Kita kena tahu yang terdapat tiga golongan jin.Ha?Tak tahu,takpe sekarang korang kena amek tahu.
# Jin yang berbentuk ular 1.Jin yang berbentuk ular ni memang suka sangat masuk rumah orang.
Masih ingat lagi kes di teluk intan dimana ada ular ketuk pintu nak masuk rumah orang?Pandai betul ular tu siap ketuk pintu nak masuk rumah orang kan,tapi yang tu wallahualam taktaulah nak cakap jin ke tak.Sebab apa aku cakap macam tu?Sebab jin yang berbentuk ular ni takkan ketuk pintu kalau nak masuk rumah.Habis tu dia buat apa dya??jangan neves,bawak bersabar.Sila baca point kedua dibawah.*cewaahh
2.Jin yang berbentuk ular biasanya takkan masuk dimana-mana pintu,sebaliknya tiba-tiba je dia ada dalam rumah kita.
3.Jin yang berbentuk ular,dia tak melingkar macam ular biasa,tapi dia duduk memanjang je All the time,kiranya dia tak belit belit lah macam ular biasa,dan matanya tak akan berkedip,kadang-kadang dia suka sangat duduk dalam almari.
4.Nabi saw cakap kalau nampak ular dalam rumah,jangan bunuh dulu,sebaliknya bagi salam dulu,kadang-kadang dia bukan jin tapi ular betul.Sila baca "salamunalanuhinfilalamin,salamunalasulaimanfilalamin".
5.Kalau tak hafal ayat ni,jangan risau,cakap dalam bahasa melayu pon boleh.Caranya cakap macam ni "Kalau kamu ular betul,aku akan bunuh,kalau kamu jin,baik kamu keluar sekarang"
Biasanya kalau dia adalah jin,dia akan hilang serta merta.
6.Make sure kita tanya dulu tau,sebab kalau kita main bunuh je,nak nak pulak,ular tu adalah jin,habislah kita,jin ni macam yang kita tahu dia ada sifat dendam,so dia akan balas dendam,simple je oke?
#jin dalam bentuk anjing yang berwarna hitam
1.Anjing yang berwarna hitam dan garang tau bukan yang comel,Jangan main tuduh je anjing tu jin,sian depa tau korang main tuduh je.sobsss
#Nabi saw cakap golongan jin yang ketiga iaitu golongan jin yang suka berpindah randah.(Saka)
1.Biasanya ini adalah jenis jin yang diwarisi,ataupun dipanggil saka.
2.Saka ni dia suka sangatlah berjalan-jalan suka sangat terbang dan singgah atas pokok,eh segala tempat yang dia suka lah.
3.Saka macam ni jugak suka terbang dan suka duduk atas bumbung,dia suka singgah-singgah bumbung rumah orang
4.kadang-kadang dia ikut sesiapa jelah yang suka sangat balik rumah waktu maghrib
-Sebab tu bila kita sampai rumah waktu maghrib,untuk elak jin ikut dan masuk,baca ayat kursi 9 kali berhenti dan ludah 3 kali sebelah kiri,insyallah jin tu takkan berani masuk atau dia akan terbakar terus
Oke dah habis dah 3 golongan saka,sekarang ni aku nak kongsikan pulak pasal tanda-tanda orang yang sudah dihidapi saka ataupun sedang cuba diganggu oleh saka,Eh sebelum tu aku nak bagitahu dekat korang yang jin atau saka dia suka sangat pada orang orang yang macamni:
1.orang yang cetek ilmu agamanya,solat tak,puasa tak semuanya taklah,orang yang jenis macam ni peluang untuk dapat saka sangatlah cerah!! so jangan malas-malas nak solat,nak buat ibadah eh
2.anak cucu yang suka melakukan maksiat
3.orang yang mengingkan kehebatan duniawi contohnya nak cantik nak kuat,nak disayangi,nak terkenal.
4.Orang yang kuat pegangan agama pon akan dicuba oleh jin sebab dia nak tengok sejauh mana kekuatan kita menahan dari gangguan dia,kalau kita jatuh ditangan jin,itu adalah salah satu kejayaan besar bagi jin sebab dapat menumpaskan golongan beriman.
Okelah back to main point aku iaitu macam tajuk entri diatas ni,tapi aku akan bahagikan kepada dalam mimpi dan ketiga jaga.Macam mana nak tahu yang kita ni sedang diganggu jin atau saka,atau kita ni sudah ada saka ketika dalam mimpi?Moh baca.
1.mimpi melihat hantu dalam tidur
2.mimpi berada di tempat yang sunyi
3.mimpi berada di kawasan kotor atau perkuburan
4.mimpi jatuh dari temat tinggi
5.berdiri dan berjalan dalam tidur.
6.ketawa dan menangis di dalam tidur.
7.gigi berlaga ketika tidur.
8.mimpi melihat binatang seperti kucing,serigala,unta ular,tikus
9.orang yang mimpi dipatuk ular(kdg2 mimpi pasal saka dah masuk dlm badan)
10.mimpi menakutkan dan seram
11.mimpi buruk,seperti kena tindih
12.mimpi yang menjadikan kita sering terjaga waktu malam dalam keadaan takut
13.susah tidur malam,melainkan setelah bersusah payah
14.mimpi mneyusukan budak,menudukung budak(khas untuk orang wanita)
kalau dapat mimpi tu,kita dokong dan kita timang budak tu tak apa,tapi bahaya bila budak dalam mimpi tu selak baju kita dan dia cuba nak menyusu,kalau jadi macam ni,kita kena cepat-cepat campak budak tu.Kita boleh kawal mimpi kita,itu yang diberitahu oleh Ustaz kazim,apabila kita sudah terjaga,sila ludah 3 kali di belah kiri dan terus beralih dari tempat tidur kita tu,tidur di tempat lain pulak.Kaedah ni boleh digunakan untuk semua mimpi buruk,insyallah mimpi buruk tu takkan beri kesan pada kita.*Kaedahnyeee
15.mimpi melihat salib gereja paderi
16.orang yang selalu merinith iaitu orang yang tidur sambil merintiih menangis.
Tanda-tanda ketika jaga adalah:
1.Terlalu emotional atau pon sensitif,asal gurau sikit je nak terasa,asal cakap sikit je nak nangis.Lempang kanggg!*Teheeee
2.Mudah naik darah atau panas baran,kekadang benda ni bukan orang tu,tapi jin yang mengawal dia.
3.selalu sangat pening,bila pergi dekat doktor,doktor cakap migrain,
4.Selalu lalai dalam ingat pada Allah,rasa malas bila nak solat,kalau tak solat tu rasa macam hepi atau tak rasa apa-apa.
5.mengantuk pada waktu maghrib.Bila maghrib je ngantuk,bila ngantuk je,waktu maghrib.Bila menguap tu sampai terkeluar air mata.
6.Mengantuk pada bukan tempatnya khususnya majlis ilmu,bila dah habis majlis ilmu tak ngantuk pulak dah.
7.Lesu dan malas.
8.Bila dapat kesusahan,mudah sangat panik dan mudah gelabah,masalah sedkit pon dia kelam kabut.
9.Rasa sakit pada satu-satu anggota badan,kadang-kadang sakit pingganga,lepastu sakit sendi pulak.
10.Melihat sesuatu yang pelik,contohnya kita tengah mandi ni,tiba-tiba nampak orang melintas depan kita.
11.selalu didatangi penyakit pelik yang tak dapat diubati,yang tak boleh dikesan oleh doktor,atau yang selalu doktor sebut adalah kanser.
- Kanser ni punca nya dari tiga benda iaitu santau yang tak diubati,santau yang tak boleh diubati atau santau yang lambat diubati dan akan bertukar menjadi kanser.
- kanser boleh datang dari bentuk jin,jadi untuk hilangkan kanser,rajin-rajin bangun solat malam,insyallah kanser akan hilang,tapi kena istiqamah bangun solat malam.Ustaz kazim cerita,ada sorang pesakit ni,dia sakit kanser,Ustaz kazim pesan dekat dia bangun solat malam,alhamdulillah kanser tu hilang.
Sekarang ni jom aku nak bagitahu dekat semua kesan dan akibat ada saka
1.Sukar untuk mendapatkan anak,kadang-kadang tak dapat anak langsung,kadang-kadang jugak,nak bersetubuh suami isteri pon payah bebenau.
Jadi cuba check balik,ada tak kita amalkan jampi nenek moyang kita?contohnya cara nak dapatkan seri wajah,cara nak majukan bisnes dan sebagainya,dan untuk pengetahuan anda,itulah salah satu sebab anda suami isteri susah mendapatkan anak ataupun tak dapat anak langsung.
2.Banyak berlaku perkara pelik dalam hidup.Contohnya mana-mana kita pergi kita akan nampak orang tua terbongkok-bongkok ,ataupun perempuan,ataupun apa-apa benda yang pelik melintas,ataupun berjalan,eh tak kesahlah dia buat apapon,janji kita ternampak.Kenapa kita asyik alami perkara begini?sebab itulah khadam kita,dia nak tunjuk dekat kita yang dia ikut kita mana je kita pergi.
3.Orang yang tak suka bergaul dan hidup bermasyarakat.
4.Sangat sensitif
5.Orang itu akan mengetahui perkara yang orang lain tak tahu.contohnya dia tahu dekat belakang rumah kita ada harta karun,bila kita check,memang ada.
6.cucu suka menangis,atau budak yang kecil lagi tapi nakal,perangai buruk,ganas.Biasanya keturunan yang ada saka atau jin,anak cucunya akan bermasalah.
7. kehidupan yang tak tenteram.

Last sekali aku nak kongsi jugak cara-cara nak kesan orang yang lemas
dalam sungai,Ye lah biasanya kan,bila ada orang lemas dalam
sungai,polis,bomba orang kampung cari tak jumpa walaupun dah selam dan
cari banyak kali.Perkara ni jadi dekat arwah pelajar ustaz kazim
elias,Orang kampung dah cari,polis,bombda,you name it!semuanya dah cari
dalam sungai tu,tapi tetap tak jumpa,jadi ustaz kazim amalkan perkara di
bawah ini.
1.amek 7 biji batu,duduk di tempat
mula-mula budak yang lemas tu terjun
2.batu pertama baca surah al fatihah 7kali
3.batu kedua selawat 7 kali
4.batu ketiga surah alaaraf ayat 3,7 kali
5.batu keempat surah al ikhlas 7 kali
6.batu kelima surah alfalaq 7 kali
7.batu keenam surah alnas 7kali
8.batu ketujuh surah kursi 7 kali
Setiap kali nak melempar batu tu,baca "bismilahiAllahuakbar".Insyallah dengan izin Allah,batu tu akan menepis dan pukul segala gangguan dan benda yang menyembunyikan mayat budak tersebut dan insyallah kita akan jumpa budak yang lemas itu.Ustaz kazim amalkan perkara ini dan tiba-tiba mayat pelajar ustaz kazim timbul di hujung sungai.Subhanallah.besar kan kuasa Allah?
dengan izin Allah org yg hilang akan ditemui.
P/S:Dengan izin Allah,apa pon tidak mustahil.Ingat tu!Bye:D

0 comments:
Post a Comment