TOP 10 Hantu Paling Menakutkan Di Jepun.
1. Kushisake Onna
Namanya bermaksud "perempuan dengan mulut terbelah". Kalau korang pergi mana-mana lewat malam, dia akan tiba-tiba muncul depan korang dari lorong mana-mana. Korang jugak tak boleh melarikan diri dari dia sebab dia boleh muncul kat mana-mana @k@ teleport depan korang. Dia akan pakai baju kot dan face mask.
Cerita mengatakan dia akan bertanya korang "Adakah Saya Cantik ?", Kalau korang cakap "Tak", dia akan potong kepala korang dengan sepasang gunting yang besar gila. Kalo korang jawab "Ya", dia akan bukak "face mask" dia dan akan bertanya "sekarang macamane?", kalo korang jawab "Tak", dia akan potong korang terbelah 2..kalo jawab "YA"..dia akan potong mulut korang macam dia..sebab korang kata cantik kan?
2. Hitobashira
Bermaksud "Tiang Manusia". Dalam fahaman kuno jepun, dengan tanam orang hidup-hidup dalam tiang tu akan menyebabkan tiang tu jadi kuat kukuh selama-lamanya. Roh orang yang kena tanam dalam tiang tu akan sentiasa menghantui tempat tu.
3. Teke Teke
"Teke Teke Teke" lah bunyi makhluk ni buat bila dia berjalan. Sebenarnya dia ni seorang perempuan yang baik yang jatuh atau kena tolak (banyak persepsi) dekat landasan keretapi yang menyebabkan badan dia terputus dua. Disebabkan api kemarahan dia tu, bahagian atas dia masih lagi hidup untuk membalas dendam.
Walaupun jalan dengan hanya menggunakan tangan, dia dikatakan boleh berjalan dengan pantas. Kalo terserempak, dia akan kejar korang pastu kalo dia dapat, konpem korang akan jadi macam dia jugak terputus dua !
4. Aka Manto
Bermaksud "Selendang Merah". Dia ni sebenarnya hantu yang duduk dkat dalam toilet. Dia akan dalam toilet yang takde tisu atau kehabisan tisu. Bila dah habis "kerja" korang, dia akan muncul dan bertanya, "Nak tisu Merah atau Biru?". Kalau korang amik Merah, dia akan potong korang kepada beberapa bahagian, dan kalau korang amik biru, dia akan cekik korang sampai jadi biru.
5. Tomino's Hell
Tomino's Hell merupakan satu puisi dimana orang akan mati bila membacanya dengan kuat. Kalo korang bernasib baik, korang takkan mati, tapi sesuatu akan terjadi.
Tomino's Hell merupakan ciptaan Yomota Inuhiko dalam bukunya yang bertajuk "The Heart is Like a Rolling Stone", yang menceritakan tentang seorang budak bernama Tomino and mati dan jatuh ke dalam neraka.
Puisi Tomino's Hell :
6. Kepala Lembu ( Cow Head )
Cow Head merupakan cerita hantu yang menyebabkan anda boleh mati disebabkan ketakutan yang melampau!!. Satu hari, dalam bas yang sedang dalam lawatan sekolah, seorang cikgu ni menceritakan tentang Cow Head ni kepada pelajarnya untuk tujuan nak menghiburkan dorang semua, tetiba semua pelajar menjerit dan suruh cikgu memberhentikan cerita tu, tetapi cikgu ni macam dalam keadaan yang khayal dia tak boleh nak berhenti. Bila cikgu ni sedar, dia tengok pemandu bas dan kesemua pelajar pengsan dengan mulut yang berbuih. Sesetengah dari pelajar tu ade yang tak berhenti menggigil dan berpeluh, mati selepas beberapa hari.
7. Okiku Doll
Okiku Doll merupakan patung yang memakai Kimono. Patung ni sebenarnya milik seorang budak perempuan bernama "Okiku". Bila budak ni mati (atas sebab yang tak diketahui), roh budak ni merasuk masuk dalam patung ni, dan sekarang ni rambut patung ni mula memanjang seperti rambut manusia. Patung ni sekarang terletak dekat Tokong Mennenji. Takde siapa yang tahu bagaimana rambut patung ni boleh jadi panjang dan beberapa ahli kaji mengatakan rambut tu mempunya DNA budak perempuan, kemungkinan Okiku !!
8. The Girl From The Gap.
Bermaksud roh yang suka duduk di celahan tak kira sama ada celahan perabot, pintu atau laci. Kalo korang ternampak kelibat dia, dia akan ajak korang main "Sorok Sorok", kalo korang terjumpa dia, dia akan bawa korang ke dimensi lain atau pun ke neraka !
9. Inunaki Village
Merupakan sebuah perkampungan yang jauh terletak dari bandar atau dari perkampungan yang berdekatan. Kat pintu masuk kampung ni ade menyatakan "Semua Undang-undang Jepun Dibatalkan di dalam Perkampungan Ini"..lebih kurang camtu la..Orang kampung ni hidup dalam keadaan yang pelik dan brutal, Kanibalism dan pembunuhan merupakan perkara biasa. Untuk sebab yang tertentu, kesemua gadget elektronik tak boleh digunakan dalam kawasan perkampungan ini. Ramai yang mengatakan pergi ke tempat ni, dan tak pernah pulang lepas tu!
10. Kiyotaki Tunnel
Terowong ni dibina pada tahun 1927, mempunyai kepanjangan 444m (no 4 merupakan no yang tersumpah dalam fikiran orang jepun). Terowong ni dikatakan dihantui oleh pekerja yang mati semasa membina terowong ni. Ade beberapa orang menceritakan hantu ni menampakkan dirinya pada waktu malam, takpun akan duduk dalam kereta korang. Dalam terowong ni ade cermin, kalo korang ternampak kelibat hantu masa tengok cermin tu, korang akan mati dalam keadaan tragik. Panjang terowong ni jugak boleh berubah-ubah kalo korang ukur pada waktu pagi atau malam.
0 comments:
Post a Comment