Kontroversi terbaru mengaitkan Tasha
Shilla sebagai gadis peneman atau escort girl baru-baru ini mencalar
namanya, sehingga mendesak pelakon itu untuk tampil bersuara untuk
membersihkan namanya.
Menerusi
sidang media di Bangsar pagi tadi, Tasha yang ditemani peguam Fahda Nur
Ahmad Kamar berharap dapat membuat noktah kepada spekulasi negatif dan
tidak benar yang bertebaran.
"Saya
mahu orang tahu saya ambil serius dalam semua hal. Jangan orang ingat
gosip dan kontroversi melanda ini saya ambil endah tak endah.
"Saya
faham skop kerja wartawan dan beri kerjasama. Cuma jangan pantas
melihat kerjasama ini sebagai ruang untuk memanipulasi atau seolah olah
saya melakukan perkara itu.
"Saya
sudah 28 tahun dan bukan lagi masa untuk bermain main. Berlakon punca
rezeki saya. Saya tak mahu benda tak elok dikaitkan tanpa bukti yang
kukuh," katanya.
Kenyataan
Tasha itu berbangkit daripada sebuah program hiburan popular yang
mengaitkannya sebagai seorang daripada 10 orang artis wanita yang
disyaki terbabit dalam aktiviti sebagai escort girl.
"Saya
tak pernah terfikir untuk membawa hal ini sampai ke peringkat saman
menyaman program TV itu. saya adakan sidang media ini bersama wartawan
pun sekadar menjelaskan perkara sebenar.
"Benda
ini boleh dibawa berunding dan saya mahu perbetulkan apa yang patut
diperbetulkan. Saya tak mahu memanjangkan hal ini dan mahu ia selesai
cara baik.
"Isu
ini berkaitan jenayah dan bukan soal gosip semata-mata apabila saya
dikatakan turut disiasat polis kerana aktiviti ini," kata Tasha yang
drama lakonannya Nasuha, Tabir Zulaikha dan Gerimis Salji Nami Nara
sedang disiarkan di TV.
Sementara
itu peguam Tasha, Fahda berkata pihaknya sedang menimbang untuk
menghantar surat amaran dan peringatan kepada program hiburan berkenaan.
Setakat
ini mereka belum berbincang untuk tindakan susulan, walaupun mengakui
boleh mengemukakan saman fitnah kepada stesen TV berkenaan.
Dalam
program hiburan itu, Tasha ditanya wartawan adakah dia seorang daripada
10 escort girl yang dikaitkan dengan laporan sebuah akhbar tempatan
baru-baru ini.
0 comments:
Post a Comment