Kucing merupakan haiwan berbulu yang kita rasa nak picit-picit jika terlalu comel. Malah kucing juga mampu mengurangkan rasa stress jika dibelai. Anda boleh bookmark artikel kali ini untuk tontonan ketika stress tidak kira di rumah mahu pun pejabat.
1. Kucing menghabiskan 70% kehidupan mereka dengan tidur. Yup, termasuk dengan jumlah mereka tidur dengan anda
2. Kucing mempunyai lebih daripada 20 otot yang mengawal telinga mereka
3. Si comel anda tidak boleh rasa sesuatu yang manis
4. Risiko strok dan serangan jantung dapat dikurangkan jika kita memelihara kucing
5. Kucing jantan kebiasaanya adalah kidal. Okay, boleh periksa dan tanya kucing anda sekarang
6. Isaac Newton turut mendapat penghargaan kerana mencipta pintu kucing
7. Kucing dewasa membuat bunyi ‘meow’ adalah dengan tujuan untuk berinteraksi dengan manusia. Meowwww
8. Kucing boleh melompat hampir enam kali ketinggiannya
9. Sebelum melalui sesuatu ruang, kucing menggunakan misai untuk mengetahui jangkaan untuk melepasi ruang tersebut
10. Hidung kucing juga unik dan sama seperti cap jari manusia
11. Kucing akan menjilat diri mereka kerana mahu hilangkan bau badan anda daripada badan mereka
12. Kita akan menangis jika kucing hilang atau pun pergi meninggalkan kita selamanya
0 comments:
Post a Comment