Showing posts with label Info Ngeri. Show all posts
Showing posts with label Info Ngeri. Show all posts

Monday, November 17, 2014

Mambau: Kepala Digilis Tayar Lori, 2 Penunggang Motosikal Maut



Seorang penunggang motosikal maut dalam sebuah kemalangan yang berlaku di perkarangan stesen minyak, Shell, Kampung Batu 3, Mambau, Negeri Sembilan.









Mangsa yang menunggang motosikal Modenas dikatakan telah dilanggar oleh sebuah lori yang sarat membawa muatan tong gas. Mangsa terperosok di bawah lori terbabit dan menyebabkan kepalanya digilis oleh tayar lori.



Mangsa meninggal serta merta di tempat kejadian.

Dalam sebuah kes berasingan, seorang penunggang motosikal maut dilanggar oleh sebuah lori di Guar Nenas, Gurun, Kedah pada jam 2 petang tadi. 

Read more…

Thursday, October 2, 2014

Pelajar maut jatuh dari dewan sekolah


Anggota polis sedang mengusung mayat mangsa yang terjatuh dari siling dewan sekolah berkenaan.
< 1 / 1 > KANGAR - Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini maut selepas terjatuh dari siling dewan sekolah kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Mangsa Muhamad Hakimi Zulkifli berusia 15 tahun itu dikatakan memanjat bahagian siling bangunan dewan tersebut sebelum jatuh pada ketinggian kira-kira 40 kaki.

Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik itu mengalami cedera parah pada bahagian muka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Nordin mengesahkan kejadian.

Read more…

Sunday, September 28, 2014

Tubuh wanita hamil berkecai digilis kereta api

  • Ku Nurul Shuhada Ku Nurul Shuhada
1 / 1
ALOR SETAR - [DIKEMASKINI] Seorang wanita hamil tujuh bulan sempat memohon maaf sebelum ditemui maut di lintasan kereta api berhampiran Kampung Kuala Alor, Alor Merah, dekat sini, pagi tadi.

Ku Nurul Shuhada Ku Rosli, 28, ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila serpihan anggota badannya ditemui dan dipercayai dilanggar kereta api.

Wanita itu dipercayai diseret kereta api barang dalam perjalanan dari Padang Besar ke Pulau Pinang sejauh 300 meter sebelum ditemui orang awam kira-kira jam 10 pagi.

Suami mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Saiful, 43, berkata, isterinya keluar ke kedai berhampiran kira-kira jam 8 pagi namun masih tidak pulang sejam kemudian.

"Selalunya, isteri ke kedai dalam tempoh 10 minit sahaja, namun dia didapati tidak pulang ke kediaman seperti kebiasaannya meskipun sudah jam 9 pagi.

"Lalu, saya dan bapa mertua keluar mencarinya sekitar kampung, namun masih gagal sebelum pulang ke rumah," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini.

Namun, rakannya memaklumkan ada orang digilis kereta api sebaik mereka tiba di rumah sekitar jam 10 pagi menyebabkannya bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau terkejut apabila mengenal pasti mayat itu adalah isterinya melalui pakaian dan kunci miliknya.

Menurut suami mangsa lagi, mereka memiliki seorang anak lelaki berusia setahun setengah dan sedang menunggu kelahiran anak kedua dijangka dua bulan lagi.

Beliau berkata, isterinya sempat memohon maaf kepadanya dan kedua ibu bapa Allahyarham pada malam sebelum kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.

Al-Fatihah

Read more…

Wednesday, August 20, 2014

Alfatihah! Pelajar SPM Pecah Kepala Digilis Lori

Assalamualaikum... Seorang pelajar perempuan sekolah menengah bersama neneknya telah dilanggar dengan teruk oleh lori mengikut sumber tempat kejadian adalah di Batu Pahat, Johor. Perkara ini terjadi mungkin disebabkan kelalaian lori ataupun pihak mangsa. Kita haruslah berhati-hati di jalan raya, bak kata pepatah malang tidak berbau. Apabila ajal sudah sampai, maka tidak akan terlewat walau sesaat pun kita dapat mengelaknya.

Read more…