Friday, January 30, 2015

[PANAS] Harga Minyak Turun Lagi ??!!!


Harga Terkini Minyak RON95 RON97 Diesel Bermula 1 Februari 2015



Harga Terkini Minyak RON95 RON97 Diesel Bermula 1 Februari 2015. Harga RON 95 
dan diesel dijangka akan turun lagi seiring dengan penurunan harga minyak mentah dunia di 
pasaran sekarang.

Pada 21 November 2014 yang lalu, kerajaan telah memutuskan bahawa subsidi bahan api
 untuk RON95 dan diesel akan dikeluarkan pada 1 Disember 2014 berikutan pelaksanaan 
sistem apungan terurus.

Di bawah sistem ini, purata bulanan harga minyak mentah dunia yang akan menentukan harga
 runcit bahan api pada bulan berikutnya.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan 
mengeluarkan kenyataan pada hari terkahir bulan Januari 2015 untuk harga terkini minyak di 
Malaysia untuk bulan Februari 2015.

* Harga runcit minyak Malaysia Untuk Bulan Februari 2015 (Harga sebenar akan 
dikemaskini selepas pengumuman rasmi daripada KPDNKK. Harga bulan Jan 2015 
dalam kurungan)

RON95 - (RM1.91 sen seliter)
RON97 - (RM2.11 sen seliter)
Diesel - (RM1.93 sen seliter)


Untuk makluman berikut adalah harga minyak pada bulan Januari 2015
Harga Terkini Minyak feb 2015


0 comments:

Post a Comment