NOVOALTASYK
- RUSIA. Hanya kerana berasa bosan menonton televisyen di rumah,
seorang lelaki nekad membakar dirinya dan terjun daripada tingkat
sembilan apartmen, semalam.
Bagaimanapun, lelaki berkenaan terselamat selepas terjatuh di atas gumpalan salji.
Alexander Chernikov, 23, kemudiannya ditahan pihak polis dan didenda kerana mengganggu ketenteraman awam, lapor Dailystar.
Ketika
disoal polis, Chernikov berkata, dia perlu membuat sesuatu untuk
menghilangkan bosan dan tidak menyesali melakukan aksi berkenaan.
Sementara
itu, menurut Siberian Times, Chernikov dilaporkan memang meminati aksi
ngeri dan berhajat menjadi seorang pelagak aksi ngeri profesional.
Tahun lalu, Chernikov dilaporkan membuat aksi sama dan membuat lompatan dari sebuah bangunan lima tingkat.
p/s : Mesti kes asyik iklan dengan siaran ulangan banyak kali nih !!
0 comments:
Post a Comment