Peranan Suami Semasa Isteri Mengandung !
Mengandung Itu Indah !
Berita hamil adalah satu kegembiraan kepada
isteri mahupun suami. Apabila isteri mula hamil maka tanggungjawab suami akan
menjadi lebih besar. Ketika hamil, isteri biasanya akan mengalami perubahan
hormon dan emosi. Kadangkala mereka akan lebih emosi dari biasa dan perlukan
perhatian yang lebih daripada sebelum hamil.
Tidak kiralah kali ini adalah kehamilan
yang pertama, kedua mahupun seterusnya, seorang suami harus memahami bahawa
kehamilan ini harus dipikul tanggungjawabnya oleh kedua-dua pihak. Berapa ramai
yang kita dengar berkenaan suami yang mengabaikan isteri ketika hamil dalam
keadaan sedar mahupun tidak.
Berikut adalah panduan buat para suami:
Luangkan Masa Bersama
Isteri
Kadangkala perhatian dan
sentuhan daripada suami sudah cukup menenangkan emosi isteri yang serba tidak
kena. Bulan-bulan pertama kehamilan memang cukup merimaskan bagi sesetengah
bakal ibu. Dengan sentiasa berasa di sisi isteri, ia sudah cukup mengurangkan
bebanan yang ditanggung.
Sentiasa
Mendengar
Suami mestilah jadi pendengar yang setia.
Mungkin suami selalu sahaja mendengar keluhan isteri yang selalu sakit-sakit
dan lenguh badan. Dengarlah rintihan mereka kerana mereka mahukan perhatian
yang tiada berbelah bahagi.
Belajar Perubahan Isteri
Wanita hamil akan
mengalami perubahan emosi yang sukar dijangka. Marah, merajuk atau terlalu
sensitif akan mengiringi mereka sepanjang kehamilan. Suami perlulah bersedia
dengan situasi ini.
Sentiasa
Membantu
Isteri yang hamil sentiasa mahukan suami
yang sedia membantu tanpa diminta. Nampak sahaja baju yang tidak lagi berbasuh
atau dapur yang masih bersepah, maka ringan-ringankanlah tangan untuk membantu
isteri. Bagi yang sudah mempunyai anak, bantuan suami diperlukan untuk
mengendalikan anak-anak yang lain.
Siapkan Hidangan Makan
Jika selama ini semua
tugas menyiapkan hidangan makan dilakukan oleh isteri, apa salahnya ketika
isteri sedang ‘mabuk’ mengandung, suami pula yang mengambil alih. Legalah sikit
isteri yang sedang ‘berperang’ dengan ketidakselesaan itu.
Sediakan
Tempat Yang Selesa
Isteri yang hamil memerlukan tempat yang
selesa. pastikan tempat tidur dan istirehat yang baik untuk kehamilannya. Ini
bagi memastikan isteri mendapat rehat yang cukup dan baik untuk dia melahirkan
anak nanti.
Penuhi Keinginan Isteri
Kita sedia maklum, wanita
di awal kehamilan biasanya mengidam makan bermacam-macam makanan. Suami
janganlah menempelak keinginan isteri sebaiknya cuba penuhi keinginan tersebut.
Pastikan juga isteri menjamah makanan yang berkhasiat. Wanita hamil memerlukan
makanan berkhasiat bagi memastikan ibu dan bayi berada di dalam keadaan sihat.
Menjadi tanggungjawab suami untuk memastikan isteri makan makanan yang
berkhasiat dan mendapat vitamin atau makanan tambahan ketika hamil.
Bawa Isteri Bersiar-siar
Sekiranya ada waktu,
bawalah isteri keluar menghirup udara segar. Mungkin suasana yang berbeza
daripada rumah dapat mengurangkan rasa tidak selesa yang sedang dialami.
Jangan Berkira
Kadangkala ada isteri
yang mengandung suka dimanjakan oleh suami. Bukan mengada-ngada tetapi
perubahan hormon yang mendorong perasaan tersebut. Apa salahnya suami melayani
karenah isteri yang sedang hamilkan zuriat anda. Misalnya, buatkan isteri
segelas susu sebelum tidur, suapkan makanan ke mulutnya dan sediakan ubat yang
perlu dimakan. Tentu kasih sayang anda semakin erat.
Pastikan
Isteri Menjalankan Pemeriksaan Rutin Ketika Hamil
Pemeriksaan rutin ketika hamil adalah wajib
untuk memastikan ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat dan selamat. Cari dan
pilihlah klinik atau hospital yang baik untuk isteri menjalankan pemeriksaan
rutin.
Merancang
Perbelanjaan Keluarga
Apabila isteri hamil, maka perbelanjaan
keluarga juga akan meningkat. Masukkan kos pemeriksaan rutin, kos hospital,
barang-barang bayi
Memastikan
Barang Keperluan Bayi Dan Isteri Cukup
Memang ianya nampak remeh tetapi ianya
sangat penting. Barang-barang bayi seperti lampin, baju, sarung tangan dan kaki
dan sebagainya perlu disiapkan sebelum bayi lahir lagi. Barang ibu pula seperti
kain batik, lampin pakai buang, baju blaus dan sebagainya perlu ada dalam
senarai barang yang di senarai suami. Duduklah bersama-sama isteri dan rasai
pengalaman indah ini!
Mencari
Dan Memilih Bidan Yang Baik Dan Sesuai Untuk Isteri
Bagi orang Melayu, penjagaan selepas
bersalin amat penting. Bidan yang dipilih akan mengurut dan memandikan bayi
untuk beberapa hari selepas bersalin.
Fahamilah Isteri
Wanita yang mengandung
mengalami pelbagai perubahan. Bukan sahaja perubahan fizikal tetapi juga emosi.
Selalulah bertanya, belai, atau urut isteri bagi meringankan kesukaran isteri.
Wanita hamil perlu
membawa bebanan perut yang semakin membesar. Justeru, pergerakan mereka menjadi
perlahan daripada biasa. Jika keluar bersiar-siar dengan isteri, cuba fahami
keadaan tersebut. Janganlah memarahi isteri kerana berjalan perlahan sebaliknya
suami perlu mengikut rentak isteri yang berjalan perlahan. Jika isteri hendak
ke mana-mana, pinjamkan diri anda seketika. Suami haruslah memahami pergerakan
isteri agak terbatas dan elakkan isteri daripada memandu ke destinasi yang
jauh. Tidak salah, sesekali suami jadi ‘driver’
kepada isteri.
Berdoa
Dan Solat
Suami janganlah lepas daripada menjalankan
tanggungjawabnya solat samada yang wajib mahupun sunat. Lazimi solat sunat
seperti solat sunat dhuha dan hajat dan sentiasa mendoakan agar isteri dan anak
yang bakal lahir akan selamat. Amalkan juga membaca al-Quran kerana al-Quran
mempunyai 1001 kebaikan dan penawar.
Semoga dengan kehamilan ini
akan menambahkan lagi kasih sayang di antara suami isteri.
0 comments:
Post a Comment