Showing posts with label Info Pelik. Show all posts
Showing posts with label Info Pelik. Show all posts

Saturday, February 7, 2015

Seluar Dalam Pun Kena Wangi ke? [18sx]



Baru - baru ini ada sebuah video yang meletup viewnya di Youtube kerana memperlihatkan tingkah laku aneh seorang wanita di dalam lif . Wanita ini sebenarnya kelihatan cantik dan menarik. Saat itu ia sedang masuk ke lif sendirian.

Wanita ini kemudian sejenak berkaca dan berdiri sangat dekat dengan pintu. Tak lama kemudian wanita ini mengambil sesuatu dari begnya. Bukan sebuah telefon bimbit, bukan pula kaca atau hal-hal yang berkaitan dengan pekerjaan. Melainkan sebuah botol minyak wangi semburan!


Botol semburan ini tak nampak seperti minyak wangi kerana sangat panjang dan besar. Boleh dibilang mirip pengharum bilik atau sejenis hairspray. Dan lebih mengejutkan lagi, wanita ini menggunakan tin tersebut untuk menyembur bahagian bawah skirt dia yang tak lain adalah seluar dalam.


Entah ini dilakukannya dengan sedar atau tidak bahawa di dalam lif tersebut ada sebuah kamera atau tidak. Banyak viewer yang menduga apa yang sedang dilakukan wanita itu sebenarnya.

Ya, memang semua orang berpotensi punya 'kawasan bawah' yang mungkin bau, dan sepertinya dia ingin menggekalkannya agar wangi. Namun hal tersebut tetap menghairankan bagi banyak orang.

Hosted on: kamithemedia.blogspot.com

Read more…

Saturday, January 31, 2015

Apabila Si Comel Dijadikan Hantaran !?!?


Rakyat Malaysia kini lebih kreatif dalam merealisasikan majlis perkahwinan yang lain daripada yang lain.


Sebagai contoh, yang dikongsikan dari sebuah portal Mynewshub ini menunjukkan pasangan ini menghadiahkan seekor anak kucing yang comel sebagai salah satu hantaran perkahwinannya.

Gambar (atas)sebenarnya dikongsi oleh seorang pengguna sosial bernama Muhamad Zaki yang berjaya mencuri perhatian netizen khususnya buat pengemar kucing.

Selalunya pengantin memilih beg tangan, baju dan barangan kelengkapan yang lain sebagai hantaran kahwin namun berbeza pulak idea yang diingankan pasangan ini.

Agak-agaknya mesti pasangan ini amat meminati haiwan kesayangan nabi ini.

Hantaran anak kucing tersebut diletakkan dalam sangkar kucing yang terhias indah dengan reben, bunga dan sebagainya.

Sebenarnya, kami yang melihat ini pun rasa geram melihat kecomelan dan kegebuan anak kucing berwarna putih ini.

Apa pun, semoga pasangan ini berbahagia selamanya.

Read more…

Friday, January 9, 2015

Jumpa Gigi Dalam McD ?!


JEPUN :  Seorang pelanggan McDonald’s Jepun terkejut apabila menemui sebatang gigi di dalam hidangan kentang gorengnya.

Munurut laporan AFP, ibu kepada seorang anak itu memberitahu sebuah stesen televisyen bahawa pengurus kedai yang datang melawatnya telah memberitahunya bahawa gigi itu telah ‘digoreng’, selepas aduan dibuat mengenainya.

Pelanggan itu mendakwa bahawa McDonalds hanya meminta maaf melalui lawatan pengurus kedai terbabit, di dalam kejadian yang berlaku tahun lepas itu.

“Pengurus itu tidak bercakap banyak mengenai bagaimana ia (gigi) masuk ke dalam (kentang goreng) dan apa tindakan susulan yang akan diambil.

“Saya mempunyai anak kecil dan ia amat menakutkan untuk memikirkan ada kebarangkalian dia boleh termakan gigi itu dan tercekik,” kata pelanggan itu.
Pelanggan di Jepun terkejut jumpa gigi dalam hidangan McDonald's
Seorang pelanggan McDonald's Jepun terkejut apabila menemui gigi di dalam peket kentang gorengnya, dan telah membuat aduan mengenainya.


Satu siasatan bebas yang diarahkan oleh McDonalds ekoran aduan itu mendapati gigi itu tidak ‘digoreng’.

“Kami tidak dapat memastikan bagaimana ia masuk ke dalam makanan,” kata Naib Presiden Kanan McDonald Jepun, Hidehito Hishinuma memberitahu sebuah sidang media di Tokyo dan memohon maaf di atas insidennya.

McDonald’s juga berkata tiada pekerjanya yang kehilangan gigi di dalam kedai di mana gigi itu ditemui.

McDonald’s berkata kemungkinan pencemaran yang berlaku di kilang Amerika Syarikat yang menghantar bahan makanan tersebut.

Sebelum ini, terdapat beberapa kes pencemaran makanan yang dilaporkan di beberapa kedai syarikat itu termasuk penemuan sekeping plastik vinil di dalam seketul nugget ayam di Misawa.

Turut ditemui adalah plastik keras di dalam ais krim sundae di Koriyama pada bulan Disember.

Mereka juga mengesahkan di sidang akhbar itu bahawa seorang kanak-kanak  yang mengunyah plastik itu mengalami luka di dalam mulut .

Presiden Kanan McDonald’s Holdings Jepun, Takehiko Aoki, telah meminta maaf di atas kejadian-kejadian itu.

Read more…

Wednesday, January 7, 2015

Gila Selfie jadi Giler !!! [14 Gambar]

Bila dah ramai sangat yang ber"selfie" ni, mesti ade sesetengah orang yang nak menonjol dan lain dari yang lain. Tapi tindakan dorang tu seakan-akan tidak masuk akal dan boleh dikatakan sebagai gila ber"selfie". 

Cuba tengok gambar-gambar ni!
















Nak ber"selfie" pun ber"selfie" jugak.. tapi berpada-padalah, jangan sampai kerana ber"selfie" tapi nyawa melayang nanti!

Read more…

Sunday, December 7, 2014

Remaja Lelaki Menjadi Terkenal Di Thailand Kerana Pembedahan Plastik.. [GAMBAR]

Remaja lelaki ini Namanya ialah Milliken, berusia 19 tahun dan berasal dari Thailand. Dia menjadi begitu terkenal didalam laman forum internet di Thailand kerana kecekalan dan keazamannya untuk melakukan transformasi pada wajahnya agar dapat memiliki rupa yang menarik dan berbeza daripada rupa asalnya.. Perkongsian gambar-gambar transformasi wajahnya membuatkan ramai yang mengikuti perkembangan pembedahan plastiknya.. Hasil daripada pembedahan tersebut wajahnya berubah seperti mengambil gambar menggunakan camera 360.
Mari kita lihat gambar di bawah:
Perbezaan di antara sebelum dan selepas pembedahan plastik dilakukan oleh Miliken..














Rupa Miliken sekarang berubah 100% dah macam ambil gambar pakai camera 360..


Read more…

Friday, December 5, 2014

Penyelidik temui iblis laut

  • Penyelidik temui iblis laut
< 1 / 1 >


SPESIS ikan ‘the Black Seadevil’ atau iblis laut merupakan hidupan laut yang hidup di laut dalam di Lautan Hindi, Pasifik dan Atlantik.

Namun penemuannya yang sangat jarang dilaporkan menimbulkan keraguan terhadap kewujudan spesies ini.

Menerusi sebuah laporan berita SFGate, Institut Kajian Akuaria Teluk Monterey (MBARI) melaporkan menemui spesies ini yang sepanjang lapan sentimeter pada November lalu.

Malah, kumpulan penyelidik institusi berkenaan turut merakamkan video berdurasi lebih 10 saat untuk mendedahkan hidupan tersebut kepada orang ramai.

Sementara itu, Ketua kumpulan penyelidik, Bruce Robinson berkata, penemuan tersebut dilakukan pada kedalaman 1,900 kaki daripada permukaan laut.

“Ia merupakan kali pertama pihak kami berjaya merakamkan hidupan tersebut di habitatnya, spesies ini adalah antara yang paling jarang ditemui di semua kawasan laut dalam,” katanya.

Iblis laut pada kebiasaannya hidup di laut dalam dan tidak pernah mendedahkan dirinya di permukaan laut seperti hidupan laut yang lain.

Ikan ini dikatakan mempunyai daya penglihatan sangat tajam dan boleh memakan mangsa yang lebih besar daripada saiz badannya berikutan tahap fleksibiliti yang tinggi pada bahagian perut.

Iblis laut ini dikatakan tergolong antara lima spesies dalam keluarga Melanocetus.

Untuk rekod, Iblis laut ini pernah menjadi watak di dalam filem animasi Finding Nemo yang ditayangkan pada tahun 2003.

Read more…

Monday, November 17, 2014

Lelaki Ceraikan Isteri Selepas 4 Hari Kawin Gara-Gara Jin Yang Merasuki Isterinya Larang Mereka Tidur Bersama..

DUBAI - Seorang suami mendakwa dia menceraikan isterinya yang baru dikahwini selama empat hari gara-gara isterinya sering dirasuk jin.

Lebih parah, lelaki warga Dubai itu mendakwa isterinya enggan berjimak bersamanya kerana jin itu melarang tidur bersama-sama dengannya.

Sebelum ini, mahkamah telah memutuskan bahawa lelaki tersebut perlu membayar ganti rugi Dh30,000 (RM27,330), sewa rumah sebanyak Dh6,000 (RM5,460) sebulan dan nafkah berjumlah Dh2,000 (RM1,820) kepada isterinya kerana membuat keputusan ingin bercerai.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan di sana akhinya membenarkan lelaki itu menceraikan isterinya tanpa sebarang bayaran pampasan atau ganti rugi berikutan alasan isterinya idak jujur berkenaan dirasuki jin.

Lelaki tersebut turut memberitahu mahkamah, pelbagai cara sudah diusahakan untuk menghalau jin tersebut termasuklah memanggil bomoh.

Namun, bomoh tidak dapat merawat isterinya mahupun mengusir jin berkenaan kerana mendakwa ia ‘terlalu kuat’.

Semasa perbicaraan berlangsung, peguam lelaki itu memberitahu bekas isteri dan keluarganya menipu lelaki itu kerana tidak jujur dan menyembunyikan rahsia bahawa perempuan itu dirasuki oleh jin. Lelaki itu tahu perihal isterinya dirasuki jin apabila perkara sebenar terbongkar.

Sebelum ini, isterinya pernah memberitahu pihak mahkamah bahawa suaminya mahu menidurinya kerana mahukan wang semata-mata.

Read more…

Saturday, November 1, 2014

KEK BENTUK SERAM - SANGGUPKAH ANDA MAKAN?

Macam-macam ciptaan kek yang dicipta sempena hari halloween oleh penganut Kristian. Ada yang berbentuk jantung, otak segar, anggota manusia dan yang paling teruk ialah bentuk mayat yang terburai perutnya. Heh!

Persoalannya, sanggupkah anda makan kek ini?















Foto kredit: HungryHappenings

Read more…

Tuesday, October 21, 2014

Inilah Wanita Paling Fleksibel Di Dunia

Inilah Wanita Paling Fleksibel Di Dunia | Zlata, 27, ialah seorang gadis dari Russia yang berupaya untuk melenturkan badannya kepada posisi dan bentuk yang mustahil sejak dari umur 4 tahun.

Setelah mneyedari akan bakat ini, Zlata telah memecahkan beberapa rekod dunia dengan melenturkan badannya yang fleksible itu. 




MESOTHELIOMA LAW FIRM

Read more…

Wednesday, October 8, 2014

LELAKI BUAT REPOT POLIS MOHON BANTU CARI CALON UNTUK KAHWIN

Klang - Seorang lelaki berusia 27 tahun telah membuat laporan polis di IPPD Klang Selatan awal bulan ini pada 7.42 petang untuk mendapatkan bantuan polis bagi mencari pasangan untuk berkahwin.


Di dalam repot tersebut, lelaki itu berkata dia adalah seorang lelaki bujang dan berharap agar polis dapat membantunya mencari seorang isteri untuknya.


ACP Kamarul Zaman Mamat berkata, polis tidak boleh menghalang seseorang dari membuat laporan polis tetapi dia turut menekankan bahawa orang ramai tidak sepatutnya menyalah guna perkara tersebut bagi melaporkan perkara remeh temeh.

Beliau juga menambah, perkara yang tidak penting seumpanan itu boleh menghalang tugasan polis yang melibatkan perkara-perkara yang lebih penting.


Bagaimanapun, dia memberitahu Sinchew Daily yang lelaki itu tidak akan dikenakan sebarang hukuman kerana tidak membuat sebarang perkara yang menyalahi undang-undang.

Read more…