Kalau sesiapa nak buat pasangannya tersenyum,
berikanlah si DIA hadiah semasa hari
lahirnya. Dia akan lebih menyayangimu.
Percayalah!
Kali ni nak share pulak beberapa idea yang boleh digunakan sebagai hadiah untuk pasangan korang semua.
Kali ni, kita cerita pasal Wifey dulu~!
10 Hadiah Untuk Isteri Korang yang TerChenta!
1. Emas
Tanyalah mak korang ke, kakak ke, mak mertua ke, makcik ke..semuanya sukakan emas. Tak kesah lah dalam bentuk ape sekalipun, contoh macam rantai, gelang, cincin atau anting-anting. Tapi sekarang ni dah banyak yang jual dalam bentuk jongkong.
2. Berlian
Kalau rasa dompet tu tebal sangat sampai susah nak duduk, emas pulak macam tak berapa nak kempiskan dompet tu, boleh cuba berlian pulak. Lagi lah bertambah-tambah-tambah sayang kat kaum adam ni...
3. Jam Tangan
Jam tangan ni pun salah satu hadiah yang romantik, apetah lagi kalo beli yang sepasang tu.
4. Baju, Kasut atau Tudung
Ok, mungkin ade antara korang yang cakap benda ni perkara biasa. Tapi jangan la belikan baju yang kat uptown tu..beli la yang ade brand sikit..mungkin boleh bawak adik perempuan ke untuk beri pandangan semasa pemilihan hadiah tu.
5. Bunga
Ade sesetengah perempuan lagi suka bunga dari barang-barang yang lain ni. Dorang berpendapat yang cik hubby dorang seorang yang sangat romantik, lagi-lagi kalo bagi bunga kesayangan wife tu!
6. Quran Digital
Sekarang ni da banyak quran digital ni dijual, dalam range harga RM280 - RM300. Boleh bagi dekat wife korang, sayang dapat, pahala pun dapat.
7. Tiket Percutian.
Ni salah satu cara kalau nak mengeratkan lagi hubungan antara wife dan hubby. Buat macam ala-ala honeymoon dulu. huhu!! Mesti seronok!!
8. Gadget.
Kalo rasa da buntu sangat tak tau nak bagi ape, boleh jugak bagi gadget dekat wife korang. Contoh macam handphone, laptop ke, notebook, ipad dan macam-macam lagi! Lagi-lagi yang latest. Senang jugak dorang nak bercommunicate dengan korang ye tak?
Ataupun, kalo si suami rasa macam list atas ni takde yang kena dengan citarasa, boleh jugak beli hadiah ikut minat isteri korang.
Semoga Berjaya!
0 comments:
Post a Comment