Sekiranya
serangga ini menghinggap pada kulit korang, JANGAN sesekali menepuk mcm
korang tepuk nyamuk tuh..korang hanya perlu hembus sehingga serangga
itu sehingga jatuh..kerana sekiranya ekornya mengenai kulit korang,
secara automatik korang akan terasa pedih, panas dan akan menghasilkan
gelumbung-gelumbung air. Aku dah merasa kena serangga ni semasa aku
sedap-sedap tidur, serangga ni dengan selambanya merayap atas muka aku,
keesokkan harinya terasa pedih sangat dan kemerahan. Tak pasal-pasal
muka aku dah macam lanun sebab ada garisan-garisan merah yang sangat
jelas. Pernah keluar kenyataan menyatakan 'Pada September 2002, wabak
dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti
beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau
Pinang.'
Kali ni aku nak kongsi dengan korang info tentang serangga yang sangat merbahaya nih.
Nama Am: Kumbang Rove
Nama Spesis: Paederus Fuscipes
Nama Tempatan: Semut Sema, Semut Kayap, Charlie
Nama Spesis: Paederus Fuscipes
Nama Tempatan: Semut Sema, Semut Kayap, Charlie
Kesan:
Cecair
hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini
mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin
ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun
1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom
ular tedung. Kumbang Rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8
tahun masih lagi mempunyai ketoksidannya.
Sentuhan
semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau menggosok
dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit
kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis'.
0 comments:
Post a Comment