10 Tanda Bahawa Lelaki Itu Adalah Suami Orang !!!
1. Lelaki itu tidak melihat dan memandang wajah anda semasa berbual kerana takut pembohongannya akan dikesan.
2. Matanya meliar melihat sekeliling semasa berjalan dengan anda sebab takut terserempak dengan ahli keluarga ataupun kenalan isterinya.
3. Jarang mengajak anda berjalan atau makan di tempat yang terbuka. Kebiasaanya di tempat yang kurang orang ataupun tempat yang agak tersembunyi.
4. Sukar untuk menghubungi handphonenya. Dia mungkin menggunakan telefon lain semasa di rumah dan telefon yang special untuk berhubung dengan anda.
5. Tidak akan sesekali mengajak anda pergi ke rumah orang tuanya mahupun rumah dia sendiri.
6. Ada tanda-tanda kehadiran budak kecik di dalam keretanya seperti puting, selipar, anak patung @ mainan mahupun tompok-tompok susu di kusyen kereta.
7. Bila bersembang tentang rahsia wanita ni, pengetahuaan dia luar biasa. Ini disebabkan pengalaman dia yang tinggal sebumbung dengan seorang wanita.
8. Tahap kemiangan dan kegatalan yang melampau. Mereka mungkin akan membuat mimik muka yang menakutkan semasa meneliti susuk tubuh anda.
9. Perutnya kemungkinan boroi atau buncit kerana makan minumnya dijaga oleh isteri di rumah.
10. Bila telefon bimbit berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh dari anda ataupun dia akan membiarkan telefonnya berdering tanpa berjawab semasa dalam kereta sebab nama isterinya yang sedang terpapar di screen.
Sila Take Note dan berhati-hati semasa dengan kenalan anda yea!
_________________________________________________________________________________
source : rahsiaperkahwinan
0 comments:
Post a Comment