturday, January 10, 2015

Ayah keseorangan, Anak bermewah-mewahan.



Bagai kacang lupakan kulit. Seorang bapa berusia 80 tahun mendakwa kehidupannya diabaikan tujuh anaknya selepas masing-masing berjaya memperoleh kesemua harta yang diusahakan selama ini.

"Bayangkan betapa hancurnya perasaan saya, apabila tiada seorang anaknya pun yang datang bersalaman dan mencium tangan saya pada Aidilfitri lalu sedangkan mereka bermewah dengan harta yang saya usahakan".

Source : FoBN

Read more…

Wednesday, January 7, 2015

"Amoy" tegur muslimah yang enggan bertudung ??!!

Dalam keadaan sekarang di mana ramai orang Islam terikut-ikut cara bukan Islam termasuk mencacah tatoo dan membela anjing kerana hobi, ada pula individu bukan Islam bertindak sebaliknya.
Jika sebelum ini ada yang memilih untuk berpuasa bagi menyelami keadaan rakan-rakan muslim, kini ada seorang gadis Cina pula memakai tudung.

Apa yang menarik, gadis berkenaan menyatakan dia bertindak sebegitu untuk menunjukkan kepada perempuan Islam di luar sana betapa indahnya kalau bertudung.
Malah apabila ada yang rakannya memberi komen Islam itu ‘simple’ (tidak menyusahkan), gadis yang dikenali sebagai Yun ini menyatakan, ‘simple tu lah remaja Islam sekarang tak boleh nak ikut.’
Hmm, agak pahit kenyataan itu untuk dihadam oleh sesetengah perempuan Islam hari ini bukan?

Read more…

[18sx] Gadis Melayu Bertudung Berbogel Di Laman Twitter !!!

Semalam admin meneliti sebuah blog http://daengselili.blogspot.com (juga ada didalam lama blog lain) yang mendakwa gambar berbogel ini didapati didalam laman sesawang twitter yang mana kononnya dikatakan milik gadis Melayu bertudung. 

Dalam penulisan tersebut admin blog tersebut ada meyebut agar pihak SKMM mengesan siapa individu tersebut kerana mencemarkan nama baik umat islam khususnya orang melayu di Malaysia. (Sedangkan link pun tidak disertakan?)
Aku agak curiga akan kebenaran artikel ini kerana ia menyembunyikan identiti link sebenar twitter (tersebut tidak didedahkan). Kononnya menyorok dari dipromosikan. Ewah²!!

Apa yang aku ingin nyatakan disini entri ini adalah tidak benar dan gambar itu bukanlah gadis melayu bertudung sepeti yang dikatakan. Ini adalah salah satu serangan halus yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan gambar orang lain (bukan melayu) dan mendakwa itu adalah remaja melayu islam.
"Mungkin sebahagian daripada kita berbeza kencangnya apabila menatap gambar anak-anak ini tanpa seurat benang atau kencang kerana memikirkan inilah sebahagian daripada generasi pewaris kita.
Berdasarkan kepada akaun twitter pelajar terbabit berasal dari negeri Pahang dan sudah pasti berumur dalam lingkungan 15 ke 20 tahun.
Malah memiliki seramai 8,427 pengikut cukup untuk menyesakkan nafas kita apatah lagi dengan gambar-gambar tanpa seurat benang yang sudah pasti jauh menyimpang daripada budaya dan agama kita." - sumber

Dari perspektif aku sebagai orang aktif dalam penulisan media baru adalah tidak wajar tindakkan sebegini dilakukan lebih lebih lagi menyentuh sensitiviti orang Islam dan melayu berperilaku seperti orang tidak berakhlak. 

Tidak dinafikan sememangnya ada segelintir remaja yang bertindak bodoh dalam media baru.Tetapi tidak masuk akal kenapa orang islam melayu sahaja yang sering diperkatakan sedangkan bangsa lain tidak??!

Gambar-gambar yang didakwa milik remaja islam melayu
Pada aku tuduhan admin itu mengatakan remaja Melayu Islam berperilaku begini tanpa bukti dan sumber yang sah dan benar membuatkan mereka seperti mahu melabelkan remaja Melayu seolah olah terlalu murah dimata masyarakat hari ini.
Sebenarannya gambar tersebut adalah individu (bukan orang Malaysia) yang telah dianiaya (bekas kekasih??) dan telah disiarkan didalam sebuah laman blog lucah luar negara. Manakala tarikh gambar tersebut dimuat naik pada sekitar bulan 02 tahun 2013.
Aku hanya memberitahu kebenarannya kepada siapa yang gatal, miang dan gila seks nak tengok gambar itu dengan search url tu aku nasihat jangan lah...

Lu buat lu tanggung!!!

Yang aku yakin tidak ada Remaja Melayu Islam yang buat aksi bogel macam tu dalam laman twitter seperti yang ditulis oleh admin blog tu. Wallahualam...

Read more…

Wednesday, November 5, 2014

Misteri puting beliung bersiri di Kedah perlu dirungkai



ALOR SETAR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengakui fenomena pembentukan puting beliung yang terlalu kerap terjadi di Kedah sejak akhir-akhir ini sebagai suatu 'misteri' yang perlu dirungkai terutama dalam mencari punca pembentukannya di negeri ini.

Bagaimanapun, Pegawai Meteorologi Kanan Pusat Cuaca Nasional MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, tidak menolak kemungkinan kekerapan pembentukan puting beliung di negeri ini pada kadar yang kerap iaitu tiga kes dalam tempoh hampir sebulan, mempunyai kaitan dengan perubahan monsun.

Justeru, beliau berkata, pihaknya akan melakukan kajian mengenai fenomena itu untuk mencari sebab utama kenapa Kedah kini dilihat begitu sinonim sekali dengan pembentukan puting beliung yang kebiasaannya terbentuk di sekitar benua Amerika Syarikat.

"Puting beliung pernah direkod melanda beberapa negeri di sekitar Semenanjung pada tahun 2010 lalu iaitu di Pulau Pinang, Perlis dan juga Selangor, namun kejadian itu tidak sekerap yang berlaku di Kedah sejak akhir-akhir ini.

"Apa pun kita akan kaji kenapa fenomena ini boleh terbentuk di Kedah termasuk menilai kenapa ia berlaku dan apa punca serta kriteria yang menyebabkan puting beliung terbentuk... paling penting kita nak tahu kenapa Kedah menjadi destinasinya," katanya kepada BH.

Pada 14 Oktober lalu sekurang-kurangnya 10 premis membabitkan kediaman dan sebuah sekolah sekitar Kampung Alor Besar di Pendang, rosak teruk dilanda puting beliung yang disahkan dari jenis 'landspout', sebelum satu lagi insiden sama melanda lima kawasan terutama di Kampung Mergong Hilir, Kampung Sungai Baru dan Kampung Batin, di sini, menyebabkan 72 rumah serta klinik desa rosak, Jumaat lalu.

Terbaharu, angin kencang seakan-akan puting beliung disahkan jenis 'downdraft' turut melanda kawasan Taman Wira Mergong, di sini, petang kelmarin menyebabkan kira-kira 13 rumah rosak.

Ditanya mengenai peralihan monsun yang dikaitkan sebagai punca paling dekat pembentukan puting beliung di Kedah, Mohd Hisham berkata, ia menyebabkan angin datang dari pelbagai arah, malah keadaan atmosfera juga aktif semasa ini menyebabkan mudahnya pembentukan awan ribut.

"Keadaan ini sekali gus memudahkan pembentukan puting beliung, namun dari segi saintifiknya kita tak berapa pasti mengapa fenomena itu kerap terjadi dan ia pula tertumpu di Kedah sahaja.

"Hakikatnya sistem ramalan cuaca sama ada di negara ini atau di negara luar, tidak mempunyai keupayaan mengesan pembentukan puting beliung ini... maksudnya kita tak tahu di mana puting beliung itu akan bermula atau terbentuk.

"Malah, saiznya puting beliung yang terlalu kecil iaitu kurang daripada satu kilometer (km) turut menyukarkan usaha untuk mengesan pembentukannya. Kita ambil contoh puting beliung darat yang membadai beberapa kawasan di Kedah, ia hanya bersaiz kira-kira 20 hingga 30 meter dengan pergerakan 30 kilometer sejam (km/h)," katanya.

Fakta

Rekod kejadian puting beliung di Malaysia

28 Oktober 2010 - lebih 50 premis majoritinya rumah kediaman dilapor rosak akibat puting beliung di Jejawi, Perlis.

13 Jun 2010 - beberapa kawasan perumahan, gerai penjaja dan lebih 100 pokok tumbang dilanda puting beliung di Kota Damansara.

15 November 2010 - kejadian puting beliung direkodkan di kawasan Gurney, Pulau Pinang.

14 Oktober 2014 - 10 rumah kediaman dan sebuah sekolah di Pendang rosak dipukul puting beliung

31 Oktober 2014 - 72 rumah dan satu klinik desa sekitar lima kawasan di Alor Setar rosak dilanda puting beliung

2 November 2014 - 13 rumah rosak dilanda angin berpusar seakan-akan puting beliung di Taman Wira Mergong di Alor Setar

Read more…

Sakit Ketika Hubungan Intim



Troubled woman, husband in background
Gambar: TPG News

Wanita dan lelaki sememangnya dicipta satu sama lain untuk menikmati hubungan seks yang halal dan menyeronokkan. Namun, apabila ia jadi menyakitkan untuk wanita, ada sesuatu yang tidak kena. Ketahui apa punca-puncanya.

1. Faraj kering
Ini adalah sebab utama kesakitan yang dirasai kebanyakan kaum wanita. Rembesan ketika anda terangsang sepatutnya menyebabkan dinding faraj basah dan memudahkan hubungan intim dijalankan. Mungkin kerana anda tidak bersedia atau berminat dengan aktiviti tersebut. Gunakan pelincir dan tingkatkan aktiviti ringan sebelum anda ‘bersama’ dengannya.

2. Radang faraj
Seperti yang diketahui, kemaluan wanita berada begitu dekat dengan pundi kencing. Justeru itu, adalah penting untuk anda menjaga kebersihannya bagi mengelakkan jangkitan bakteria. Ia boleh berjangkit kepada faraj dan menyebabkan kesakitan ketika melakukan hubungan intim.

3. Vaginismus
Ini sering kali berlaku kepada si pengantin baru yang pertama kali melakukan hubungan seks. Perasaan takut akan mencetuskan kemutan otot sekaligus menyebabkan faraj tertutup. Ini terjadi kebanyakannya disebabkan percampuran emosi seperti rasa bersalah melakukan seks, sejarah hubungan kelamin yang menyakitkan serta kurang ilmu mengenai kemaluan sendiri.

4. Alahan
Tidak semua pencuci alat sulit wanita, sabun atau gel pelincir sesuai dengan anda. Dinasihatkan untuk berhenti menggunakan kesemua barang ini jika ia menyebabkan radang pada faraj.
Jika masih ragu, rujuklah doktor untuk mendapatkan lebih penjelasan dan penyelesaian. Jangan sesekali malu untuk mendapatkan rawatan. Hubungan seks yang bermasalah adalah antara perosak hubungan rumahtangga.
 

Read more…

Tuesday, November 4, 2014

Pelajar kolej mengaku bersalah buang bayi di dalam tong sampah



Pelajar kolej mengaku bersalah buang bayi di dalam tong sampah



KUALA LUMPUR: Seorang pelajar kolej swasta hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dengan membuang mayatnya di dalam tong sampah, bulan lepas.

Norhidayah Yon, 19, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Asyraf Rezal Abdul Manan.

Asyraf Rezal menetapkan 4 Dis ini untuk tarikh menjatuhkan hukuman dan memerintahkan tertuduh ditahan reman.

Norhidayah, yang menangis teresak-esak di kandang tertuduh, didakwa sengaja menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dengan membuang mayat bayi itu di dalam tong sampah selepas dilahirkan di Blok C, PV6, Kondo Platinum Hill Park, Jalan Setapak, Wangsa Maju di sini pada 4 pagi 28 Okt lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling manakala tertuduh tidak diwakili peguam.




Read more…

Thursday, October 9, 2014

Maafkan Abah Tak Pandai Azan :'(


baby 2
Kisah ini adalah kisah benar. Sama-sama kita renungkan dan jadikan pengajaran. In Shaa Allah

Hari yang cukup meletihkan. Menyakitkan. Memeritkan. Empat jam penuh debaran dan bergelut dengan nyawa akhirnya disudahkan dengan tangisan.
Tangisan seorang bayi lelaki. Tangisan kegembiraan diri sendiri juga. Suami di sisi juga mengalirkan air mata. Anak sulung kami.
Ajaib. Terasa hilang seketika seluruh kesakitan melahirkan tadi tatkala melihat bayi lelaki yang masih kemerahan kulit badannya di depan mataku sendiri.
Alhamdulillah. Syukur yang tak terhingga. Jururawat membawa anak sulungku itu ke sisiku.
Ku kucup pipinya yang comel. Bayi yang tengah menangis tadi mereda tangisannya. Mungkin mengenali aku ini ibunya.

“Mama dan abah tunggu kamu sembilan bulan, tau.”
Bergenang air mataku sekali lagi mengingatkan peritnya dan besarnya dugaan selama mengandungkan anak pertama. Dengan pelbagai ragam diri sendiri, asyik nak muntah, cepat sensitif, cepat nangis, cepat marah, asyik nak pitam pening kepala. Tuhan sajalah yang tahu. Nasib baik dapat suami yang memahami.

Kami bernikah tahun lepas. Terus BUNTING pelamin. Suamiku orang biasa saja. Bukan ‘suamiku ustaz’ bagai tu semua. Taklah kaya. Cukuplah apa adanya. Cukup ada rumah sewa untuk didiami, cukup makan pakai sekadarnya.
Aku pun biasa-biasa. Macam orang keramaian saja. Tudung pun tak betul lagi. Suamiku kata, ‘nanti awak dah ready, pakailah betul-betul.’ Dia sendiri pun masih dengan seluar pendeknya bila keluar dari rumah. Aku pernah tegur. Dia kata, dia pun tak ready lagi. Sama macam aku tak ready.
Jururawat dah selesai mencuci bersih anak kami, berbungkus selimut. Dah wangi-wangi. Menyerahkannya kepada kami.
Doktor pun sudah menyelesaikan tugasnya, cuci luka dan sebagainya yang berkaitan. Aku dipindahkan ke katil dan wad lain yang telah siap disediakan.
Mertuaku dan ayah mak dah ada di sisi. Semua orang ada. Dengan muka gembira. Yang tua, happy dapat timang cucu. Aku dan suami happy dengan orang baru dalam keluarga kami. Dipeluk cium bayiku yang comel tu.

“Azankanlah di telinga budak tu.”
Ibuku bersuara. Diserahkan bayi dalam dakapannya tadi kepada suamiku. Suamiku menyambutnya dengan cermat.

“Kena azan ke?” Suami bertanya. “Wajib eh?”
Doktor lelaki yang ada di situ mencelah.

“Ustaz Zahazan kata, apabila anak itu lahir, maka hendaklah diazankan pada telinga kanan bayi dan diiqamatkan pada telinga kirinya seperti hadis diriwayatkan al-Baihaqi dalam kitab asy-Syu’ab daripada hadis Hasan bin Ali RA daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang dianugerahkan seorang bayi, lalu dia mengumandangkan azan di telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka bayi itu akan dijauhkan daripada Ummu Syibyan.”
Menurut sebahagian ulama, Ummu Syibyan adalah jin perempuan. Ada yang mengatakan apa saja yang menakutkan anak dan ada yang mengatakan angin yang menyebabkan sakit.”
Suamiku terdiam seketika.
Dalam 10 minit dia diam. Ibu bapaku dah rasa pelik. Dah kenapa pula dengan menantunya itu.
Tiba-tiba suamiku itu menangis. Menitiskan air matanya. Jatuh menitik ke muka anak kami.

“Maafkan abah. Abah tak pandai nak azan. Sungguh, abah tak reti.”
Aku sebak. Ibu bapaku terkejut sedikit. Namun, tenang saja. Mentuaku nampak seakan dah tahu.

“Abah tak jujur pada mama kamu. Bila masuk waktu solat, abah kata nak pergi masjid. Tapi, sebenarnya abah tak pergi pun.
Abah keluar lepak dengan kawan-kawan. Abah tak pernah jadi imam di rumah untuk mama kamu. Apatah lagi mengajar mama Al-Quran. Abah tak reti. Maafkan abah. Maafkan abah.”
Suamiku itu terus menangis sambil mendakap anak lelaki sulungnya itu. Anak itu tidak pula menangis. Seakan-akan memahami ayahnya sedih.

“Maafkan saya, ma, abah. Maafkan saya.”
Suamiku itu meminta maaf dengan parentsku dan mentuaku. Aku turut menitiskan air mata. Selama ini, suamiku itu tak pernah macam hari ni.

“Takpe. Biar ayah saja azankan. Tapi, janji dengan ayah dan mak, lepas ni kamu berdua kena sama-sama pergi belajar agama. Kamu suami adalah pemimpin keluarga.
Baiki diri. Jangan selesa dengan perangai zaman bujang. Dah tak sama dengan zaman berkeluarga. Dekatkan diri dengan Allah. Kamu yang akan bawa anak dan isteri kamu kepada Syurga Allah.
Kita keturunan Nabi Adam dan Hawa yang berasal dari Syurga. Kampung asal kita di sana. Kita tak nak balik ke kampung yang satu lagi tu.”
Suamiku bangun dan memeluk ayahku, memeluk ayahnya. Berjanji akan berubah sepenuh hati. Menangis-nangis menyesal dan insaf.
Syukur. Anak yang baru lahir itu adalah pencetus hidayah Allah kepada suami dan aku sendiri.
Aku tersenyum dalam tangisan. Moga semua lelaki di dunia ini persiapkan diri dengan agama sebelum berkeluarga. Jangan diharap pada si isteri yang kena merubah suami.
Mohon sayangi isteri dan suami masing-masing walaupun tidak sempurna sikapnya, soleh atau solehahnya. Allah dah satukan kamu berdua kerana Dia tahu pilihan-Nya terbaik. Sama-sama berubah ke arah lebih baik.

**
Kisah benar ini diceritakan oleh kawan penulis Muhammad Rusydi. Moga Allah redha.

Read more…

Sungai Euphrates di Syria hampir sepenuhnya kering



Sungai Euphrates di Syria hampir sepenuhnya kering.Gambar ini diambil 24/05/2014

Punca kering adalah Sebab Turki memotong air untuk Syria

Subhanallah ini perkara yang luar biasa..Sungai Efrat kering adalah perkara yang amat menakutkan kita semua..Inilah Tanda kiamat yang semakin jelas YANG kita lihat..Ya ALLAH



Rasulullah SAW bersabda, Hari Kiamat tak akan terjadi sebelum Sungai Eufrat mengering dan menyingkapkan ‘gunung emas’ yang mendorong manusia berperang. 99 dari 100 orang akan tewas (dalam pertempuran), dan setiap dari mereka berkata, ‘Mungkin aku satu-satunya yang akan tetap hidup’. (HR Bukhari).

Dalam riwayat lainnya, Rasulullah bersabda, Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Eufrat akan menjadi surut airnya, lalu tertampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu. (HR Bukhari Muslim).

Imam Bukhari juga meriwayatkan hadis lainnya, Rasulullah SAW bersabda, Segera Sungai Eufrat akan memperlihatkan kekayaan (gunung) emas. Maka, siapa pun yang berada pada waktu itu tidak akan dapat mengambil apa pun darinya. Imam Abu Dawud juga meriwayatkan hadis yang sama.

Dalam hadis itu, Rasulullah pernah bersabda bahwa sungai yang mengalir di tiga negara besar, Turki, Suriah, dan Irak itu pada saatnya nanti akan menyingkapkan harta karun yang besar berupa gunung emas. Selain itu, dalam kitab Al-Burhan fi `Alamat al-Mahdi Akhir az-Zaman diungkapkan bahwa keringnya Sungai Eufrat merupakan saat datangnya al-Mahdi sebagai akhir zaman.


Read more…

Saturday, October 4, 2014

KISAH BENAR DERITA SUAMI BERISTERIKAN WANITA CANTIK



Kisah ini kami terima daripada seorang sahabat, semoga kisah ini menjadi satu pedoman kepada bakal suami di luar sana.


Whatsapp dengan kawan lama. Lama tak tanya khabar. Malas sikit nak tegur dia ni sebab dia super kacak.

Aku: “Kau apa cerita sekarang?”

Member: “Dah kahwin. Dua tahun dah. Kau?”

Aku: “Aku masih membongak membujang. Koh koh koh.”

Member: “Nikah-nikahlah. Sian anak kau nanti, kau dah tua nak KO dia baru darjah satu. Kurang kasih sayang bapak nanti.”

Aku: “Best ke kahwin?”

Member: “Bergantung pada siapa yang kau pilihlah.”

Aku: “Err..maksud kau?”

Member: “Aku cakap directlah boleh?”

Aku: “Sila, sila..”

Member: “Kau kenal aku. Kau tahu aku macam mana. Orang kata aku playboy. Orang kata aku kasanova sebab rupa aku ni. Ya lah. Aku cerewet. Nak kenal perempuan yang lawa-lawa je. Model tak model, janji dahi licin. Ramai dah aku kenal. And, orang rumah aku pun alhamdulillah cun melecun.

Memang best dapat perempuan cun. Bila bawa keluar dating, banyak mata yang melihat. Bangga. Sampai ada yang snap gambar. Ramai puji aku bertuah dapat bini lawa. Orang kata nanti anak-anak semua comel-comel sebab mak bapak dah ada rupa.

Tapi, mereka tak tahu, tiap bulan aku habis berapa hanya untuk kekalkan kecantikan bini aku tu. Beribu. Dari alat make-up, supplements, skincare dari hujung rambut sampai hujung kaki, pakaian yang up-to-date, vogue dan fashionista bagai semua tu. Bayangkan kalau gaji aku cuma RM2k ke bawah? Teruk jugaklah.

High maintenance. Macam jaga kereta tapi kereta pun tak macam ni.

Jadi, aku cadangkan kau pilih yang solehahlah kalau boleh.”

Aku: “Kenapa? Sebab aku tak gaji besar macam kau ke, so aku tak boleh afford?”

Member: “Bukan sebab kemampuan gaji. Tu memang satu faktor gak. Tapi, yang lebih susah untuk diatasi adalah sikap dan perangai.

Bro, kau kenal aku takdelah alim. Agama so-so je lah. Kau tahu, betapa sukarnya nak suruh isteri sendiri berhenti atau kurangkan post gambar-gambar sendiri di instagram dan facebook? Orang lawa ni dia memang suka expose diri. Aku dah cuba slow-talk tapi mungkin makan masa lama lagilah. Sebab manusia suka dipuji. Aku pun suka bila orang duk puji-puji bini aku cantik. Memang aku tahu dayus macam tu, tapi susahlah nak buang sikap sendiri.

Bini aku pun ada perangainya sendiri. Kadang melawan. Kadang tinggi suara. Kadang marah merajuk melampau-lampau. Kadang-kadang, dia melebihkan penjagaan dirinya melebihi menjaga suami sendiri. Upgrade kecantikan saja tahu. Upgrade skill memasak ke menjahit ke, tak berapa suka. Nanti tangan jadi kasarlah apa lah.

Susah sebab aku kurang ilmu agama, nak didik orang ke arah agama. Baru sekarang aku faham. Dulu, aku ingat, kerja didik isteri ni mudah saja. Perlu tegas saja, perlu tengking saja, ugut nak nikah lagi satu ke. Tapi, meleset beb.

Aku nakkan kecantikan, aku dapat. Tapi, ketenangan dalam hati tu susah sikitlah. Nak tenang macam mana asyik nak cemburu buta je bila lelaki lain usyar bini sendiri.

Nak suruh dia tutup aurat lengan dan kaki pun masih tak berjaya. Apatah lagi nak suruh labuhkan tudung. Bukan mudah rupanya nak didik tutup aurat.”
Aku: “Hmmm..”

Member: “So, kesimpulannya, kau fokus pada yang solehah. Buat apa untung kat dunia macam aku, tapi rugi banyak di akhirat. Cari yang menguntungkan kau dunia dan akhirat.

Fikir dalam-dalam. Sekarang, aku gigih timba ilmu balik. Baca sendiri buku-buku agama. Sebab nak didik isteri. Kau jadikan cerita aku sebagai iktibar. Bukan mudah hidup berkeluarga. Banyak till neraka dari till jannah bila salah cara.”

Aku termenung lama…

Read more…

Wednesday, October 1, 2014

Bila Nilai 'Dara' Tidak Lagi Dihargai Oleh Perempuan



Aku pelik la dengan sesetengah remaja perempuan zaman sekarang ne..siap berbangga lagi bila diri tu tiada dara. Budak sekolah pun tak terkecuali. Memalukan betul. Kenapa la senang sangat bagi dara korang tu pada kaum lelaki a.k.a BOYFRIEND? Ada pendapat mengatakan s4ks itu perlu sebagai bukti kasih sayang dan cinta diorang, so tak hairanlah berapa ramai anak gadis hilang dara sebelum kahwin.


Bagi kaum lelaki kalau dah dapat..eerm..habis madu sepah dibuang. Tapi bagi kaum perempuan, apa yang diorang buktikan kepada kononnya bakal suami mereka..tak ke semua tu akan mengudang masalah besar! Dekat facebook pun benda camne dah jadi perkara biasa.


Masalah hilang dara sebelum bernikah banyak dah berlaku. Hilang dara pun banyak sebab. Mungkin sebab terjatuh, aktiviti lasak, kena rogol dan sebagainya. Kalau kes macam ne semua orang faham.


Bukan salah perempuan. Tapi bagi yang hilang dara pada jantan memang akan dipandang serong.


Sebenarnya rasa kesian jugak dengan perempuan kerana penderitaan yang diorang tanggung lebih banyak berbanding lelaki yang membuatnya ,sedangkan si jantan yang mengaku mahu bertanggungjawab ghaib entah kemana dah. Nasi dah jadi bubur,telan je lah bubur tu.


Lebih malang lagi jika perempuan tu mengandung...jika anak itu lahir, lelaki mana yang nak pelihara anak tak sah tarafnya tu? kalau ada pun, lelaki yang terlalu baik sampai sanggup berkahwin dengannya. So, hargai la di atas apa yang telah Tuhan anugerahkan pada diri kita...jangan mudah menyerahkan sesuatu yang berharga pada mereka yang tak sepatutnya. Seronok kejap je merana seumur hidup.

http://sedaapnye.blogspot.com/

Read more…