Seorang bekas pramugari berhenti kerja pada
tahun 2012 apabila merasakan kerjanya itu menghalang impian besarnya -
memiliki payu dara gergasi.
"Pengubahsuaian badan yang tidak kelihatan dan kecil tidak menjadi masalah buat seorang pramugari.
"Namun saya ingin miliki penampilan yang luar biasa dan boleh diperagakan," kata Martina Big seperti dilaporkan Huffington Post yang memetik mingguan InTouch.
Dengan bantuan teman lelakinya yang bekerja sebagai juruterbang, Martina
mencapai impian besarnya itu dan turut melakukan sesuatu yang luar
biasa.
Payudara gergasinya kini boleh dilaraskan menjadi lebih besar atau lebih kecil mengikut kehendak beliau tanpa perlu dibedah.
Ia dilakukan dengan memasukkan larutan bergaram ke dalam payudaranya
melalui satu muncung yang dipasang di bawah lengan kanannya.
Setakat ini, larutan garam yang dimasukkan ke dalam payudaranya meningkat sebanyak 2500 mililiter daripada 650 mililiter.
Impiannya adalah untuk memasukkan sekurang-kurangnya 5 liter larutan garam ke dalam setiap payu dara.
"Doktor memantaunya dengan rapi dan ia satu projek yang menarik dan tidak merbahaya," kata Martina kepada Barcroft TV.
Payudara gergasi boleh laras Martina kini mula memberi pulangan kepada beliau yang menjadi model pilihan jurugambar seperti
Ortwin Schneider.
"Merakam gambarnya lebih baik daripada mengupah tiga orang perempuan
dengan saiz separuh yang hanya separuh daripada payudaranya," kata
jurugambar itu kepada cosmopolitan.com
Sunday, February 8, 2015
- In: hiburan
- Posted By: Unknown
- Comments: No comments
0 comments:
Post a Comment