Showing posts with label Info Fakta. Show all posts
Showing posts with label Info Fakta. Show all posts

Thursday, February 12, 2015

[Info] Background dan Biodata Tuan Guru Nik Aziz.


Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Tarikh Lahir: 1931

Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.
Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan :
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik :
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah :
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan :
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan :
Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan :
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

 Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Kerajaan contoh :
Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu.
_ _ _ _ _ _
Semoga Allah sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan TGNA. Amin..

Read more…

[Wajib Baca] Cara Syarikat Komunikasi Menipu Pelanggan !!!

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHElqgY-4Pg7jdjJ-YBGwYNPkYuzmwmJabFHoOzB2u_2Xqqpm_wAzAfWH6gVtZU48KKP6TgRSwC3sd1GNRhtRFpXt0sQWzK3pSL_8RWBjQaNUiJM08aw-09GmM1uajroFrKatRkBdeYpQ/s1600/cmpur.jpeg

Rupa-rupanya banyak penipuan yang dilakukan syarikat telekomunikasi mudah alih (TELCO) kepada pengguna telefon bimbit.

Bermula dari khidmat perayauan antarabangsa, sehinggalah kepada kehilangan baki kredit tanpa sebab yang  munasabah, pelbagai penipuan didedahkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam sidang media berkaitan isu caj-caj melampau di ibu negara.

Berikut antara penipuan syarikat TELCO yang didedahkan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.1) Perayauan Antarabangsa (Roaming) - Caj sehingga mencecah RM80,000 selepas berada di luar negara tanpa mengetahui wujudnya perkhidmatan berkenaan, bila dibuat aduan kepada TELCO, pihak berkenaan kemudian mendakwa perkhidmatan itu memang sudah tersedia di dalam langganan.

2) Kehilangan Kredit Pra-Bayar -  TELCO mengambil sejumlah kredit daripada akaun pengguna atas sebab perkhidmatan data internet harian padahal, pelanggan itu sudahpun membuat langganan untuk data internet secara bulanan, selepas membuat aduan, barulah jumlah kredit berkenaan dikembalikan semula, jika tidak dibuat aduan, kredit berkenaan akan hilang. Bayangkan berapa banyak kes kehilangan kredit sebegitu tidak yang tidak dibuat aduan?

3) Pelan Data Internet – Pelanggan yang memohon langganan 3 Gigabyte (3GB) contohnya, tetapi hanya mendapat 1.5GB dan ada aduan yang diterima PPIM, tidak menerima apa-apa langsung langganan.

4) Kesahihan Baki Data Internet - Pakej data internet yang dilanggan 3GB didakwa sudah habis digunakan oleh TELCO biarpun selepas hanya beberapa hari dilanggan, untuk terus menggunakan data internet, perlu buat pembayaran tambahan.

5) Penalti Bayaran Lewat - Ada aduan diterima PPIM, pelanggan TELCO terpaksa membayar sehingga RM20,000 akibat penalti RM50 sebulan yang dikenakan syarikat TELCO bermula daripada jumlah RM200 yang tidak dibayar.

6) Panggilan Tidak Berjawab - Panggilan pelanggan  TELCO jika tidak dijawab, ia tetap akan dicaj biarpun tidak sampai satu saat.

7) Caj Melampau Tidak Munasabah TELCO - Caj untuk mendengar pesanan suara (voicemail), caj untuk menerima bil dicetak dan caj untuk mendapatkan bil terperinci.

Sudah terlalu lama, pengguna dan orang ramai ditipu hidup-hidup dengan caj-caj tidak masuk akal oleh TELCO serta bukan sedikit yang menjadi mangsa.

Itu baru sebahagian daripada penipuan Telco di negara ini. Penipuan seperti pakej data unlimited tetapi kemudiannya habis dan perlu beli kuota lain dan macam-macam lagi penipuan yang wujud.
 
source : SStv 

Read more…

Saturday, February 7, 2015

[GilaKentang] Pekerjaan yang Sangat Menyeramkan bagi Orang Ramai Pilihan Wanita Ini !!


Perlu keberanian yang kuat, apabila anda memutuskan untuk menjadi seorang pemburu hantu. Terlebih jika tempat yang biasanya disukai oleh makhluk ghaib adalah yang sunyi, tidak diduduki dalam masa lama, atau sangat gelap.


Walaupun makhluk ghaib tidak boleh membahayakan manusia, tetapi kadang-kadang kita celaka oleh perilaku kita yang ketakutan. Yang boleh menyebabkan meninggal atau cedera. Tetapi jika anda melihat wanita cantik ini mungkin akan bertanya, apa pekerjaannya?

Dia adalah seorang jurugambar amatur, yang mengaku sering dihantui. Biasanya dia akan mencium bau ikan, atau bau hanyir, sebelum sebuah tragedi yang akan menyerang seseorang terjadi. Tetapi apa sebenarnya bau hanyir tersebut? Dan dari mana asalnya?




Laura Dickson, 27, yang berasal dari Sittingbourne, Kent, mendakwa sering mencium bau amis, sebelum sesuatu yang buruk telah berlaku, seperti seorang teman atau keluarga mati atau neneknya dibawa ke hospital.

Namun ia bukannya takut, kerana perkara tersebut yang ia alami telah ada selama 10 tahun. Dan bau khas ini, telah datang sebagai peringatan yang jelas untuk menjaganya.

Lantas hal ini juga menginspirasinya untuk menjadi pemburu hantu, dan dia telah menggunakan semangatnya untuk menjadi jurugambar, dan menangkap hantu melalui lensa kamera, bahkan mengambil gambar apa yang dia percaya sebagai hantu seorang sami di Kent.



"Pong selalu muncul tepat sebelum sesuatu yang buruk berlaku. Sejak aku masih kecil, aku sudah merasakan roh di sekitar saya. Aku akan menangkap kehadiran di bilik, dan bau amis akan datang sebagai peringatan," kata Dickson.

Aroma yang muncul bermula ketika Miss Dickson berumur sembilan atau 10, dan tidak lama selepas itu, seorang saudaranya dilarikan ke hospital setelah menderita stroke.

Itu adalah awal yang mendorong Dickson bekerja sebagai pemburu hantu, salah satu dari pemburu hantu perempuan di UK.



"Saya sering melawat bangunan lama untuk mengambil foto. Jadi saya terus melayari bangunan lama, mengambil gambar," tambahnya.

Pada bulan Januari tahun lalu, Dickson, yang bekerja sebagai masinis, mengambil gambar dari St Peter dan St Paul gereja di Borden, Kent, ketika ia mengambil gambar sosok misteri.

"Dalam salah satu foto, sosok hantu berdiri di tingkap gereja. Aku melirik dan hantu itu menghilang," katanya.



source

Read more…

Friday, January 9, 2015

Cara untuk jadikan anak Genius - by Dato' Fadzilah Kamsah


Beberapa cara nak menjadikan anak korang semua genius dan ini dikongsikan daripada syarahan dari Dato' Fadzilah Kamsah. Korang mesti nak anak korang jadi bijak dan pandai kan?Seterusnya jadikan mereka soleh dan solehah yang boleh doakan korang didunia dan diakhirat nanti.

cuma ada ibu bapa yg tidak prihatin atau tidak mahu ajar anak merangsang anak untuk memenuhi keinginan ini. Jadi kepintaran yg ada tidak digunakan sepenuhnya untuk menerokai apa yg ingin diketahui dan dipelajari menyebabkan kepintarannya terbantut begitu sahaja. Sebab itulah ada kes, semasa kecil seseorang anak itu dikatakan genius tetapi bila meningkat remaja dan dewasa,kegeniusan ini hilang begitu saja kerana tidak ada rangsangan berterusan dari ibu bapa mereka" -  
Dato' Fadzilah Kamsah

 Atas sebab musabab diatas ni, beberapa tips dan kaedah dia bagi, kita cuma perlu praktikkannya sahaja. InsyaAllah, semuanya berjalan lancar dengan izin-Nya.


1. Doa Ibu Bapa

Sebagai ibu bapa, doa kita lah yang sangat penting sebab hanya Allah sahaja tempat kita memohon agar anak yang dilahirkan sentiasa berada dalam perlindungan-Nya, diberikan kecerdasan akal, akhlak mulia, mendengar kata dan berbudi bahasa. Bila semua ni tertanam dalam hati seorang anak itu, tidak mustahil anak itu boleh jadi genius macam yang diharap ibu bapa dia.


2. Ajar dengan bersungguh-sungguh

Anak yang genius tu akan suka mencari ilmu, sentiasa bertanya, dan sentiasa ada naluri ingin tahu. Ibu bapa perlu peka dan mengenal pastu potensi ini dari awal, dengan ini anak tu boleh dirangsang untuk menjadi genius. Dengan ini, ibu bapa perlulah bersungguh-sungguh untuk mendidik, menggalak dan merangsang keperluan yang ada ni dan mengunakan potensi yang ada supaya tidak disalahgunakan ke jalan yang salah, sebab tulah ibu bapa kena tegas dalam pembelajaran anak dan pantau dengan input yang diberi kepada anak.



3. Terima Anak Seadanya.

Semua apa yang kita impikan tu tidak semestinya Allah akan tunaikan. Sebab tu jangan terlalu letak harapan yang tinggi terhadap anak. Malah setiap seorang anak tu mempunyai tahap kepintaran dan kelebihan yang berbeza. Hanya kebijaksanaan ibu bapa yang boleh bantu anak untuk tonjol potensi yang mereka ada.


4. Sediakan suasana yg boleh merangsang.

Ibu bapa perlu bentuk suasana rumah tu dalam keadaan yang selesa. Ini sebab rumah yang aman damai ni membantu anak untuk merangsang otak mereka, contoh melalui pewarnaan dinding, barang permainan dan perhiasan rumah.

5. Pemakanan yang Seimbang dan Hidup Sihat.

Sentiasa bekalkan anak dengan makanan yang berkhasiat dan tentunya dari sumber yang halal. Kurang atau elakkan makanan segera, makanan ringan. Bersenam dan bersukan boleh membantu untuk boost tahap rangsangan otak anak anda semua. Kerapkan bersenam atau jadikannya sebagai rutin harian.



6. Sentiasa Kekalkan Hubungan Rapat dengan Anak.

Hubungan  ibu bapa dan anak jugak memainkan peranan penting dalam perkembangan otak mereka. Hidup dalam harmoni, rapat mesra, bertimbang rasa, bertolak ansur dan memahami satu sama lain dengan anak. Percakapan antara anak dan ibu bapa juga perlu dikawal supaya tidak ada kata-kata kesat yang keluar.

7. Menjalin Hubungan Rapat dengan Guru.

Sentiasa behubungan dengan guru sekolah anak anda dan bertanyakan status anak anda. Kadang kala, guru itu akan memberi lebih perhatian kepada anak anda dan sentiasa mengambil berat tentang anak anda.


Read more…

Thursday, January 8, 2015

Top 18 Entry Dalam Sony World Photography Award 2015.


Pertandingan Fotografi Sony merupakan salah satu pertandingan yang terbaik diadakan kalo nak dibandingkan dengan event lain. Beribu-ribu entry gambar yang dihantar untuk tahun 2015 punya. Dan gambar yang akan terpampang kat bawah ni jatuh dalam katergori Terbuka atau "Open Category".

 Kategori terbuka ni lah yang selalunya mendorong tuk newbies kat luar sana untuk tunjuk bakat dorang dalam bidang fotografi ni. Kalo korang rase ade gambar yang chantek gitu, bleh jugak submit..mane tau terpilih dan dalam Top18 ni, ade nama anak Malaysia yang naik..Tahniah!

1. Orangutan In The Rain


by Andrew Suryono, Indonesia

2. Timeless Affection


by Arief Siswandhono, Indonesia

3. Holi


by Loulia Chvetsova, France

4. DogFight


by Cioplea Vlad, Romania

5. Time Are Hard For Dreamers


by Ahmad Zikri Mohamad Zuki, Malaysia

6. Dinners


by Kyle Breckenridge, Canada

7. Desert Dawn


by Gareth Lowndes, New Zealand

8. In a Crowd on King Penguin


by Lisa Vaz, Portugal

9. Shadow of Time


by Bao Vu, Vietnam

10. Blaak


by Cor Boers, Netherlands

11. Vigorous Touch in The Morning 


by Jubair Bin Iqbal, Bangladesh

12. Morning Hour


by Georg May, Germany

13. The Morning Ritual


by Nick Ng, Malaysia

14. Step by Step


by Ralf Wendrich, Germany

15. Hamer Man


by Diego Arroyo Méndez, Spain

16. "Hi..Who Are You?"


by Georg May, Germany

17. Covered


by Courtney Colantonio-Ray, USA

18. The Trace of Ancient Glacier


by Miquel Ángel Artús Illana, Spain

source : omaiomai.blogspot.com

Read more…

Wednesday, October 22, 2014

Hamil di Usia, 20, 30 dan 40



Di jaman modern ini, memang tidak terlalu banyak tuntutan pada seorang lajang untuk segera menikah dan membina keluarga.Sehingga banyak kita jumpai, pasangan yang baru menikah di usia yang tidak lagi muda. Namun, ada keuntungan dan kerugian bila melahirkan dalam usia tertentu. Misalnya di usia 20-an, seorang wanita akan lebih banyak memiliki energi untuk melahirkan dan merawat anak, meskipun pengalaman hidup dan sumber keuangan belum begitu maksimal. Di usia 30-an dan 40 tahun ke atas, Anda mungkin lebih mapan secara finansial, namun mungkin kesulitan untuk bisa hamil dan menjaga bayi jika kelak Anda berhasil hamil dan melahirkan. Berikut risiko kehamilan di usia yang berbeda:

Usia 20-an
- Ini merupakan tahun paling subur bagi seorang wanit, sehingga sangat mudah hamil.
- Risiko keguguran dan resiko mengalami masalah atau komplikasi selama kehamilan lebih rendah.
- Risiko melahirkan anak dengan kondisi Down Syndrome dan kelainan kromosom juga rendah.
- Kehamilan di usia muda memungkinkan perempuan aktif mengasuh dan membesarkan anak dalam waktu yang cukup panjang.
- Meski kondisi Anda prima untuk hamil, tidak berarti Anda terbebas dari kemungkinan komplikasi. Riset menunjukkan, wanita di usia 20 hingga 24 tahun berisiko sedikit lebih tinggi untuk mengalami pre-eklampsia dibandingkan wanita di pertengahan 20-an dan awal 30-an.

Usia 30-an
Banyak yang menganggap usia 30-an adalah usia ideal untuk menjadi seorang ibu. Di usia ini Anda cenderung memiliki hubungan yang aman dengan pasangan, begitu juga dengan kemampuan finansial. Hal tersebut merupakan dasar yang kuat untuk membina keluarga. Namun di usia 30, kehamilan seorang wanita dianggap agak beresiko, karena:
- Ibu merasa lebih cepat lelah karena kondisi fisik yang sudah tidak lagi prima, seperti usia 20-an.
- Muncul berbagai keluhan kesehatan saat hamil, antara lain tekanan darah tinggi dan diabetes. Hal ini juga yang menyebabkan mengapa persalinan wanita di usia 30-an cenderung sering melalui operasi caesar.
- Risiko keguguran mencapai 11,7%, jika kehamilan di kisaran umur 30-34 tahun. Sedangkan di usia 35-39 tahun, risiko meningkat menjadi 18%.
- Di usia awal 30-an, mungkin risiko bayi lahir dengan Down Syndrom mungkin masih lebih kecil, namun kehamilan wanita usia 35 tahun ke atas, resiko bayi terkena Down Syndrom sangat besar. Begitu juga dengan resiko lainnya seperti placenta previa, placenta abruption, berat bayi kurang dan bayi lahir prematur.

Usia 40-an
- Kehamilan Anda sangat beresiko. Anda akan membutuhkan perawatan ekstra selama kehamilan. Jika Anda mengalami masalah kesehatan, dokter akan mengklasifikasikan kehamilan Anda sebagai kehamilan yang beresiko tinggi.
- Kehamilan Anda sangat rentan terhadap keguguran karena kualitas sel telur yang tidak lagi prima, kemungkinan dinding rahim yang mulai rapuh dan berkurangnya suplai darah.
- Anda dua kali beresiko mengalami diabetes gestational, pre-eklampsia, tekanan darah tinggi, placenta previa, placenta abruption.
- Anda juga beresiko melahirkan bayi prematur, dan bayi dengan berat badan lahir rendah. Bayi yang dilahirkan juga berisiko mengalami kelainan fisik. Seperti ukuran kepala bayi besar, hidung bayi datar dan tertutup (agak masuk ke dalam), alat kelamin dan dada bayi terlihat bengkak.
Memang terkesan sangat mengkhawatirkan. Namun perlu diketahui bahwa ada banyak wanita di usia 40-an yang memiliki kehamilan bebas masalah dan bayi yang sehat . Asalkan ibu menjaga kesehatannya serta rajin memeriksakan kandungannya ke dokter. YU

Read more…

Friday, October 10, 2014

10 SEBAB MENGAPA KANAK-KANAK BAWAH 12 TAHUN DILARANG DARI MENGGUNAKAN GAJET

Akademi Pediatrik Amerika dan Persatuan Pediatrik Kanada menyatakan kanak-kanak dari umur 0-2 tahun tidak sepatutnya didedahkan pada teknologi, 3-5 tahun dibenarkan hanya sejam sehari, dan 6-18 tahun hanya dua jam sehari.


Bagaimanapun, kanak-kanak dan remaja dibenarkan menggunakan gajet oleh ibu bapa mereka pada jangkamasa 4-5 kali ganda dari yang disyorkan, dengan kesan yang serius dan mengancam nyawa.



Seorang pakar terapi pediatrik, Cris Zone menyarankan agar kanak-kanak bawah 12 tahun dilarang sama sekali bagi menggunakan gajet. Beliau memberikan 10 sebab:-


1. Perkembangan otak


Di antara 0 – 2 tahun, saiz otak kanak-kanak membesar tiga kali ganda dan terus berkembang hingga berusia 21 tahun (Christakis 2011). Perkembangan awal otak ditentukan oleh rangsangan alam sekitar, atau kurang rangsangan alam sekitar. Rangsangan kepada otak yang berkembang yang disebabkan pendedahan keterlaluan kepada teknologi (telefon bimbit, Internet, iPad, televisyen) telah dibuktikan berkait rapat dengan kekurangan fungsi dan perhatian dalam melakukan sesuatu, kognitif lembap, pembelajaran terjejas, peningkatan kepada perlakuan mengikut emosi dan kurang kebolehan untuk mengawal selia diri, contohnya mengamuk (Small 2008, Pagini 2010).


2. Perkembangan fizikal terbantut


Menggunakan gajet mengurangkan pergerakan, yang boleh menyebabkan perkembangan terbantut. Seorang dari tiga kanak-kanak kini memasuki sekolah dalam keadaan perkembangan terbantut, memberikan impak negatif pada pencapaian akademik dan literasi (HELP EDI Maps 2013). Pergerakan fizikal meningkatkan perhatian dan kebolehan belajar (Ratey 2008). Penggunaan teknologi untuk kanak-kanak bawah 12 tahun cenderung untuk menyebabkan kerosakan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak (Rowan 2010).


3. Obesiti Epidemik


Permainan video dan televisyen berkait dengan peningkatan kadar obesiti (Tremblay 2005). Kanak-kanak yang dibenarkan menggunakan gajet dalam bilik tidur mempunyai 30 % lebih bukti yang mereka obes (Feng 2011). Seorang dari empat kanak-kanak Kanada dan seorang dari tiga kanak-kanak AS obes (Tremblay 2011). 30% dari kanak-kanak obes akan mendapat kencing manis, dan individu obes mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mendapat serangan strok dan jantung di awal usia, memendekkan jangka hayat (Center for Disease Control and Prevention 2010). Disebabkan obesiti, kanak-kanak abad 21 mungkin menjadi generasi pertama yang akan mati dahulu sebelum ibu bapa mereka (Professor Andrew Prentice, BBC News 2002).


4. Kurang tidur


60% ibu bapa tidak mengawal selia penggunaan teknologi oleh anak-anak mereka, dan 75% anak dibenarkan penggunaan teknologi dalam bilik tidur (Kaiser Foundation 2010). 75% kanak-kanak dari usia 9-10 tahun tidak cukup tidur sehinggakan memberi impak negatif kepada pencapaian akademik (Boston College 2012).


5. Penyakit mental


Penggunaan teknologi secara keterlaluan diimpikasikan sebagai penyebab kepada peningkatan kes kemurungan di kalangan kanak-kanak, kebimbangan, gangguan ikatan kekeluargaan, autisme, gangguan bipolar, psikosis dan kelakuan kanak-kanak bermasalah (Bristol University 2010, Mentzoni 2011, Shin 2011, Liberatore 2011, Robinson 2008). Satu dari enam kanak-kanak di Kanada telah didiagnosis mengalami masalah mental, dan kebanyakannya mengambil ubat psikotropik (Waddell 2007).


6. Keagresifan


Kandungan media yang ganas boleh mengakibatkan keagresifan pada kanak-kanak (Anderson, 2007). Lebih ramai kanak-kanak didedahkan dengan insiden keganasan fizikal dan seksual dalam media masa kini. “Grand Theft Auto V” mendedahkan kanak-kanak kepada perlakuan seks, pembunuhan, rogol, penyeksaan dan pencacatan secara jelas, begitu juga kebanyakan filem dan rancangan televisyen. AS telah mengkategorikan keganasan dalam media sebagai risiko kesihatan orang ramai kerana impak kasual kepada keagresifan kanak-kanak (Huesmann 2007). Terdapat peningkatan laporan media tentang kanak-kanak yang dikurung atau diasingkan dalam bilik khas kerana keagresifan yang sukar dikawal.


7. Demensia Digital


Kandungan media yang terlalu pesat boleh menyumbang kepada defisit perhatian, serta kurang kepekaan dan memori kerana otak memangkas trek neuron kepada korteks hadapan (Christakis 2004, Small 2008). Kanak-kanak yang tidak dapat menumpukan perhatian tidak dapat belajar.


8. Ketagihan


Apabila ibu bapa lebih mendekatkan diri mereka kepada teknologi, mereka menjauhkan diri dari anak-anak. Apabila tidak wujud ikatan dengan ibu bapa, anak anak mengikat diri mereka kepada gajet, yang boleh mengakibatkan ketagihan (Rowan 2010). Satu dari 11 kanak-kanak berumur 8-18 tahun ketagih teknologi (Gentile 2009).


9. Pengeluaran radiasi


Pada Mei 2011, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan telefon bimbit (dan kebanyakan gajet tanpa wayar) sebagai risiko kategori 2B (agen kanser berkemungkinan) disebabkan oleh pengeluaran radiasi (WHO 2011). James McNamee dari Healh Canada pada Oktober 2011 mengeluarkan amaran menyatakan “kanak-kanak adalah lebih sensitif kepada pelbagai agen berbanding orang dewasa disebabkan otak dan sistem imuniti mereka sedang berkembang, jadi risikonya tidak sepatutnya sama antara orang dewasa dan kanak-kanak (Globe and Mail 2011). Pada Disember 2013, Dr. Anthony Miller dari Sekolah Kesihatan Orang Ramai Toronto mengesyorkan yang berdasarkan kajian terbaru, pendedahan frekuensi radio patut di klasifikasikan semula sebagai 2A (agen kanser yang berkemungkinan besar), bukan 2B (agen kanser yang berkemungkinan). Akademi Pediatrik Amerika memohon untuk penilaian semula tentang pengeluaran radiasi EMF dari alatan teknologi, sambil merujuk kepada tiga sebab yang berkaitan impak kepada kanak-kanak (AAP 2013).


10. Tidak dapat dikekalkan


Cara kanak-kanak dibesarkan dan diberi pembelajaran menggunakan teknologi adalah tidak boleh lagi dikekalkan (Rowan 2010). Kanak-kanak ialah masa depan kita, tetapi tidak ada masa depan untuk kanak-kanak yang menggunakan teknologi secara berlebihan. Satu pendekatan berpasukan perlu dan penting untuk mengurangkan penggunaan teknologi di kalangan kanak-kanak.

Read more…

Tuesday, September 30, 2014

Lakukan Seks Jika Anda Sakit Kepala!|Kebaikan Hubungan Seks Untuk Sembuhkan Penyakit




Biasanya orang akan minum ubat tahan sakit ketika sakit kepala menyerang. Tapi kini ada penyelesaian yang lebih menyenangkan untuk menghilangkan sakit kepala iaitu dengan melakukan hubungan seks.

Para ahli mengatakan hubungan seks yang baik boleh memberikan manfaat bagi kesihatan, seperti kelihatan lebih muda, mengelak dari sakit jantung, mengurangkan risiko diabetes, meningkatkan ikatan dengan pasangan serta menghilangkan sakit kepala.

Hal ini kerana ketika seseorang mencapai orgasme maka tubuh menghasilkan ubat penghilang rasa sakit alami seperti oksitosin dan endorfin, serta bahan kimia serotonin yang boleh mengurangkan stres, seperti dikutip dari News.com.au (17/11/2011).

Endorfin merupakan bahan kimia seperti opiat yang dikeluarkan oleh tubuh. Endorfin ini berkaitan dengan perasaan seperti perasaan positif dan bahagia, dan menyimpan mesej untuk mengurangkan rasa sakit ke otak.
Tidak seperti ubat penghilang rasa sakit yang boleh memakan masa hingga 15 minit untuk bekerja, pada bahan kimia semulajadi yang ada di dalam tubuh, endorfin ini boleh segera bekerja dan menghilangkan sakit kepala. Selain itu berdasarkan kajian dalam laporan jurnal Headache menunjukkan bahawa neurotransmitter serotonin yang dilepaskan semasa seks, mencipta semua sensasi yang membuat orang merasa baik. Manfaat lain yang boleh didapati seseorang jika berjaya mencapai orgasme adalah turut membakar kalori di dalam tubuh dan membantu mengurangkan keinginan untuk makan. Kerana semasa orgasme tubuh mengeluarkan phenetylamine yang berperanan penting dalam menguruskan selera makan seseorang. Serta keringat yang keluar ketika berhubungan seks turut membantu mengeluarkan segala bentuk kotoran dan racun dari dalam tubuh, sehingga membantu menjaga kulit tetap bersih dan cerah.

Read more…

Wednesday, August 13, 2014

Tolong Jangan Letak Magnet Hiasan Di Peti Sejuk, Kesan Buruknya Sangat Menakutkan!

Satu kajian dari Universiti Princeton telah membuat penemuan menakutkan akibat kesan magnet cantik berwarna-warni yang dilekatkan ke pintu peti ais sejuk. Makanan seperti ayam, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang disimpan di situ dicemari oleh pancaran sinaran elektromagnet.

Orang yang memakannya mungkin mengidap kanser. Kanser sel terjadi apabila satu sel yang aktif mula merebak secara senyap tanpa disedari. Bagaikan bom jangka, ia hanya disedari setelah tiba ke peringkat 4 bilamana pesakit mula merasakan perubahan pada dirinya seperti demam berpanjangan, loya, tidak bermaya serta kurang selera makan. Pada peringkat ini sudah agak lewat untuk menerima rawatan. Yang ada hanya rawatan kemoterapi yang menyakitkan sehingga rambut pesakit habis gugur. Kadang-kadang rawatan kemoterapi ini pun belum tentu dapat menyembuhkan. Yang paling menyakitkan ialah apabila air tulang sumsum diambil. Pesakit kanser yang sering membuat rawatan kemoterapi akan sampai ke satu tahap bila dia berputus asa dan tidak sanggup menjalani sebarang rawatan lagi. Kita harus sering membuat pemeriksaan awal bagi mengesan sel kanser di klinik swasta atau Fomema. Pemeriksaan keseluruhan kesihatan dibuat menerusi ujian darah. Sel kanser yang baru mula aktif, insyaAllah dapat dikesan.

Pada peringkat awal ini, rawatan dapat menghapuskan sel yang aktif ini. Jangan fikir penyakit ini sudah ditakdirkan oleh Allah SWT. Sebenarnya kita disuruh berusaha menjaga kesihatan yang merupakan satu ibadah. Jika umat Islam sihat, agama Islam turut kuat. Jika umat Islam lemah, musuh Islam akan menang. Kajian oleh Penyelidik Universiti Princeton Selama beberapa bulan, mereka memberi makan kepada dua kumpulan tikus. Kumpulan pertama diberikan makanan yang disimpan dalam peti sejuk tanpa magnet. Kumpulan kedua makan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk yang dihiasi beberapa magnet yang dilekatkan ke pintu peti sejuk itu.

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat bagaimana pancaran sinaran elektromagnet yang keluar dari magnet hiasan di pintu itu boleh mempengaruhi sumber makanan. Hasil kajian klinikal menunjukkan kumpulan tikus yang makan makanan dicemari sinaran electromagnet mempunyai kebarangkalian sebanyak 87% mengidap kanser berbanding kumpulan tikus yang lain. Kerajaan, persatuan dan institusi kesihatan tidak boleh memberi kenyataan berkaitan dengan hal ini kerana masih berada dalam peringkat kajian lagi. Namun hanya dalam kes ini adalah dinasihatkan supaya ditanggalkan magnet hiasan itu dari peti sejuk anda anda dan meletakkannya jauh dari makanan. Mencegah lebih baik dari merawat.

Aqidah tentang kuasa magnet. Dalam hukum tauhid, semua kebaikan dan keburukan datang dari Allah SWT. Hanya kelemahan datang dari diri kita. Magnet adalah zat yang bersifat nafsiah. Kuasa pancaran bersifat ma’niyah. Bukan kuasa magnet yang boleh menyebabkan kanser. Semua yang berlaku adalah di atas kehendak Allah SWT jua.

Read more…

Sunday, August 10, 2014

Apa Yang Akan Jadi Jika Malaysia Diserang? Bersedialah....

Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain… Apabila negara-negara islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir… kita sering mendengar pemimpin-2 kita menggunakan modal seperti ini..” Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai…” Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku.
Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuber kiter berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara Islam yang lain plak jadik cam kiter?

MALAYSIA DISERANG ???

untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa. (Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas… ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia… lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan.

Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang malaysia… AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin.

Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hizbullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.

Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin.

Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita… YB Wakil Rakyat… Parlimen dan ADUN… Tauke-tauke Cina yang kaya… semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.

Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya. Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab… Khalifah Ali Abi Thalib… Khalifah Khalid Al-Walid… Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi… yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.

SAAT Peperangan bermula…

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom… melancar peluru berpandu… membedil… menembak Rakyat Malaysia… mereka membunuh Orang tua… perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita… sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!

AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi pesawat musuh silih berganti…

Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang… datang lagi pesawat musuh silih berganti… Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO… diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya… menghujani bom-bom dan roket…kemudian Johor dan negeri sembilan dapat ditawan tentera musuh.

Anda di berada di Kedah… Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara… tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda…
menentang pintu rumah anda… anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah…

Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda… sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia… muncung senapang ditujukan di kepala anda… Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006… diajukan muncung senapang…

DAMMMMMM… anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu… Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak… anda tidak mempunyai perasaan apa-apa… sekarang berlaku kepada diri sendiri… baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata…

Anda menangis ketakutan…

Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak… untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati… tetapi umur anda masih panjang… anda masih hidup… anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri…

Anda mengalirkan air mata… INGAT AKAN ALLAH…

Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.

Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri… Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini… Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata… Anak kecil ditembak didepan mata… Isteri dirampas untuk diperkosa… didepan mata!!! kawan-kawan… sahabat taulan… ramai yang terkorban…dan tidak kurang juga yang cedera parahh…

Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri… mereka tidak bernasib baik seperti anda…

Diatas bukit itu juga… anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat… mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah… tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa… Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti….

Apa yang anda Harapkan pada masa itu????

Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali… BANTUAN ALLAH… BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH…

ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA… ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!! ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA, SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN… BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI…

Tetapi tunggu punya tunggu… bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba…

ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN menyatakan:

“Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia ”
(Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)

“Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti… setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu”(Presiden NAM )

“Alhamdulillah… Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan… Kita semua patut bersyukur… kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yang aman harmoni”, Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai.
(Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)

“Tak apa… selepas peperangan tamat… Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia ” Wakil Penduduk
Islam Selatan Thailand )

“Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan” Pemimpin Arab Saudi)…bagi komen dan pendapat…

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA??

Read more…

Monday, August 4, 2014

[10 Foto] : Benda yang Kita Buat dulu tapi Budak Zaman Sekarang Tak

Banyak benda/perkara yang kita lakukan atau ada dulu budak zaman sekarang tak mungkin dapat nikmati. ini kerana mereka sudah mempunyai benda lain yang menarik perhatian mereka. Mari kita tengok apa benda yang dulu kita nikmati tapi sekarang tak.

1. Permainan Ding Dang dan Tora (datang lagi). Sekarang budak pandang pun tak benda macam ini. dulu kita syok je tengok dalam TV dan selalu minta ibu bapa kita beli.
2. Video Tape Player, Dulu nak tengok Titanic terpaksa la pergi sewa Video Tape dan masukkan dalam sini. Sekarang download dan masukkan dalam hard disc. Boleh main di mana-mana laptop.
3. Televisyen tanpa Remote Control. Kalau nak tukar channel terpaksa pergi depan TV untuk tukar atau kuatkan volume. Sekarang budak duduk je 5 meter pun boleh kawal dah TV ni.
4. Dulu permainan paling smart dan best adalah ini TETRIS. Yang paling penting hitam putih dan sangat seronok. Sekarang ada Wii, Playstation dan macam-macam lagi. Semua 3D dan berwarna. Game macam ini siapa la nak main lagi.
5. Kartun zaman dulu macam Doraemon dan Sailormoon siapa la tengok. Sekarang ada Naruto, Full Metal, dan banyak lagi Anime lain.

6. Dulu kalau nak chatting dan berkenalan. Kita guna MIRC!! Hanya ada tulisan dan tak ada gambar. Tetapi memang seronok la berkenalan macam tu dulu. Sekarang ada FB dan Twitter dengan gambar yang selalunya gambar palsu untuk berkenalan. MIRC sekarang mana ada orang guna lagi seperti Friendster.
7. MP3 player zaman dulu adalah WALKMAN. Hanya boleh digunakan dengan kaset. Lagu dalam kaset pun selalu diRECORD melalui radio sebab tak mampu beli kaset original. Nak rewind lagu kadang-kadang guna pensel untuk putar. Sekarang semua lagu boleh dimuat turun. Dan boleh dimainkan dimana saja pada bila-bila. Walkman kalau habis bateri, habis lah semua..hehe
8. Dulu kalau nak ingat no telefon orang, terpaksa tulis semua dalam buku kecil. Sekarang dalam HP boleh masuk no, gambar, alamat dan macam-macam.
9. Kamera berfilem dan bertukar menjadi kamera digital yang boleh mengambil berjuta gambar tanpa takut boleh expose dan rosak. Dulu nak tengok gambar tu kena pergi cuti semua gambar baru nampak. Sekarang 24 jam boleh tengok.
10. Kalau nak download dulu guna ini. KaZaa, Napster dan Limewire. Sekarang banyak giler downloader dan boleh muat turun dari mana saja.
Sumber

Read more…

Sunday, August 3, 2014

Sotong Goreng Telur Masin - Gambar VS Realiti

Ini Resipi baru tetapi apabila dibandingkan dalam gambar dan rupa dalam realiti, memang agak berbeza eh. Macam tu juga bila kita cuba buat kek seperti dalam buku resipi, memang lain rupanya bila dah dikeluarkan dari ketuhar.

Dalam gambar :
Realiti : 

Read more…