Showing posts with label info semasa. Show all posts
Showing posts with label info semasa. Show all posts

Friday, February 13, 2015

Perbezaan Reaksi Antara Islam Dan Bukan Islam Terhadap Kematian TGNA !!


Perbezaan Reaksi Antara Islam Dan Bukan Islam Terhadap Kematian TGNA

 https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpf1/v/t1.0-9/p75x225/10347625_1012984812064026_6692714959647885987_n.jpg?oh=ae1cb268663b61f832664e58a6e8f7a1&oe=5560ACFD&__gda__=1431634752_890c6744844d7aba2c82ac46d18591f8
 
 Yang Non-Muslim ni pun lebih tahu menghormati arwah TGNA

https://scontent-a-hkg.xx.fbcdn.net/hphotos-xap1/v/t1.0-9/10996581_837742882959398_5765798302864135119_n.jpg?oh=71fbcd9325b6d2e169ecfb74a928f94f&oe=558E3CA4 





 


Korang baca ni kena banyak bersabar yea. Ade jugak yang tak kenal siapa tu TGNA yang disanjung Umat Islam seluruh Malaysia ni. MasyaAllah !!

 https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpf1/v/t1.0-9/p160x160/1546080_792049410865222_7141833979926476520_n.jpg?oh=fd0de1f463632ff4d316c870b9026fd3&oe=558BE5BF&__gda__=1431692856_7e1b6819f2e0c33446ea7b160240c3e3

 

Dorang ni kalo tanya bab Kpop mesti tak teragak nak jawab ! Terus tahu je jawapan nak bagi !
Bawak mengucap ye rakan di hari jumaat yang mulia ni..Semoga mereka diberi hidayah.

Read more…

Ucapan Terakhir Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat !

Ucapan yang diluahkan oleh Datuk Nik Aziz sebelum beliau pergi meninggalkan kita semua.

Sumber:Facebook

Read more…

Thursday, February 12, 2015

Tasha Buka Mulut Tentang Isu Escort Girl !!

Lihat Artikel Sebelum : Artis Escort Girl Dikenalpasti !!

http://www.malaysiandigest.com/archived/images/images/tasha-shilla.jpg

Kontroversi terbaru mengaitkan Tasha Shilla sebagai gadis peneman atau escort girl baru-baru ini mencalar namanya, sehingga mendesak pelakon itu untuk tampil bersuara untuk membersihkan namanya.
 
Menerusi sidang media di Bangsar pagi tadi, Tasha yang ditemani peguam Fahda Nur Ahmad Kamar berharap dapat membuat noktah kepada spekulasi negatif dan tidak benar yang bertebaran.

"Saya mahu orang tahu saya ambil serius dalam semua hal. Jangan orang ingat gosip dan kontroversi melanda ini saya ambil endah tak endah.

"Saya faham skop kerja wartawan dan beri kerjasama. Cuma jangan pantas melihat kerjasama ini sebagai ruang untuk memanipulasi atau seolah olah saya melakukan perkara itu.

"Saya sudah 28 tahun dan bukan lagi masa untuk bermain main. Berlakon punca rezeki saya. Saya tak mahu benda tak elok dikaitkan tanpa bukti yang kukuh," katanya.

Kenyataan Tasha itu berbangkit daripada sebuah program hiburan popular yang mengaitkannya sebagai seorang daripada 10 orang artis wanita yang disyaki terbabit dalam aktiviti sebagai escort girl.

"Saya tak pernah terfikir untuk membawa hal ini sampai ke peringkat saman menyaman program TV itu. saya adakan sidang media ini bersama wartawan pun sekadar menjelaskan perkara sebenar.

"Benda ini boleh dibawa berunding dan saya mahu perbetulkan apa yang patut diperbetulkan. Saya tak mahu memanjangkan hal ini dan mahu ia selesai cara baik.

"Isu ini berkaitan jenayah dan bukan soal gosip semata-mata apabila saya dikatakan turut disiasat polis kerana aktiviti ini," kata Tasha yang drama lakonannya Nasuha, Tabir Zulaikha dan Gerimis Salji Nami Nara sedang disiarkan di TV.

Sementara itu peguam Tasha, Fahda berkata pihaknya sedang menimbang untuk menghantar surat amaran dan peringatan kepada program hiburan berkenaan.

Setakat ini mereka belum berbincang untuk tindakan susulan, walaupun mengakui boleh mengemukakan saman fitnah kepada stesen TV berkenaan.

Dalam program hiburan itu, Tasha ditanya wartawan adakah dia seorang daripada 10 escort girl yang dikaitkan dengan laporan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

Read more…

Perempuan Dihempap Kontena Semasa Tunggu Bas !!

Akbik7zFdkj3xwSYPre-bFDCcY-HL9CnV9OdLpfHmB24 

P'ng Eow Hong, 48 tahun, seorang warga OKU yang mengalami Short Leg Syndrom mati ditempat kejadian disebuah pondok menunggu bas di Air Hitam selepas sebuah kontena seberat 32.5 tan menimpanya. Kontena itu dikatakan berada disitu selama satu hari dengan secara tiba-tiba jatuh ke arah mangsa.

 Pasukan penyelamat daripada Paya Terubong bergegas ke tempat kejadian selepas dapat panggilan dari saksi kejadian itu. Polis sedang menyiasat bagaimana kontena itu secara tiba-tiba boleh jatuh ke atas mangsa. 

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

source - therakyatpost

Read more…

Innalillah ! AL-Fatihah ! Tuan Guru Nik Aziz Pula Meninggalkan Kita !!

 Al-Fatihah buat Arwah Datuk Nik Aziz Nik Mat yang baru pergi meninggalkan kita.

https://kickdefella.files.wordpress.com/2007/06/tuan-guru-nik-abdul-aziz.jpg


Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Admin bersedih kerana kehilangan seorang tokoh agama yang amat disegani ni !

Update : Disekitar Laman Rumah TGNA





Read more…

Al-Fatihah. Pengulas Sukan Datuk Hasbullah Awang Meninggal Dunia.

Pengulas sukan paling hebat di Malaysia, Datuk Hasbullah Awang telah pun meninggal dunia. Berita sedih ini telah disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Pemergian Allahyarham pastinya amat menyedihkan para peminat sukan tanah air. Suara beliau sudah bertahun-tahun menemani kita rakyat Malaysia ketika menonton aksi sukan tanah air dan antarabangsa.

hasbullah awang meninggal dunia 

Semoga Allahyarham ditempat di dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

hasbullah awang meninggal dunia 

Sedikit Info Tentang Allahyarham :-

Haji Hasbullah Awang merupakan seorang pengulas sukan termasyhur di Malaysia yang berkhidmat dengan Astro. Beliau kini bertugas sebagai pengulas sukan bagi rangkaian Astro Arena sejak Januari 2014 setelah berhenti berkhidmad sebagai pengulas sukan di Radio Televisyen Malaysia.

Hasbullah memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1. Pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong. Beliau lebih dikenali sebagai pengulas untuk acara-acara sukan tempatan mahupun luar negara. Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an. Pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.

source : wiki

Read more…

Sunday, February 8, 2015

Pedofil Akan Membanjiri Kelantan Jika Hudud Dilaksana !!


'Pedofil akan membanjiri Kelantan jika hudud dilaksana' - Noor Farida

NOOR FARIDA: Saya orang Islam dan mempraktikkan Islam tetapi saya tidak mahu hidup di bawah
 
undang-undang Hudud - fotoBERNAMA/gambar fail



KUALA LUMPUR: Golongan pedofil dikuatiri akan membanjiri Kelantan sekiranya undang-undang hudud berjaya dilaksanakan di negeri itu, kata jurucakap Kumpulan Tokoh Melayu (G25), Datuk Noor Farida Ariffin.

Bercakap dalam sebuah forum 'Malaysia, Kebebasan Ekonomi dan Globalisasi' sempena ulang tahun Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) yang ke-lima hari ini, untuk itu beliau menolak sepenuhnya undang-undang hudud sekiranya ia dilaksanakan di negara ini.

Kata Noor Farida, kaedah undang-undang hudud yang mahu dilaksanakan di negeri Kelantan masih lemah dalam cara perlaksanaannya dan tidak menggunakan teknologi terkini.

Tegasnya, itu mungkin berlaku kerana mereka menolak kaedah pembuktian saintifik dan sebaliknya menggunakan bukti kurun ke-12 sebagai pembuktian untuk kes zina.

"Zina misalnya, saya tidak faham dalam abad ke 21 ini enakmen syariah masih lagi tidak menggunakan teknologi canggih dalam menentukan mereka yang ditangkap kerana berkhalwat.

"Masih mahu mengekalkan kaedah empat orang saksi. Mengapa tak adakan ujian DNA dalam menentukan pesalah. Bagaimana nak dapatkan empat orang saksi dalam kesalahan zina?" soalnya.

Katanya hal ini boleh menyebabkan berlakunya kesukaran dalam membuktikan bahawa pesalah-pesalah itu benar-benar bersalah.

"Jika hudud dilaksanakan di Kelantan, golongan pedofil akan membanjiri Kelantan untuk merogol kanak-kanak di sana... dan tiada tindakan akan dikenakan terhadap mereka," tegasnya lagi.

Sementara itu  beliau berkata, dengan kebangkitan banyak kumpulan ekstremis agama dan kaum, adalah juga tidak sesuai jika hukum hudud dilaksanakan.

“Kita perlu sedar apa yang berlaku di dalam negara sekarang. Dengan kebangkitan kumpulan ekstremis agama dan kaum adalah tidak sesuai jika undang-undang hudud dilaksanakan.

"Saya orang Islam dan mempraktikkan Islam tetapi saya tidak mahu hidup di bawah undang-undang hudud. No, thanks," katanya lagi.

Tambah Noor Farida untuk melaksanakan hukum hudud, beberapa aspek perlu dipertimbangkan.

"Pada 1993, negeri Kelantan telah meluluskan rang undang-undang hudud. Namun Perlembagaan Persekutuan menentangnya.

"Saya tahu, mungkin ada ustaz-ustaz yang akan kata saya tak boleh mempersoalkan hukum Allah. Benar, namun kajian-kajian dari para ilmuan Islam ada dibuat mengenai hudud," jelasnya.

"Kata para ilmuan, beberapa aspek perlu dipertimbangkan seperti jurang antara kaum dan kesesuaian sebelum ia dilaksanakan. Sekarang pun, jurang Melayu kaya dan miskin pun masih jauh," kata bekas duta Malaysia ke Belanda itu lagi.

Noor Farida
Panelis forum: (dari kiri) Dr Razeen Sally, Pengerusi Unit Politik, Ekonomi dan Urus Tadbir Kerajaan IDEAS; Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Konsultan luar Institut Perdagangan Dunia (WTI), Dr Sufian Jusoh; Noor Farida and Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS Wan Saiful Wan Jan. - Astro AWANI/Haider Yutim

Kerajaan negeri Kelantan kini sedang bercadang membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bulan depan bagi mendapatkan kelulusan beberapa pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 yang akan membolehkan ia melaksanakan hukum hudud dan qisas di negeri itu.

Cadangan pindaan terhadap enakmen tersebut juga akan dibincangkan dalam mesyuarat parti itu pada pagi Ahad ini.

Menurut PAS, sebarang keputusan akan dibuat dalam mesyuarat tersebut sebelum ia dibawa kepada mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada sebelah petang hari yang sama.


source : astroawani

Read more…

Saturday, January 31, 2015

GST : Buku Panduan Tentang GST Diedarkan.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad (tengah) bersama Ketua Umno Bahagian Tanah Merah Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (kanan), meneliti buku Panduan Harga Pengguna selepas Program Mesra KPDNKK bersama penduduk Kampung Kuala Tiga di Tanah Merah, hari ini. - Foto BERNAMA
 
 
TANAH MERAH: Sebanyak dua juta naskhah Buku Panduan Harga Pengguna melibatkan 500 jenis barangan selepas sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan 1 April ini, mula diedarkan di seluruh negara bermula hari ini.

Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad, berkata buku panduan berkenaan itu menyenaraikan harga barangan sebelum dan selepas GST diperkenalkan.

"Data harga adalah berdasarkan harga purata bulan November tahun lepas, purata harga itu kita jadikan asas panduan," katanya kepada pemberita selepas Program Mesra KPDNKK bersama-sama Penduduk Kampung Kuala Tiga di sini, hari ini.

Beliau berkata, buku panduan itu akan diedarkan di seluruh negara mengikut Zon Utara, Tengah, Timur, Selatan, Sabah dan Zon Sarawak dan orang ramai juga boleh mendapatkannya menerusi laman web KPDNKK.

"Buku panduan ini adalah untuk panduan harga barang sehingga Jun tahun ini dan kita akan kemas kini kemudian dalam laman web rasmi KPDNKK," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Alias berkata walaupun kesedaran pengguna mengenai pelaksanaan sistem GST semakin meningkat, kementeriannya menjangka bilangan aduan daripada orang ramai berhubung harga barangan selepas GST akan turut meningkat.

"Misalnya, negara Australia yang melaksanakan GST pada tahun 2000 dan enam bulan pertama terdapat 68,000 aduan dilaporkan," katanya.

Pada majlis itu, sebanyak 230 penduduk yang terjejas akibat banjir di kampung berkenaan bulan lepas menerima bantuan berupa bekalan makanan daripada KPDNKK.

Majlis itu turut dihadiri Pengarah KPDNKK Kelantan, Ab Ghani Harun dan Anggota Parlimen Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisyam Abdul Aziz.

- BERNAMA

Read more…

2 Maut , 1 Parah Lori Bertembung di Terowong Menora.


IPOH: Dua maut manakala seorang parah selepas lori cat dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan beras di kilometer 265.8 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora, malam tadi.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, ketiga-tiga mangsa tersepit selepas lori membawa muatan cat yang mereka naiki merempuh belakang sebuah lori beras.

Kemalangan itu turut mengakibatkan semua cat dan beras dibawa kedua-dua lori berkenaan tercampak di atas jalan sehingga mengakibatkan kesesakan di lebuh raya itu.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 11.20 malam tadi sebelum bergegas ke tempat kejadian dan melakukan kerja penyelamatan untuk mengeluarkan mangsa dengan bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh serta Kuala Kangsar.

Difahamkan kemalangan itu mengakibatkan kesesakan hampir tujuh kilometer sehingga memaksa pihak syarikat Lebuhraya Utara Selajtan (PLUS) terpaksa mengarahkan pengguna memasuki Plaza Tol Kuala Kangsar dan keluar di plaza tol Ipoh. - bharian.

Read more…

Friday, January 9, 2015

Remaja dan Pasangan Kantoi Dekat Tangga Flat.



Kajang: Usia baru mencecah 16 tahun, namun seorang remaja lelaki yang ketagihan seks dikesan menjadikan kawasan tangga sebuah flat sebagai lokasi bermesra dengan kekasihnya.



Difahamkan pasangan remaja itu melakukan perbuatan terkutuk itu berulang kali di kawasan tangga tingkat tujuh flat di Jalan Anggerik Perdana, di sini, sejak lapan bulan lalu.

Bagaimanapun, remaja lelaki itu bertindak lebih gila apabila turut merogol adik teman wanitanya berusia 16 tahun ketika mereka bertemu di lokasi sama.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian berlaku pada November lalu, namun mangsa tidak pernah menceritakan kepada ibu bapanya.

“Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 petang di tepi tangga tingkat tujuh flat berkenaan. Suspek mengajak mangsa berbual-bual sebelum dia mula meraba, seterusnya merogol mangsa,” katanya.

Beliau berkata, mangsa akhirnya menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebelum satu laporan polis dibuat awal pagi Jumaat lalu.

“Susulan itu, polis menahan suspek pada hari sama dan dia kini direman tujuh hari.

“Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan koyakan baru dan lama pada alat sulit mangsa,” katanya.

p/s : Dimana salah dan silap sampai remaja ni jadi macam ni?

Read more…

Thursday, January 8, 2015

Hukum Tidur Tanpa Seurat Benang ?!?!




Korang mesti ada yang apabila tidur konon nak pakai kain last last bangun pagi kain entah kemana, nak tiur pakai seluar, ada yang kata tak selesa lah. Korang tahu ke apakah Hukum Tidur Tanpa Seurat Benang ? Jom baca tentang Hukum Tidur Tanpa Seurat Benang.

Hukum Tidur Tanpa Seurat Benang

Soalan :
Assalammualaikum ust dan ustz,sya ingin bertanyakan hukum sekiranya saya dan isteri saya tidur dlm keadaan berbogel dlm bilik sewaktu tidur malam?tanpa ada alasan untuk kami melakukan sedemikian,maaf atas kejahilan,saya baru mahu mendalami hukum agama.
Jawapan :
Wa’alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Anda dan isteri diharuskan berbuat demikian dengan syarat tidak ada orang yang boleh melihatnya.
Walau bagaimanapun, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam ada bersabda, maksudnya:
diriwayatkan oleh Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya, maksudnya:
“Dia berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah! (Kepada siapakah) dari ‘aurat kami boleh kami perlihatkan dan (kepada siapa) kami hindarkan?”
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Peliharalah ‘aurat kamu melainkan dari isteri kamu atau hamba sahaya perempuan kamu.”
Dia berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah! Bagaimana pula jika ada orang-orang berhimpun sebahagiannya dengan sebahagian yang lain?”
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Jika kamu berupaya (membuat) seseorang tidak akan melihat ‘aurat kamu, maka janganlah orang itu melihatnya.”
Dia berkata: “Saya bertanya: “Bagaimana pula jika seseorang itu bersendirian?”
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Allah itu lebih berhak untuk dirasa malu daripada manusia.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Soalan :
Assalammualaikum ust dan ustz,sya ingin bertanyakan hukum sekiranya saya dan isteri saya tidur dlm keadaan berbogel dlm bilik sewaktu tidur malam? Tanpa ada alasan untuk kami melakukan sedemikian,maaf atas kejahilan,saya baru mahu mendalami hukum agama.
Jawapan :
Wa’alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Anda dan isteri diharuskan berbuat demikian dengan syarat tidak ada orang yang boleh melihatnya.
Walau bagaimanapun, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam ada bersabda, maksudnya:
diriwayatkan oleh Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya, maksudnya:
“Dia berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah! (Kepada siapakah) dari ‘aurat kami boleh kami perlihatkan dan (kepada siapa) kami hindarkan?”
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Peliharalah ‘aurat kamu melainkan dari isteri kamu atau hamba sahaya perempuan kamu.”
Dia berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah! Bagaimana pula jika ada orang-orang berhimpun sebahagiannya dengan sebahagian yang lain?”
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Jika kamu berupaya (membuat) seseorang tidak akan melihat ‘aurat kamu, maka janganlah orang itu melihatnya.”
Dia berkata: “Saya bertanya: “Bagaimana pula jika seseorang itu bersendirian?”
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Allah itu lebih berhak untuk dirasa malu daripada manusia.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

Read more…

Goods and Service Tax (GST), apekah!? Tengok sini kalau nak lebih memahaminya!

 Memandangkan bulan April ni GST dah nak bermula..mari kita memahami apa itu GST!


 Apakah GST? Bagi yang masih "blur" tentang maksud di balik akronim ini, silalah membaca dengan lebih lanjut artikel yang saya salin dan tampal di bawah ini.

Namun, biar apa-apa pun argumen dan pendapat yang diberikan, saya amat bersetuju dengan satu kiriman oleh Pak Kadir. Katanya,GST: Tidak Ada Cukai Yang Tidak Membebankan. Jika namanya "cukai" maka rakyat selaku pengguna perlu membayar sejumlah nilai yang telah ditetapkan. Antaranya beliau menulis:

Cukai dalam apa bentuk sekalipun akan menjejas kesejahteraan orang atau pihak yang membayarnya. Sebab itulah macam-macam cara dan kaedah diperkenalkan oleh pemerintah di dunia bagi mengurangkan beban dan persepsi negatif percukaian.
Dalam keadaan paling teruk atau ekstrem, tindakan memperkenalkan cukai baru atau menaikkan kadar cukai yang sedia ada telah mencetuskan rusuhan dan dalam hal-hal tertentu telah menjatuhkan kerajaan.
Di negara kita sendiri, cadangan GST ini sudah lama dibuat tetapi tidak dilaksanakan kerana kerajaan kurang yakin dan kurang pasti kesannya kepada pembayar cukai dan pengguna.
Yang pasti adalah kerajaan tidak ada kerajaan yang akan memperkenalkan GST atau apa juga cukai jika ia tidak menambah hasil (pendapatan) perbendaharaan.
GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Taxadalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

Berkaitan:

KEWAJARAN & IMPLIKASI GST

Cadangan untuk mengganti sistem cukai jualan dan perkhidmatan kepada cukai konsumpsi yang digelar sebagai GST telah diumumkan pada pembentangan bajet 2005 oleh Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Awalnya ia dicadang untuk dikuatkuasakan bermula 1 hb Januari 2007. Dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan kerajaan, Bajet 2005 mencadangkan penyusunan semula sistem percukaian negara termasuk mengkaji peruntukan yang disediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Ini katanya bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih berkesan dan berupaya menjana hasil negara.

GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Pada masa ini cukai jualan dikenakan ke atas barangan ketika diimport atau di peringkat perkilangan. Cukai perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu termasuk profesional, hotel dan restoran.

GST didakwa sebagai sistem cukai yang lebih komprehensif , efisyen , telus dan efektif. Ia juga diduga akan menambahkan pendapatan cukai tahunan untuk kerajaan. Dalam sebuah reaksi seorang pensyarah perakaunan dari UiTM berpendapat GST tidak membebankan dan akan menambahkan hasil negara.

Pada 29 November 2009 Menteri Kewangan Kedua , Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dalam kenyataannya telah mendakwa kerajaan akan memperoleh pendapatan cukai tahunan sebanyak RM 1 bilion dari GST. Beliau berkata sebanyak 143 buah negara telah melaksanakan GST. Dalam Asean hanya Malaysia, Brunei danMyanmar yang belum memperkenalkannya.

Ditambah lagi , dikatakan GST akan dapat mengurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan individu.

Kini negara jiran yang melaksanakan GST adalah Singapura,Thailand, Indonesia dan Filipina . Kadar GST yang diguna oleh negara-negara ini waktu ini ialah Singapura 5%, Thailand 7%, Indonesia 10% (digelar sebagai cukai nilai tambah - VAT) dan Filipina 10%.

GST dijangka dilaksanakan 18 bulan selepas bacaan kedua rang undang-undang pada Mac tahun depan (2010). Ini bermakna cukai itu akan berkuat kuasa sekitar Ogos atau September 2011.

Apa itu GST?


VAT/GST diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice Lauré, untuk mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan.

Kini 138 negara melaksanakan Value Added Taxes (VAT) sementara beberapa negara – terutama US , mengenakan cukai jualan , biasanya cukai pada satu aras sahaja diperingkat runcit. Dalam hamper semua negara cukai-cukai ini adalah sama ada penyumbang terbesar atau penyumbang kedua besar kepada perolehan negara.

GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai.

Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan.

GST diambil kira dalam setiap tahap urus niaga. Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan (dikenali juga sebagai bekalan) merupakan jumlah nilai yang diterima oleh organisasi perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua aktiviti yang dicukai.

Aktiviti yang dicukai merangkumi aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Organisasi perniagaan yang berkenaan hendaklah membekal (atau bersetuju untuk membekal) barangan atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab.

Harga bekalan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah dimasuk kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini dikenali sebagai "kredit cukai input''.

Akhirnya pengguna akan menanggung kos GST tersebut. Bagaimanapun, penyerahan GST kepada pihak berkuasa adalah tanggungjawab penjual bukannya pengguna terakhir.

7 poin mengenai GST


1. Peniaga dikehendaki mengenakan caj GST pada kadar yang akan ditentukan ke atas barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan . GST yang dikutip dibayar kepada kerajaan.

2. GST dikenakan ke atas bekalan yang dicukai iaitu hampir semua barangan dan perkhidmatan.

3. Peniaga bayar GST bila membeli barangan dan perkhidmatan. Biasanya mereka boleh menuntut kembali kredit “cukai input ” kepada GST yang dibayar.

4. Kredit “ cukai input ” ditampung semula dari GST yang dikutip.

5. Jika caj GST melebihi kredit “ cukai input ” bagi satu tempoh , peniaga perlu remit GST kepada kerajaan. Jika kredit “cukai Input” melebihi GST yang dicaj, peniaga akan biasanya mendapat wangnya semula (refund).

6. Kesan akhirnya peniaga mengenakan caj GST tetapi tidak menyimpannya dan membayar GST tetapi mendapat kredit “cukai input”.

7. Beban akhirnya ialah pengguna.

Bekalan yang dikecualikan cukai


Bagaimanapun, barangan atau perkhidmatan yang merupakan keperluan asas tidak dikenakan cukai. Di Australia, umpamanya, barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai termasuk barangan makanan asasi (kecuali makanan tersedia, makanan bawa-balik, snek, alkohol dan minuman ringan), perkhidmatan kesihatan, ubat-ubatan, pendidikan dan penjagaan kanak-kanak, utiliti, barangan tertentu yang dibekalkan oleh pertubuhan amal dan agama, dan barangan dan perkhidmatan yang dieksport.

Pelaksanaan GST di negara ini merupakan satu langkah wajar memandangkan kebanyakan negara lain telah melaksanakannya. Di samping itu, jaminan kerajaan untuk mengecualikan cukai tersebut terhadap barangan dan perkhidmatan keperluan asas bertujuan untuk tidak membebankan pengguna berpendapatan rendah di samping mengelak berlakunya inflasi. GST hanya dikenakan kepada barangan atau perkhidmatan mewah yang mampu dibeli oleh pengguna berpendapatan tinggi. Di samping itu perniagaan kecil juga dikecualikan daripada GST.

Ada yang mengsyaratkan jika diuruskan dengan baik dengan kerjasama pelbagai pihak, GST mampu meningkatkan hasil negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai.

Di samping itu, sistem ini juga dapat memastikan setiap perniagaan menyimpan rekod kewangan dengan lebih sempurna. Walaupun pelaksanaan sistem GST dianggap mencabar, tempoh yang selesa sebelum pelaksanaannya membolehkan setiap lapisan masyarakat diberi pengetahuan mengenainya.

Isu-isu dan implikasi GST


Setelah pelaksanaan terpaksa ditangguh dari 1 Januari 2007 sehingga sekarang ternyata ada perkara yang tidak beres.Kerajaan wajib tahu dan yakin bahawa pelaksanaannya nanti tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat .

Dengan syarat Malaysia merupakan negara yang berpendapat tinggi , GST mungkin nampak wajar. Secara teori ia juga GST dilihat menutup lubang kesempatan mereka yang cuba menghindari dari membayar cukai . Di negara-negara Scandinavia implementasi GST secara berkesan telah membawa kepada manfaat sosial dalam pendidikan, khidmat kesihatan, pengangkutan dan pemeliharaan kanak-kanak.

Namun terdapat beberapa persoalan yang perlu dipertimbangkan dalam konteks Malaysia pada waktu ini. Kami huraikan seperti berikut:

1. Soal pertama , apakah memperkenalkan GST atau apa juga cukai untuk menambah hasil (pendapatan) perbendaharaan tidak akan menambahkan bebanan ke atas rakyat. Pada hakikatnya tiada cukai yang tidak membebankan.

2. Kedua, pelaksanaan GST jika tidak diawasi dengan ketat akan diperalat dan dimanipulasikan oleh pengeluar, pengedar dan peruncit untuk menipu (profiteering).

Di sinilah kita meletakkan satu lagi penanda aras kepada KPI Perdana Menteri kerana dia juga adalah Menteri Kewangan. Idea dan pelaksanaan GST kini menjadi tanggungjawab mutlak beliau.

3. Dan ketiga, tambahan hasil cukai daripada GST akan hanya memanfaatkan pembayar cukai dan rakyat jelata jika dibelanjakan dengan berhemah. Setakat ini rekod pencegahan pembaziran dan penggunaan berhemah tabungan negara oleh sektor awam belum cukup meyakinkan.

Dalam ketidakpastian inilah pihak kerajaan nampaknya terpaksa membuka ruang untuk pihak masyarakat awam dan swasta serta persendirian berpartipasi untuk memberi maklum balas mengenai pelaksanaan GST. Untuk ini pihak kerajaan telah mengumumkan penubuhan Panel Penyemakan Sistem Percukaian termasuk Akta Cukai Pendapatan 1967 yang dianggotai oleh 8 orang , 3 orang dari sektor awam dan 5 dari sektor swasta. Timbalan Ketua Setiausaha Kementeri Kewangan dari Bahagian Cukai akan mempengerusi Panel ini.

4. Selanjutnya isu yang berbangkit lagi ialah sejauh mana pendapatan individu atau syarikat dapat disimpan bila cukai pendapatan dikurangkan dalam regim percukaian GST? Yang menjadi kekhuatiran lagi ialah bila syarikat mengambil kesempatan untuk menaikan harga barangan dan perkhidmatan akibat pengumuman awal ini, seperti yang berlaku di beberapa negara ini.

Kini syarikat menunggu pengumuman selanjutnya untuk bersiap meohon lesen mengutip GST dari para pembekal, pengeluar, pemborong , peruncit serta pengguna.

5. Jika dilihat dari satu sudut percukaian GST berdasarkan kepenggunaan nampak semacam lebih adil. Ini adalah kerana ada beberapa katagori dalam masyarakat yang tidak membiar cukai.

Namun persoalannya yang lain juga ialah bagaimana pihak kerajaan hendak mewujudkan mekanisme yang lebih mudah bila GST dilaksanakan. Sistem GST ini mempunyai mekanisme pengiraan yang rumit jika para pengusaha tidak memahaminya dengan baik.

Sehingga ini sangat sedikit pengusaha terutama peniaga kecil dan sederhana (IKS) memahami implikasi dan cara mengendali perniagaan mereka berdasar sistem GST.

Jika sistem GST seperti Eropah di laksanakan di Malaysia matlamat yang hendak dicapai tidak akan berhasil. Konsep terpenting ialah mudah dan lancar.

Lantaran itu pelbagai pihak menyifatkan penangguhan pelaksanaan GST sebagai wajar bagi memastikan tahap kesediaan masyarakat perniagaan di negara ini menghadapi amalan itu.Masa lebih panjang diperlukan bagi golongan sasar membuat persediaan dan memahami konsep sebenar GST serta kesannya terhadap bidang yang diceburi.

Kerajaan akhirnya mengakui penangguhan perlu untuk memberi ruang kepada kerajaan mengemas kini prosedur dan tindakan yang perlu diambil seiring pelaksanaan GST, manakala syarikat mempunyai masa untuk melengkapkan persiapan seperti menentukan sistem terbaik dari segi penyimpanan resit dan sebagainya. Bagi perniagaan bersaiz besar, sistem penyimpanan pelbagai dokumen dan resit mungkin perlu diuruskan pihak profesional kerana banyak yang perlu dikendalikan.

6. Pada realitinya GST adalah sistem yang sangat kompleks. Jika keupayaan yang sama tidak dirasai oleh semua pihak maka sistem ini akan menjadi pincang.

Akibatnya GST yang diandai sebagai mekanisme meningkatkan pendapatan kerajaan bagi mencapai sasaran pengurangan defisit dalam bajet tahunan akan gagal dicapai. Setakat ini sudah 8 tahun berturut kerajaan membentangkan bajet defisit dan setiap kali menyasarkan pengurangan defisit berbanding KNK ia gagal dicapai malah defisit semakin melebar.

Sehingga ini tidak adapun suatu roadmap berdasarkan jangka waktu yang jelas yang dapat dibentang oleh kerajaan untuk mencapai bajet yang seimbang. Sehingga ini nampaknya hanya negeri Kelantan , Selangor dan Pulau Pinang sahaja yang mencapai bajet seimbang.

7. Satu persoalan lagi ialah sejauhmana GST dapat menyumbang kepada pengurangan bajet defisit negara. Sebab itu ada yang mencadangkan selain Panel Penyemakan Sistem Percukaian , di parlimen sendiri harus mengujudkan sebuah Jawatankuasa bebas mengenai Reformasi Percukaian. Ini penting kerana akhirnya ahli Parlimen-lah yang akan melulus atau menolak sebarang perubahan sistem percukaian. Jawatakuasa ini boleh memberi input melalui kajian tersendiri untuk dipertimbangkan oleh sidang parlimen.

8. Satu implikasi lain , berbanding sistem cukai langsung (direct tax) kepada badan korporat dan individu , ialah GST juga dilihat sebagai sistem percukaian yang regresif iaitu semakin tinggi pendapatan individu atau korporat semakin rendah bahagian dari pendapatan itu disalur kepada membayar cukai. Sebaliknya lebih rendah pendapatan lebih besar pula bahagian pendapatan itu yang perlu disalur kepada pembayaran cukai. Bermakna sistem ini lebih memberi tekanan kepada golongan miskin dan berpendapatan kecil. Jaminan bahawa golongan berpendapatan rendah tidak akan terbeban belum menyakinkan. Mekanisme GST yang diumumkan belum jelas menghuraikan kesan yang sangat fundamental kepada golongan berpendapatan rendah yang sangat sensitif kepada harga barangan dan perkhidmatan ini. Apa yang dikhuatirkan ialah bebanan akan bertambah kepada golongan miskin , daya saingan pengusaha kecil dan sederhana akan terhakis.

Seorang penulis surat bernama Andrew Fan yang disiarkan dalam akhbar NST dengan sangat jelas menghurai persoalan ini seperti berikut:


“Let me use his illustrations: An individual earns RM35,000 a year (RM2,916 a month). His income tax for that year is RM1,526 a year. That means his effective disposable income is RM33,474. Assume GST of five per cent is applied. Everything this individual buys will be more expensive by five per cent, causing his real disposable income to decline to RM31,880 (RM33,474 divided by 105 per cent). This means the GST cost to the in individual in real terms is RM1,595. Given this scenario for an individual, the government’s suggestion to lower the effective income tax rate to compensate for GST rings hollow. Even if income tax rates dropped to zero, it would not cover the GST cost.”

Berdasarkan pengiraan ini GST yang akan dikena keatas semua barangan dan perkhidmatan tidak memberi manfaat kepada mereka yang berpendapatan sederhana kerana ia mengurangan daya membeli dan akibatnya menjejaskan kualiti hidup. Pergiraan dia atas juga akan lebih parah bagi individu setelah diambilkira faktor rebet , pemotongan cukai pendapatan dan kadar cukai lebih rendah bagi mereka yang berpendapatan rendah. Akibatnya jurang pendaptan akan bertambah luas.

Hanya 15% dari tenaga kerja di negara ini dikenakan cukai. Oleh itu pengurangan cukai pendapatan dini’mati oleh golongan yang berpendapatan tinggi dan bukan membantu golongan berpendapatan rendah.

9. GST juga tidak baik untuk IKS. Kebanyakan IKS akan rugi dan hanya untung sedikit pada awal ia beroperasi . Jadi IKS tidak dikenakan cukai korporat atau membayar cukai korporat yang rendah ketika ia mula beroperasi. Namun GST, akan memberi kesan kepada pengusaha kecil bermula hari pertama beroperasi.. Dari hari pertama lagi ia terpaksa menggenakan pelanggannya dengan caj yang lebih ke atas barangan dan perkhidmatannya . Akibatnya permintaan kepada barangan atau perkhidmatannya akan berkurangan.

10. Dasar kerajaan untuk laksana GST juga dilikita untuk bermesra pada kaum korporat ataupun untuk terus “business friendly” . Namun strategi ini dilihat memindahkan beban cukai daripada lapisan kaya kepada rakyat biasa. Strategi ini sedang dilaksanakan - 4 peratus ke 26 peratus. Seperti yang dinyatakan dalam ucapan MP Sg. Siput , Dr. Jeyakumar Devaraj , di parlimen baru-baru ini, beliau memetik daripada m/s 9 Biznews pada 29/10/09.


“The Goods and Services Tax will stabilise the government’s finances in the long run says Ernest & Young. XX, one of its partners suggested that the strategy would be to start low and pull up the rate every few years. As in most countries with the GST in place, a reduction in corporate and personal tax will follow suit he said.”

GST yang dicadangkan ini memberi kuasa kepada Menteri Kewangan untuk menentukan kadar cukai mengikut pertimbangannya sendiri.

11. GST juga dilihat boleh mengakibatkan kenaikan inflasi yang mendadak bila harga barangan akan naik akibat kos perniagaan bertambah. Dengan adanya “input tax” dan “output tax” yang dikenakan kepada sepanjang rantai pengeluaran barangan dan perkhidmatan , harga yang lebih tinggi terpaksa dibayar oleh pengguna. Sebarang pengurangan cukai pendapatan tidak dapat menampung kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

12. Walaupun GST dapat menjimatkan kos sehingga RM 1.4 bilion kerana cukai eskport dikurang kepada 4% dari 10% dan cukai professional juga tidak perlu dibayar , akan tetapi pengeskport dan ahli perniagaan akan memindahkan cukai itu kepada pengguna yang akan mengakibatkan kerugian bagi golongan yang berpendapat sederhana dan rendah.

13. Kami berpendapat GST boleh mencetuskan apa yang dipanggil kegiatan ekonomi tersembunyi (underground economy). Ini kerana GST akan mengwujudkan beban administratif ke atas kerajaan dan pengusaha. Soalnya apakah ada sistem cukai yang kerajaan boleh mendapatkan perolehan yang sama tetapi akan lebih adil kepada pengguna dan peniaga kecil, tiada memeningkan pengusaha kecil dan menggalakkan kerajaan pusat dan negeri untuk bekerjasama dan mengharmonikan polisi cukai .

Umumnya menganggarkan 5-20% dalam mana-mana aktiviti economi akan merupakan ekonomi yang tidak didedahkan. GST boleh mecetuskan kegiatan ini dengan lebih banyak.

Sebuah sistem cukai adalah cekap bila ia tidak menggangu sebarang keputusan dan perilaku ekonomi . Sebuah sistem cukai perlu diujudkan yang dapat membendung aktiviti ekonomi tersembunyi.

Sebahagian kelompok bisnes akan melakukan kegiatan ekonomi seperti ini kerana GST membebankan dan sangat kompleks untuk diurus. Jika GST boleh mengakibatkan hal ini ,maka kerajaan akan hilang perolehan lebih tinggi berbanding apa yang sepatutnya .

Pengalaman negara kaya seperti Kanada sekalipun mendapati kos pengurusan didapati meningkat bila GST dilaksanakan . Pada 1991-92 ia terpaksa mengeluarkan belanja $486 juta dan memerlukan kakitangan seramai 4,400 orang untuk menguruskan GST. Jika kos persendirian atau swasta bagi setiap RM 1 yang dicampur untuk menguruskan GST , ia tidak akan mencapai objektif seperti yang didakwa. Kos masa yang diambil dalam pengurusan GST dijangka akan lebih tinggi dari biasa.

Pengalaman Australia dengan GST
Mengikut catatan sebuah laporan negara dengan per kapita yang tinggi pun mengelami kritikan terhadap pelaksanaan GST seperti berikut:


“Critics have argued that the GST is a regressive tax, which has a more pronounced effect on lower income earners, meaning that the tax consumes a higher proportion of their income, compared to those earning large incomes. Peter Costello, the acting Federal Treasurer who introduced the GST, counters that, due to the corresponding reductions in personal income taxes, state banking taxes, federal wholesales tax and some fuel taxes that were implemented when the GST was introduced, people were effectively paying no extra tax.The preceding months before the GST became active saw a spike in consumption as consumers rushed to purchase goods that they perceived would be substantially more expensive with the GST. Once the tax came into effect, consumer consumption and economic growth declined such that by the first fiscal quarter of 2001, the Australian economy recorded negative economic growth for the first time in more than 10 years. Consumption soon returned to normal however. The Government was criticised by small business owners over the increased administrative responsibilities of submitting Business Activity Statements on a quarterly basis to the Australian Taxation Office. A study commissioned by theCurtin University of Technology, Perth in 2000, argued that the introduction of the GST would negatively impact the real estate market as it would add up to 8 percent to the cost of new homes and reduce demand by about 12 percent.[10] The real estate market returned to boom between 2002 and 2004 where property prices and demand increased dramatically, particularly in Sydney and Melbourne. During the 2004-2006 period Perth has also witnessed a sharp climb in real estate prices and demand.”

Sources: http://encyclopedia.laborlawtalk.com/Value_added_tax

PENUTUP


GST jika tidak diimbangi dengan kos yang akan lebih tinggi yang terpaksa ditanggung dalam menguruskannya akan menjadikan sistem cukai ini membebankan bukan sahaja kepada rakyat malah juga kepada kerajaan. Lebih penting lagi ialah apabila peningkatan perolehan yang didakwa akan didapati oleh kerajaan tidak pula diselaraskan dengan langkah-langkah membendung pembaziran dan penyelewangan , akan menjadikan GST bukan suatu sistem cukai yang bermanfaat malah mencetuskan musabah ekonomi yang lebih besar.

Yang pasti memperkenalkan reformasi sistem cukai yang ada sekatang bukan mudah. Reformasi cukai tidak harus hanya dengan GST atau nama apapun. Hasil akhirnya memberi implikasi harga sosio-ekonomi dan politik yang tinggi untuk dibayar.

Sumber: http://wargamarhaen.blogspot.com/2010/02/gst-kesan-keatas-pengguna-dan-rakyat.html
Sumber ke-2: http://duniacacamarba.blogspot.com/2010/02/kewajaran-implikasi-gst.html

Read more…

Tuesday, November 18, 2014

Lola tak mahu tuntut Firdaus



JKM tiada masalah untuk menjaga dan membela Firdaus.




NILAI - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan akan terus menjaga Muhammad Firdaus Dullah, 15, anak kepada Lolanopita Saidi, 40, yang bersedia anaknya itu tinggal di rumah kebajikan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pihaknya dimaklumkan Lolanopita enggan menuntut Muhammad Firdaus, walaupun selepas selesai menjalani hukuman.

Katanya, melalui sesi kaunseling yang dibuat bersama Lolanopita, dia memberitahu kepada pegawai JKM, dia mahu Muhammad Firdaus terus tinggal di rumah kebajikan itu.

“Apa juga keputusan yang dibuat oleh ibu Firdaus, kita menerimanya. Kita tiada masalah untuk menjaga anak ini. Cuma sebagai seorang ibu dia harus mempunyai rasa kasih dan sayang terhadap anaknya sendiri.

“Walaupun Firdaus berada di bawah jagaan JKM, namun dia dinasihatkan sentiasa menjenguk anaknya sekerap mungkin," katanya.

Beliau juga berkata, Lolanopita tidak boleh hanya melepaskan tanggungjawab kepada JKM semata-mata.

"Walaupun kita mampu menjaga Firdaus dengan baik, namun hubungan ibu dan anak tidak boleh dipisahkan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Penutup Seminar ‘Nilai U - Niew Future Leaders Camp 2014’ di Nilai Spring Resort dekat sini, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Jadikan kes Lolanopita satu pengajaran]

Rohani menjelaskan, kejadian itu harus dijadikan sebagai contoh dan pengajaran kepada masyarakat, agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Rohani memberitahu, hukuman diterima Lolanopita bukan sekadar hukuman, namun pengajaran penting buat dirinya agar sentiasa memberi keutamaan dan kasih sayang kepada anak, lebih-lebih lagi anak istimewa.

Bagaimanapun, Rohani menegaskan, sekiranya suatu hari nanti Lolanopita ingin menuntut Muhammad Firdaus kembali, dia berhak berbuat demikian dan pihaknya akan menyerahkannya kepada ibunya dengan bersyarat.

“Lola boleh mengambil anaknya pada bila-bila masa kerana dia adalah ibu kandungnya, namun kita akan serahkan anaknya itu dengan bersyarat, antaranya perlu mengikuti kelas pemulihan untuk Firdaus, sesi kaunseling, rawatan susulan dan pelbagai lagi keperluan yang perlu diikuti,” katanya.

Read more…

Monday, November 10, 2014

4 Beradik Berumur 2-7 Tahun Ditinggalkan Bersama RM70 Untuk Hidup



Sarawak, 9 Nov - Empat orang kanak-kanak, berusia antara 2 hingga 7 tahun telah dijumpai berlegar tanpa arah tujuan di Sibu Jaya semalam oleh pihak polis.

Menurut laporan polis , mereka dijumpai bersama dengan wang tunai RM70, dua pasang payung serta be dan mengikut laporan tersebut juga, kanak-kanak tersebut dipercayai berketurunan Iban.

Polis dikatakan sudah cuba mengesan lokasi ibu bapa mereka tetapi tidak berjaya dan telah menyerahkan kes tersebut kepada jabatan kebajikan untuk diselesaikan.



Berikut adalah senarai nama empat orang kanak-kanak tersebut, yang juga adik beradik:

  1. Menai (7 tahun)
  2. Iyen (7 tahun)
  3. Echa (4 tahun)
  4. Olivia (2 tahun)

Menurut laporan polis itu juga, ada tertulis bahawa kanak-kanak tersebut telah dihalau dari rumah ibu mereka. -

Read more…

Thursday, November 6, 2014

Kes Buli: Wardina Safiyyah Kini Salahkan Pembikin Filem Gangster





Semalam tersebar di laman sosial sebuah video klip menunjukkan kes buli pelajar sekolah dirakam menerusi telefon bimbit dan ini mengundang pelbagai komen dari seluruh lapisan masyarakat dan Wardina Safiyyah secara semulajadi memberikan pandangan beliau.

Menulis menerusi akaun Facebook beliau, Wardina Safiyyah berpendapat kes buli yang terjadi kini adalah disebabkan filem gangster yang mengandungi unsur keganasan yang diterbitkan oleh pembikin filem tempatan selama ini.

“Kepada pembuat filem gangster ambillah sedikit tanggungjawab kerana beri inspirasi anak anak Melayu untuk membuli dan bertindak ala gangster. Cubalah letak tepi sikit kerakusan mahu keuntungan semata. Kita semua tahu anda mahukan untung dan anda untung kerana ramai yang mahu menonton filem gangster anda. Demand and supply bukan?”

“Jangan salahkan anda tapi salahkan penonton yang mahukannya? Fikirlah sikit kesan pada minda anak bangsa kalau ada secuit pun rasa tanggungjawab dalam diri. Atau anda tak peduli kesannya. Mengotori minda anak muda kita tak apa? Kononnya ada ‘pengajaran’ di hujung cerita?”

Wardina terus menulis dengan lanjut mengatakan anak anak muda mudah terpengaruh dengan aksi dan lakonan pelakon pujaan mereka dalam filem gangster dan akan mengambil peluang untuk beraksi seperti dalam filem jika punyai peluang, yakni membuli.

Datuk Rosyam Nor Tidak Setuju Kenyataan Wardina Safiyyah

Malaysian Digest mendapatkan kenyataan pelakon yang sinonim dengan filem gangster, Rosyam Nor tentang perkara ini dan beliau berkata perkara ini tidak boleh diletakkan sepenuhnya atas bahu pembikin filem kerana ianya satu pengaruh individu.

“Kes buli bukan berlaku hari ini malah, filem berunsur gangster sudah banyak dihasilkan. Penonton hari ini yang menonton filem kisah gangster bukan dalam kalangan mereka yang bodoh yang tidak tahu menilai baik dan buruk. Sebaliknya, apa yang berlaku terhadap kes buli seperti ini adalah berpunca daripada pengaruh dalam diri masing-masing,” jelas Rosyam Nor. (rtky/m)


Semalam tersebar di laman sosial sebuah video klip menunjukkan kes buli pelajar sekolah dirakam menerusi telefon bimbit dan ini mengundang pelbagai komen dari seluruh lapisan masyarakat dan Wardina Safiyyah secara semulajadi memberikan pandangan beliau.
Menulis menerusi akaun Facebook beliau, Wardina Safiyyah berpendapat kes buli yang terjadi kini adalah disebabkan filem gangster yang mengandungi unsur keganasan yang diterbitkan oleh pembikin filem tempatan selama ini.
“Kepada pembuat filem gangster ambillah sedikit tanggungjawab kerana beri inspirasi anak anak Melayu untuk membuli dan bertindak ala gangster. Cubalah letak tepi sikit kerakusan mahu keuntungan semata. Kita semua tahu anda mahukan untung dan anda untung kerana ramai yang mahu menonton filem gangster anda. Demand and supply bukan?”
“Jangan salahkan anda tapi salahkan penonton yang mahukannya? Fikirlah sikit kesan pada minda anak bangsa kalau ada secuit pun rasa tanggungjawab dalam diri. Atau anda tak peduli kesannya. Mengotori minda anak muda kita tak apa? Kononnya ada ‘pengajaran’ di hujung cerita?”
Wardina terus menulis dengan lanjut mengatakan anak anak muda mudah terpengaruh dengan aksi dan lakonan pelakon pujaan mereka dalam filem gangster dan akan mengambil peluang untuk beraksi seperti dalam filem jika punyai peluang, yakni membuli.
Datuk Rosyam Nor Tidak Setuju Kenyataan Wardina Safiyyah
Malaysian Digest mendapatkan kenyataan pelakon yang sinonim dengan filem gangster, Rosyam Nor tentang perkara ini dan beliau berkata perkara ini tidak boleh diletakkan sepenuhnya atas bahu pembikin filem kerana ianya satu pengaruh individu.
“Kes buli bukan berlaku hari ini malah, filem berunsur gangster sudah banyak dihasilkan. Penonton hari ini yang menonton filem kisah gangster bukan dalam kalangan mereka yang bodoh yang tidak tahu menilai baik dan buruk. Sebaliknya, apa yang berlaku terhadap kes buli seperti ini adalah berpunca daripada pengaruh dalam diri masing-masing,” jelas Rosyam Nor. (rtky/m)

Read more…

Saturday, October 25, 2014

SAYU: Luahan Hati Isteri Dan Anak-Anak Ustaz Azhar Idrus

Nampaknya isteri-isteri dan anak Ustaz Azhar Idrus (UAI) telah memberi respon tentang penyebaran video fitnah Ustaz Azhar Idrus yang menjadi bualan orang ramai.

Isteri pertama, isteri kedua dan juga anak sulung telah membuat status di laman facebook dan ada yang meluah perasaan tentang isu tersebut,

Tentunya mereka sekeluarga sentiasa menyokong Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan terkejut dengan isu video UAI tersebut.

Semoga Ustaz Azhar Idrus dan keluarga sentiasa kuat menghadapi dugaan ini. Memang melampau sungguh penyebaran video tersebut.

Jom baca luahan hati isteri dan anak-anak UAI:

Klik untuk besarkan










Apapun kita doakan semoga keluarga ini tabah menghadapi dugaan yang mendatang. Sangat tidak boleh diterima akal hanya kerana kewujudan video yang tidak sampai 1 minit dan dirakam dengan kualiti kamera ala potatot itu mampu membuatkan sesiapa sahaja percaya ianya adalah UAI. Ketika ini merupakan akhir zaman di mana para pelaku maksiat akan diangkat dan para ulama' akan dijatuhkan. Beringatlah saudara semua, usah dengan video tidak sampai seminit itu mampu membenamkan diri anda sebahagian dari mereka yang fasik selagi tiada wujudnya sebarang bukti ke jalan kebenaran.

Read more…

Monday, October 20, 2014

Pelajar dakwa diculik akan didakwa

  • Pelajar semester lima jurusan fesyen Politeknik Johor ini mendakwa dirinya diculik ketika keluar rumah di Taman Scientex Casia, Pasir Gudang Johor. Dia dibawa ke IPD Dungun untuk diambil keterangan bagi tujuan siasatan lanjut.  

Pelajar semester lima jurusan fesyen Politeknik Johor ini mendakwa dirinya diculik ketika keluar rumah di Taman Scientex Casia, Pasir Gudang Johor. Dia dibawa ke IPD Dungun untuk diambil keterangan bagi tujuan siasatan lanjut.
< 1 / 1 >


KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan di Pasir Gudang, Johor akan didakwa kerana membuat laporan palsu kononnya diculik tiga individu tidak dikenali pada Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, pelajar wanita itu akan didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan polis, pelajar itu didapati mereka-reka cerita diculik ketika berada di hadapan rumah sewanya di Pasir Gudang, setelah tertekan kerana gagal menyiapkan tugasan kursusnya.

"Menerusi siasatan lanjut malam tadi, kita dapati kenyataan pelajar berusia 20 tahun itu bercanggah dan dia mengaku membuat laporan palsu.

"Pada mulanya pelajar itu berbuat demikian untuk menipu rakannya dan tidak berniat memperbesar perkara itu namun sebaik tiba di Dungun, dia memaklumkan kepada ibunya bahawa dia diculik sebelum disuruh membuat laporan polis," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam laporan polisnya di Balai Polis Daerah Dungun pagi semalam, pelajar itu mendakwa dia diculik bersama tujuh lagi kanak-kanak.

Wan Aziz berkata, susulan laporan itu, polis menggerak semua unit dan melakukan Ops Tutup dan Ops Kesan di Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis.

Menurutnya, remaja itu telah diserahkan kepada keluarganya dan akan didakwa dalam masa terdekat. - Bernama

Read more…

Thursday, October 16, 2014

Penulis novel Karkuma, Raja Azmi dilarang jumpa pelajar UIAM Kuantan


Penulis novel Karkuma, Raja Azmi dilarang jumpa pelajar UIAM Kuantan
PETALING JAYA: Penulis novel KARKUMA, Raja Azmi Raja Sulaiman telah dilarang mengadakan pertemuan bersama pelajar Universiti Islam Antarabangsa Kampus Kuantan pada 18 Oktober 2014 bersempena dengan Hari Terbuka UIAM Kuantan.

Menurut pihak pengurusan UIAM Kuantan, alasan untuk tidak membenarkan sesi dialog bersama pelajar tersebut adalah kerana banyak novel-novel Raja Azmi mengandungi unsur seks dan fantasi melampau.

Menerusi pesanan ringkas Whatsapp kepada pihak penerbit, pihak pengurusan UIAM Kuantan memberitahu bahawa “Apa faedah bedah buku tu kepada mahasiswa, kenapa tidak buku-buku ilmiah yang lain?"

Syarikat penerbitan Merpati Jingga juga diberitahu bahawa ia mencerminkan pandangan masyarakat terhadap UIA dan tidak selari dengan biah UIA.

Sementara itu, Raja Azmi ketika dihubungi Astro AWANI menyatakan rasa terkilannya kerana alasan yang diberikan pihak pengurusan UIAM melarang sesi dialog berkenaan adalah sangat cetek.

“Novel Karkuma yang saya hasilkan tiada halaman yang berunsur seks, ianya adalah sebuah novel epik ketuhanan. Saya sangat terkilan dengan alasan bahawa saya pernah menulis buku yang berunsur seks dijadikan sebab sesi dialog itu tidak boleh diteruskan.

Sepatutnya pihak jawatankuasa UIA membaca dan mengkaji novel Karkuma dahulu sebelum membuat tuduhan melulu. Keputusan ini juga menggambarkan bagaimana mereka berfikir. Saya bukan penulis buku seks dan perkara (seks) itu untuk zaman sekarang boleh didapati di mana-mana terutamanya internet, mengapa salahkah buku saya?” katanya.

Raja Azmi sebelum ini pernah mengadakan sesi dialog buku Karkuma di sebuah kolej di Bangi tanpa sebarang masalah.

Sesi dialog antara lain membincangkan isi kandungan buku tersebut dan berkongsi pengalaman Raja Azmi sebagai seorang penulis.

Raja Azmi juga pernah menerbitkan buku-buku ajaran solat untuk kanak-kanak, buku komik Anak-Anak Sidek yang berunsurkan patriotik untuk generasi muda dan skrip-skrip drama yang berunsurkan keagamaan disamping buku novel politik yang pro kepada kerajaan pemerintah.

Dalam satu kenyataan media, pihak penerbitan Merpati Jingga merasakan maklum balas daripada pihak pengurusan menunjukkan bahawa UIAM Kampus Kuantan mempunyai sekatan dalam membenarkan seseorang itu ‘memasuki’ kampus dalam memupuk sikap matang para pelajar dan tidak mempunyai sikap yang terbuka.

Pihak penerbit juga berpandangan bahawa pihak pengurusan UIAM Kuantan seolah-seolah berperanan sebagai polis moral yang membentuk acuan yang dikehendaki pihak UIAM Kuantan.

Justeru, Merpati Jingga dengan sekaligus menarik balik penyertaan dalam semua program yang telah dipersetujui bersama UIAM Kuantan untuk acara tersebut.

Pada masa yang sama, pihak Merpati Jingga telah mengalih penyertaan Raja Azmi pada 18 Oktober 2014 ke Kolej Matrikulasi Labuan yang mahukan penulis itu berkongsi inspirasi dalam bidang penulisan.

Merpati Jingga juga membuka kepada mana-mana kampus IPTA dan IPTS yang mahu mengadakan sesi dialog yang sama boleh menghubungi pihak penerbitan bagi mempersiapkan pelajar-pelajar mereka yang berminat dalam bidang penulisan untuk mengadakan forum bersama Raja Azmi.


Read more…

Friday, October 10, 2014

Campak murid dalam longkang


 
 Luka dan lebam pada anggota badan Mohamad Sharhan.


KLUANG - Seorang murid tahun lima di sini, mendakwa dia dibelasah dan dicampak ke dalam longkang oleh seorang guru sekolahnya.

Murid berkenaan, Mohamad Sharhan Badrulhisham, 11, turut mendakwa diberi amaran akan dikeluarkan dari sekolah berkenaan pada sesi persekolahan akan datang.

Bapanya, Badrulhisham Khamis, 44, berkata, dia terkejut melihat anak bongsunya itu menangis dengan beberapa bahagian tubuhnya luka ketika mengambilnya di sekolah, kira-kira jam 10 pagi, kelmarin.

Dia bersama isterinya, datang ke sekolah itu selepas dihubungi anak mereka yang mengadu sakit perut.

“Anak saya beritahu dia dibelasah kemudian dicampak ke dalam longkang selain diberi amaran akan dikeluarkan dari sekolah pada sesi persekolahan akan datang oleh seorang guru hanya kerana dia bermain batu di hadapan kelas guru itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, berdasarkan cerita rakan-rakan anaknya, ketika mereka sedang bermain batu di hadapan kelas, salah seorang daripada mereka telah membaling batu yang kemudian terjatuh betul-betul di hadapan guru berkenaan.

Badrulhisham berkata, sebaik guru tersebut melihat mereka, tiga rakan anaknya itu bertindak melarikan diri.

“Hanya anak saya tinggal di situ kerana dia tidak melakukan perkara itu. Tetapi, guru tersebut naik berang tanpa usul periksa” katanya.

Jelasnya, dia sudah mendapatkan penjelasan daripada guru tersebut namun tidak berpuas hati dan telah membuat laporan polis berhubung insiden anaknya dibelasah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, petang kelmarin.

Tambahnya, dia tidak akan menghantar anaknya itu ke sekolah berkenaan ekoran Mohamad Sharhan masih trauma dengan kejadian yang berlaku ke atasnya selain tiada permohonan maaf daripada pihak sekolah atas perbuatan guru tersebut yang menghukum anaknya tanpa usul periksa.

“Saya mengakui anak saya seorang yang nakal. Tetapi, siasatlah dulu sebelum menghukum,” katanya.

Badrulhisham berharap guru terlibat dikenakan tindakan sewajarnya agar kejadian serupa tidak berulang pada masa akan datang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asistan Komisioner Mohd Roze Shaari mengesahkan menerima laporan berhubung insiden berkenaan dan pihaknya akan melakukan siasatan menyeluruh.

Manakala, Jurucakap Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kluang berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan akan menyiasat kes tersebut.

Jelasnya, pada masa ini mereka masih menunggu laporan penuh kejadian daripada pihak sekolah.

Read more…

Thursday, October 9, 2014

Cerita Sedih Adik Amira Bawa Bekal Nasi Goreng Guna Bekas Sabun Axion


Kisah ini benar-benar menyentuh hati bagi sesiapa sahaja yang membacanya. Membaca kisah kesusahan orang lain tanpa kita menduga air mata ini mengalir.

Cerita ini mengisahkan tentang dua orang sahabat baik. Ia telah diceritakan oleh seorang ibu yang mana anaknya ada berkawan dengan seorang perempuan yang bernama Amira (bukan nama sebenar). Semuanya bermula dengan kisah nasi goreng.

Begini kisahnya..waktu rehat di sekolah anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah, makan bersama-sama kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah. Anak saya selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping yang dibungkus dalam plastik. Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa dari rumah.

Itulah rutin bekalan harian yang di bawa oleh Amira setiap hari. Anak saya pun selalunya memang bawa nasi goreng sebab itu memang kesukaan dia. Amira memang suka sangat makan nasi goreng tu dan anak saya tak kisah untuk berkongsi nasi bersama-sama.Dia memang hari-hari bagi Amira makan nasi goreng tu.Mungkin Amira dah jemu agaknya, hari-hari bawak roti kosong cicah air sirap jer.
Suatu hari..anak saya bersuara kepada Amira.Mira..aku teringin nak makan nasi goreng ko..ko asyik bawak roti jer..apa kata esok kita bawak nasi goreng sama-sama nak.. Nanti kita makan tukar-tukar kat kantin..

Amira termenung..nampak muka dia macam tak sedap.
“ Alahh..tak nak lah..nasi goreng aku tak sedaplah, mesti ko tak nak makan nanti”
“Ala, ko bawa jelah, belum bawak, dah kata nasi goreng ko tak sedap..ko bawak je lah..mesti sedap punya.”

“Ok lah,ko punya pasal esok aku bawak ya.Aku bawak nasi goreng special untuk ko.”
Yeeaaahhh..anak saya suka sangat bila Amira bersetuju nak bawak nasi goreng esoknya.
Sampai di rumah,malam hari sebelum tidor Amira cakap kat mak dia yang esok dia nak bawak bekal nasi goreng.Dia tak mahu bawa roti kosong 2 keping tu.

Keesokkannya dalam dalam kelas..anak saya bertanya Mira.
“Mira ko bawa nasik goreng tak..?”
“Aku bawak ni”.Mira senyum..

“Ok..cayalah..tak sabar nak makan nasi goreng ko Mira oiii.”
Tepat pukul 10.00 pagi loceng rehat bunyi,mereka berdua berlari ke kantin..nak tukar-tukar nasi. goreng..

Sampai di kantin. Anak ku membelikan air minuman untuk mereka minum bersama.
“Jom kita buka bekal sama-sama.”

Anak ku mengeluarkan bekas nya.Amira pun keluarkan ‘bekas’ nasi goreng dia dari dalam beg plastik.

Tiba-tiba mata anak saya tidak berkelip..
“Amira mana nasi goreng ko? Ko bawa apa ni..?”
“Ni lah nasi goreng aku..ko buka je lah..”

Tuan/Puan nak tau..? Nasi Goreng tu diletakkan dalam bekas sabun Axion pencuci pinggan cap Lemon bekas warna kuning tu.

“Amira..kenapa ko letak nasi goreng dalam bekas Axion ni..? Mak ko tak marah ker..? Tak rasa sabun ke nanti..?”

“Tak lah.mak aku yang bubuh dalam bekas tu.Kat rumah aku mana ada tupperware macam ko..memang kami pakai balik bekas sabun tu, dah biasa dah pakai bekas macam ni”
Air mata anak saya mula bergenang..tunggu masa untuk tumpah..

“Mira,kenapa ko tak cakap yang ko tak de bekas untuk bawak nasi ni.aku boleh bagi ko bekas.kenapa ko tak cerita dengan aku Mira.ko ni kan..”

Mira tunduk..tolong jangan nangis boleh tak..? Semalam ko yang cakap ko nak makan sangat nasi goreng aku kan? Sekarang aku dah bawak apasal ko nangis plak..?? Makan je lah..

“Mira..aku rasa bersalah sangat sebab menyusahkan ko.Tak pe lah Mira jom kita makan..ko makan nasik goreng aku ya..aku nak rasa nasi goreng ko..”

“Ehhh..tak per..tak per..ko makan jer nasik goreng ko..nasi goreng aku tak sedap..bubuh dalam bekas sabun plak tu..”

“Mira..jangan ckp mcm tu..bak sini aku rasa nasi goreng ko.”
Anak saya pun makan rasa sesudu..memang betul pun..tak sedap..nasi goreng Amira putih meleset..tak de rencah..tak de rasa pun..tawar je..tapi anak saya tak kisah..dia tak komplen pun..
Cuma masa Mira suap nasi goreng tu..air mata dia pulak berlinang..anak saya tanya kenapa ko menangis.Dia cakap tak ada apa.Tak pe lah.Kita makan aje lah.

Semasa anak saya cerita kisah ini kepada saya,.saya menangis.Tapi saya tidak menangis semasa itu,saya tidak mahu menangis didepan anak sayaSaya kuatkan semangat untuk mendengar cerita dia sampai habis..

Selesai anak saya bercerita..saya cakap kat anak saya.
“Esok bawak bekas tupperware kat dapur tu..bagi kat Amira ya..cakap kat Amira bekas ni hadiah dari keluarga kita.”

Kemudian saya bangun terus keluar tengok-tengok kereta.Sebenarnya bukan saya tengok kereta,saya menangis semahunya kat tepi keta tu.Tak sangka sangat,dizaman moden ni masih ada lagi anak-anak kita yang hidup menderita,sedih dan sayu hati ni.

Kepada orang kaya di luar sana,ingatlah.Dalam kemewahan yang kamu kecapi sekarang ni ada saudara kita yang hidup dalam keadaan memilukan

Saya berdoa kepada Allah,agar semua orang yang tidak berkemampuan ini di murahkan rezeki oleh Allah dan ditabahkan hati mereka dalam menghadapi segala dugaan..Aminnn..
Semoga kisah ini boleh celik kan mata kita..

Read more…