Showing posts with label Info Dunia. Show all posts
Showing posts with label Info Dunia. Show all posts

Friday, February 13, 2015

[18SX] Gadis Ni Mempunyai "Buah" Paling Besar !!

 
Mempunyai payudara montok adalah igauan bagi setiap wanita, tidak hairan jika ramai wanita sanggup mengeluarkan perbelanjaan untuk membesarkan payudaranya. Namun begitu ada juga wanita yang mempunyai payudara super besar yang semulajadi.

 Seperti dalam foto-foto dibawah ini. Wanita pemilik payudara dengan ukuran sangat besar ini bukannya kelihatan seksi melainkan kelihatan aneh. Berat masing-masing payudara salah satu dari wanita ini mencapai hampir 8 kilogram, ini bermakna jumlah berat dua buah payudaranya 16 kilogram. Jika payudara itu berisi air susu, maka dengan dua buah payudara sekali perah akan menghasilkan hampir 1 gelen air susu, cukup untuk 25 bayi.



Read more…

Pergh ! Bakar Diri Sebab Bosan Tengok TV !!




NOVOALTASYK - RUSIA. Hanya kerana berasa bosan menonton televisyen di rumah, seorang lelaki nekad membakar dirinya dan terjun daripada tingkat sembilan apartmen, semalam.
 
Bagaimanapun, lelaki berkenaan terselamat selepas terjatuh di atas gumpalan salji.

Alexander Chernikov, 23, kemudiannya ditahan pihak polis dan didenda kerana mengganggu ketenteraman awam, lapor Dailystar.

Ketika disoal polis, Chernikov berkata, dia perlu membuat sesuatu untuk menghilangkan bosan dan tidak menyesali melakukan aksi berkenaan.

Sementara itu, menurut Siberian Times, Chernikov dilaporkan memang meminati aksi ngeri dan berhajat menjadi seorang pelagak aksi ngeri profesional.

Tahun lalu,  Chernikov  dilaporkan membuat aksi sama dan membuat lompatan dari sebuah bangunan lima tingkat.

p/s : Mesti kes asyik iklan dengan siaran ulangan banyak kali nih !!

Read more…

Thursday, February 12, 2015

Presiden Zimbabwe Pecat Seramai 27 Orang Pengawal Peribadinya !!

Presiden Zimbabwe Pecat Kesemua Pengawal Peribadinya Atas Insiden yang Memalukan !



Harare: Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe, memecat 27 pengawal peribadinya kerana ‘membiarkan’ dia diaibkan di depan khalayak ramai beberapa hari lalu.

Menurut media semalam, Mugabe melangkah menuruni anak tangga podium dalam acara rasmi untuk pergi ke keretanya.

Bagaimanapun ketika berjalan Mugabe tersepak permaidani sehingga menyebabkan dia terjatuh seakan-akan merangkak.

Kejadian tidak disangka-sangka itu berlaku ketika Mugabe, 90, dikelilingi ramai pengawal, namun tiada seorang pun sempat memegang badannya.

Sumber berkata, pegawai kanan kerajaan mengarahkan siasatan dijalankan bagi mengetahui mengapa kejadian itu berlaku.

Read more…

3 Sekeluarga Muslim Ditembak Mati oleh Atheist !!!

 

Carolina Utara (Amerika Syarikat): Dua minggu lalu, Deah Shaddy Barakat, 23, mencoretkan kesedihannya di Twitter apabila ada manusia yang menyeru kepada keganasan- harus membunuh orang Yahudi atau Palestin, seolah-olah perkara itu dapat menyelesaikan semua masalah yang berlaku.

Pada 5 petang (waktu tempatan) kelmarin, dia menjadi mangsa keganasan apabila mati ditembak di kepala. Isterinya, Yusor Mohammad Abu-Salha, 21, serta adik iparnya, Razan, 19, turut menemui ajal ditembak di kepala oleh lelaki berfahaman atheist, Craig Stephen Hicks, 46.

Menurut laporan The Independent, polis di Chapel Hill menerima laporan kejadian tembakan di sebuah blok apartment di Summerwalk Circle.

Semua mangsa ditemui mati di tempat kejadian, namun penduduk berhampiran memaklumkan mereka tidak menyedari berlaku insiden tembakan sehingga polis tiba di lokasi kejadian.

Hicks ditahan selepas suspek menyerah diri di balai polis dan sudah dituduh dengan tiga tuduhan membunuh di mahkamah, semalam.

Deah adalah mahasiswa jurusan pergigian di Universiti Carolina Utara dan sukarelawan yang membantu memberi khidmat pergigian kepada kanak-kanak Palestin dan pelarian.
Dia dan Yusor baru berkahwin dua bulan lalu.

Sementara itu, laman sosial seperti Facebook dan Twitter mula hangat dengan pelbagai reaksi berhubung kejadian itu.

Ada yang mempersoalkan mengapa media arus perdana di Amerika Syarikat tidak membuat laporan besar-besaran.

Satu ‘hashtag’ #ChapelHillShooting dihasilkan dan ramai yang bersimpati dengan nasib tiga sekeluarga itu.

source : hmetro

Read more…

Tuesday, February 10, 2015

Gadis Melayu Berkahwin Dalam Gereja !!


Zara Shafruddin merupakan seorang peguam di Clayton UTZ iaitu sebuah firma guaman terkenal di Australia,,,Zara pernah mendapat  pendidikan dia College of Law (NSW), Griffith Universit dan  Jerudong International School (Brunei)...So walaupun dia dikatakan melayu, (sebab bila tengok pada nama pun kita tahu dia melayu). 
Namum dia dipercayai orang Brunei dan bukan orang Malaysia daripada maklumat-maklumat yang terdapat di internet. Daripada maklumat, tidak dinyatakan agama sebenar Zara...Namun jika dia Islam, mungkin dia sudah murtad....

Read more…

Monday, February 9, 2015

Lelaki Rogol Isteri Rakan Rumahnya Kerana Suara Yang Merdu ??!!



Kuala Lumpur: Terpegun dengan kelunakan suara isteri rakannya dijadikan alasan seorang lelaki untuk memperkosa wanita terbabit ketika ketiadaan suami di rumah.

Dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, suspek dikatakan memperkosa wanita berusia 17 tahun itu yang menetap di Jalan Imbi, di sini.

Sumber berkata, suspek berusia 20-an dikatakan turut menyewa sebuah bilik di kediaman terbabit.

Menurutnya, mangsa dan suami dikatakan mengemas rumah berkenaan sebelum suspek diminta turut sama membantu.

“Bagaimanapun suami mangsa memberitahu terpaksa meninggalkan rumah seketika berikutan mempunyai urusan kerja.

“Mangsa dan suspek kemudian menyambung tugas mengemas rumah sebelum mangsa masuk ke dalam bilik sambil bernyanyi,” katanya.

Tindakan itu dikatakan menyebabkan suspek ‘jatuh hati’ dengan kelunakan suara mangsa sebelum suspek meminta mangsa mengajarnya menyanyi.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun terkejut apabila suspek bertindak kasar menarik rambutnya sebelum diseret ke dalam bilik.

“Suspek kemudian terus menanggalkan pakaian mangsa dan memperkosanya tanpa belas kasihan.

“Malah, suspek memberi idea gila dengan menyuruh mangsa bercerai dengan suami dan berkahwin dengannya,” katanya.

Dia berkata, suami mangsa yang pulang tidak lama kemudian terkejut melihat keadaan isterinya sebelum bertanya apa yang berlaku.

“Suami mangsa berang selepas mengetahui isterinya diperkosa sebelum memukul dan menangkap suspek.

“Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee, di sini, sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - Harian metro

Read more…

Gadis Penjual Aiskrim Jadi Viral Kerana Kecantikannya !!



Seorang gadis penual ais krim di Kota Taipei, Taiwan menjadi terkenal gara-gara wajah cantiknya tersebar di Internet.

Dilapor oleh stomp.com.sg, salah seorang pelanggan datang ke gerainya bertindak merakam aksinya membuat ais krim dan dimuat naik videonya ke Youtube. Sejak itu ramai yang datang untuk melihat kecantikannya.

Sebenarnya gadis tersebut membuat sejenis makanan ringan namun di Taiwan jenis makanan ini disebut ais krim.

Sumber dari merdeka.com

Read more…

Sunday, February 8, 2015

Backstage Rakaman Filem Lucah !! [ 8 Gambar ]

Di negara barat dan Eropah, industri filem porno adalah industri yang sah di sisi undang-undang. Industri ini biasanya menjadi jalan pintas bagi para bintang yang tidak berbakat dalam lakonan untuk menjadi terkenal.


Jadi bagi yang bernasib baik, ia akan menjadi bintang terkenal dan memperoleh bayaran besar, namun bagi yang tidak, dirinya akan tetap menjadi 'pekerja biasa' yang akan melakukan adegan seks dengan sesiapa sahaja pun sesuai tuntutan peranan dan senario yang telah diatur oleh produser dan sutradara. Dan parahnya, adegan yang mereka lakukan akan ditonton oleh banyak orang (yang membeli video porno).

Beberapa gambar dibawah ini merupakan rakaman lensa pembuatan filem porno di set penggambaran. Bagi pasangan suami isteri, melakukan (maaf) adegan seks adalah nikmat. Namun bagi para bintang porno, seperti yang mereka sering katakan, sejujurnya adalah tidak ada kenikmatan sama sekali saat mereka (mau tidak mau) harus melakukan adegan yang tak senonoh bersama pasangan yang tidak mereka kenal secara peribadi!



Bintang porno sedang bersiap-siap sebelum penggambaran 



Proses penggambaran 



Sutradara dan jurukamera melakukan penggambaran adegan 

Para artis dan kru berehat setelah penggambaran 

Bagaimana boleh disebut ini pekerjaan yang mengasyikkan? Kerana mereka melakukannya di hadapan banyak orang yang melihat secara langsung!

Read more…

[Hot] Apa yang pelik dekat Gadis Ni ?? Jangan Sampai Cair Hati !!


COMEL - GADIS KOREA YANG COMEL TAHAP SERIUS~!
Gadis Comel Ini yang berasal dari Negara Korea Selatab cukup dikenali dengan nama Lee Hee Jung. Dia mula dikenali selepas gambarnya yang seperti 'Barbie Doll' Tanpa melakukan sebarang pembedahan plastik telah tersebar~!





Read more…

Wednesday, February 4, 2015

Fuh ! Roller Coaster Paling Menakutkan Dalam Dunia !!

Korang mesti pikir semua Roller Coaster menakutkan dengan semua pusingan besar, twister, jatuh menjunam tu semua..tapi semua tu tak setanding dengan roller coaster ni

SkyCycle yang terletak di Okayama, Jepun ni tak laju pun..slow je..tapi beb..seram wey..hati mesti kental superb kalau nak naik..Sebenarnya sesiapa nak menaiki SkyCycle ni mesti berkayuh sekeliling track roller coaster tu yang jauh tinggi dari aras tanah. Apa kata korang tengok sendiri ?!



The cart is made for two people and is equipped with two sets of petals so both passengers can control the speed.                      


Besides a seatbelt, there isn't all that much keeping you safely attached to these things.                      







Lihat Video Kat Sini :



Read more…

Friday, January 9, 2015

Jumpa Gigi Dalam McD ?!


JEPUN :  Seorang pelanggan McDonald’s Jepun terkejut apabila menemui sebatang gigi di dalam hidangan kentang gorengnya.

Munurut laporan AFP, ibu kepada seorang anak itu memberitahu sebuah stesen televisyen bahawa pengurus kedai yang datang melawatnya telah memberitahunya bahawa gigi itu telah ‘digoreng’, selepas aduan dibuat mengenainya.

Pelanggan itu mendakwa bahawa McDonalds hanya meminta maaf melalui lawatan pengurus kedai terbabit, di dalam kejadian yang berlaku tahun lepas itu.

“Pengurus itu tidak bercakap banyak mengenai bagaimana ia (gigi) masuk ke dalam (kentang goreng) dan apa tindakan susulan yang akan diambil.

“Saya mempunyai anak kecil dan ia amat menakutkan untuk memikirkan ada kebarangkalian dia boleh termakan gigi itu dan tercekik,” kata pelanggan itu.
Pelanggan di Jepun terkejut jumpa gigi dalam hidangan McDonald's
Seorang pelanggan McDonald's Jepun terkejut apabila menemui gigi di dalam peket kentang gorengnya, dan telah membuat aduan mengenainya.


Satu siasatan bebas yang diarahkan oleh McDonalds ekoran aduan itu mendapati gigi itu tidak ‘digoreng’.

“Kami tidak dapat memastikan bagaimana ia masuk ke dalam makanan,” kata Naib Presiden Kanan McDonald Jepun, Hidehito Hishinuma memberitahu sebuah sidang media di Tokyo dan memohon maaf di atas insidennya.

McDonald’s juga berkata tiada pekerjanya yang kehilangan gigi di dalam kedai di mana gigi itu ditemui.

McDonald’s berkata kemungkinan pencemaran yang berlaku di kilang Amerika Syarikat yang menghantar bahan makanan tersebut.

Sebelum ini, terdapat beberapa kes pencemaran makanan yang dilaporkan di beberapa kedai syarikat itu termasuk penemuan sekeping plastik vinil di dalam seketul nugget ayam di Misawa.

Turut ditemui adalah plastik keras di dalam ais krim sundae di Koriyama pada bulan Disember.

Mereka juga mengesahkan di sidang akhbar itu bahawa seorang kanak-kanak  yang mengunyah plastik itu mengalami luka di dalam mulut .

Presiden Kanan McDonald’s Holdings Jepun, Takehiko Aoki, telah meminta maaf di atas kejadian-kejadian itu.

Read more…

Wednesday, January 7, 2015

Gempar! Bekas Bendahari Umno Kantoi Menipu Jutaan Dolar Amerika !!



Bekas Bendahari UMNO Dato Azim memaksa Pengarah Urusan Doxport untuk dana.

Saksi Riaz Ramzan, salah seorang daripada 60 pelabur British dalam kes "Penipuan dan Pengubahan Wang Haram" terhadap Pengarah Urusan  Doxport Technologies Sdn. Bhd, iaitu Sivalingam Thechinamoorthy dan Gurmeet Khauur telah menyatakan bahawa "Dato Azim memaksa dan memberi tekanan kepada beliau untuk dana" daripada pelaburan.

Beliau juga menyatakan bahawa Doxport dibekalkan "Fake invoice for Telecom Switches" yang bernilai $2.040.000 USD.

Encik Ramzan menyatakan bahawa Doxport juga membekalkan pelabur British dengan invois untuk syarikat Singtel berjumlah $5,000,000 USD yang juga kemudiannya disahkan sebagai "PALSU".

Beliau juga telah bertemu dengan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak, Tun Mahathir, Mukhriz Mahathir dan juga Pengerusi Doxport, Dato Azim Zabidi untuk menyelesaikan keadaan, tetapi gagal.

 Encik Ramzan lagi menyatakan bahawa selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib, beliau dan beberapa pelabur telah secara peribadi bertemu dengan bekas Bendahari UMNO Dato Azim Zabidi dalam Dewan Pertuanan di bawah bimbingan Tuhan Ahmed, di mana pelabur dimaklumkan Azim penipuan yang dikatakan ''.

Azim dinyatakan kepada Encik Ramzan dan Tuhan Ahmed bahawa beliau akan menyiasat dakwaan yang 'penipuan'. Dato Azim kemudian melawat Suruhanjaya Tinggi British di KL mendakwa tidak ada 'penipuan'. Pelabur British hanya menerima USD $ 15,000 daripada pelaburan mereka lebih daripada USD $ 2 juta.

Tanpa diduga, prosiding mahkamah jenayah kini diteruskan pada 19-23 Januari 2015 di Mahkamah Sesyen PJ di mana Encik Ramzan sekali lagi akan muncul untuk memberikan keterangan lanjut.


Source -  http://www.britishvictimsofinvestinginmalaysia.org.uk/

Read more…

Saturday, November 8, 2014

Senarai Ranking Tentera Terkuat di Dunia 2014 Yang Ramai Tak Tahu

Senarai Ranking Tentera Terkuat di Dunia 2014 Yang Ramai Tak Tahu | Indonesia Kalahkan Malaysia. Singapore Tumbang Ditangan Malaysia : Jikalau ditanya persoalan ranking kepada RajaGopal, apa kata beliau? Ranking tidak penting. Tetapi bukan ranking bola sepak Malaysia ingin dikupas hari ini tetapi melibatkan senarai ranking kekutaan tentara di dunia 2014 yang menjadi hangat sejak semalam.

Apakah kredibiliti yang ada pada GlobalFirePower yang diangkat faktanya melalui laporan berita The Star sehinggalah diwarwar di saluran media-media elektronik utama negara. Globalfirepower tidak boleh dijadikan indikator bagi kekuatan tentera di seluruh dunia. GlobalFirepower ini cuma portal peribadi sahaja untuk ”entertainment” semata, jangan percaya. 
Anda semua boleh baca disclaimer mereka di sini : http://www.globalfirepower.com/disclaimer.asp
Di antara negara jiran, Negara Indonesia, Thailand, Filipina berjaya mengalahkan Malaysia. Manakala Singapore “tumpas” kepada kekuatan ketenteraan Malaysia. Begitulah gambaran senarai ranking kekuatan tentera di dunia 2014 yang dikeluarkan oleh GlobalFirePower seperti di bawah ini :




Dengan bajet sejumlah RM13 bilion untuk perbelanjaan besar melibatkan sumber ketenteraan Singapore, kami boleh mengatakan teknologi ketenteraan Singapore lebih hebat berbanding negara kita Malaysia.
Tetapi apabila melibatkan aspek strategi taktikal, kekuatan skuad elit dan tentera Malaysia daripada aspek fizikal dan mental, Malaysia sebenarnya berada di kelas tersendiri.
  • Contohnya sejarah telah membuktikan, bagaimana dalam episod black Hawk Down, pengorbanan tentera Malaysia di Mogadishu, Somalia walaupun cuba dipadamkan catatan sejarah tersbeut dalam filem Black Hawk Down.
  • Walaubagaiamanapun baru-baru Pemangku Penolong Setiausaha Negara Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly mengakui dan mengucapkan terima kasih dengan jasa dan pengorbanan tentera Malaysia yang begitu berani mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan tentera elit AS yang ketika itu terperangkap dalam serangan militan Somalia.
Kami yakin, dengan bajet Kementerian Pertahanan yang besar sepertimana yang diumumkan dalam Bajet kerajaan Malaysia, kita mampu melakukan pembelian senjata dan kelengkapan ketenteraan yang lebih berkualiti pada harga yang munasabah jika diuruskan dana dengan lebih cekap, penuh amanah & bertanggungjawab serta dijauhkan oleh kelompok yang lebih mengutamakan keuntungan poket mereka sendiri berbanding kepentingan keselamatan negara.

Read more…

Thursday, October 23, 2014

Israel mahu bahagikan al-Aqsa


Pihak berkuasa Israel mengasari penduduk Palestin yang cuba untuk memasuki al-Aqsa.





Pihak berkuasa Israel mengasari penduduk Palestin yang cuba untuk memasuki al-Aqsa.
TEL AVIV - ISRAEL. Knesset akan mengundi untuk meluluskan draf undang-undang bagi membahagikan Masjid al-Aqsa pada bulan hadapan.

Ahli Parlimen Israel, Masoud Ghanayim memberitahu draf undang-undang tersebut bertujuan untuk membenarkan penganut Yahudi melakukan upacara keagamaan mereka di al-Aqsa tanpa sebarang sekatan.

"Tel Aviv mahu orang Islam dan penganut Yahudi mendapat hak sama untuk memasuki masjid tersebut. Selain itu, draf tersebut juga melarang sebarang protes diadakan di sekitar al-Aqsa dan mereka yang melanggar arahan itu bakal berdepan hukuman berat," katanya lagi.

Sementara itu, anggota kanan Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Ahmed Qurei menggesa negara Islam mengadakan sidang kemuncak tergempar untuk berbincang mengenai rancangan jahat Israel tersebut.

"Tindakan mencemari kesucian al-Aqsa itu hanya akan mencetuskan kemarahan orang Islam dan menyebabkan keganasan lebih buruk di Baitulmaqdis," tegasnya menurut laporan Middle East Monitor.

Menurutnya lagi, Israel semakin berani meneruskan agenda untuk menceroboh al-Aqsa kerana kebanyakan negara di rantau Arab hanya diam membisu dan tidak mengambil sebarang tindakan ke atas mereka.

Dalam perkembangan lain, Palestin dan Israel akan menyambung semula rundingan bagi melaksanakan gencatan senjata bagi tempoh jangka panjang di Kaherah pada Isnin depan.

Read more…

Thursday, October 16, 2014

Kedutaan Jepun nafi Shinzo Abe peluk Islam



Kuala Lumpur: Kedutaan Jepun di sini menafikan bahawa Perdana Menteri, Shinzo Abe, sudah memeluk Islam dan menukar nama beliau kepada Asif Khan.

Pegawai kanan kedutaan, Takashi Yokoyama yang dihubungi malam tadi berkata, perkara itu tidak benar.

"Berita yang tersebar itu tidak benar dan tidak berlaku. Ia hanya khabar angin. Jika benar kami pasti mengetahuinya lebih awal. Perdana Menteri Shinzo Abe tidak memeluk Islam," katanya.

Khabar angin yang mengatakan Abe memeluk Islam tersebar luas di media sosial semalam dan mencetuskan pelbagai spekulasi.

Read more…

Wednesday, October 8, 2014

Gerhana bulan 'Berdarah' malam ini

gerhana bulan penuh berdarah

Tahukah anda yang malam ini bukan sahaja akan berlaku kejadian gerhana bulan penuh malah juga akan berlaku dua lagi kejadian lain iaitu penampahan Uranus dan juga Selenelion.


Fenomena gerhana bulan merah yang turut dikenali sebagai ‘Gerhana Bulan Berdarah’ terjadi apabila kedudukan Bumi terletak pada kedudukan sejajar di antara Matahari dan Bulan.

Ketika itu, bayang Bumi yang menutupi permukaan Bulan itu akan menghasilkan bias berwarna merah seakan warna darah. Kali terakhir fenomena ini berlaku adalah pada 15 April tahun ini.

Selain fenomena bulan berdarah, satu lagi fenomena di mana planet Uranus boleh dilihat dengan mata kasar bakal berlaku malam ini, lapor TribunJogja.com.

Terdapat dua faktor yang membolehkan penampakan planet tersebut iaitu jaraknya yang dekat dengan Bumi, serta keadaan gerhana itu sendiri.

Seorang sumber astrologi Indonesia menyatakan bahawa Uranus dijangka dapat dilihat sebagai sebuah titik kecil yang menyerupai bintang dengan cahaya samar bermagnitud +5.

Namun, detik tersebut agak singkat dan mereka yang terlatih sahaja berpeluang mengesannya di dada langit. Oleh kerana cahayanya samar, Uranus hanya dapat dikesan dengan mata kasar pada saat gerhana terjadi sepenuhnya.

Sebelum atau selepas detik itu, kelibat planet ketujuh dalam sistem cakerawala itu akan pudar dan menghilang.

Fenomena selenelion pula merujuk kepada kejadian kedua-dua Matahari dan bulan gerhana yang dapat dilihat serentak. Ia hanya boleh terjadi pada detik sebelum matahari terbit atau terbenam.

Secara ringkasnya, ia adalah fenomena apabila dua objek langit terpisah 180 darjah dari sudut pandang manusia di Bumi.

Pada waktu senja nanti, selenelion yang terjadi melibatkan Bulan dan Matahari. Ini bermakna Matahari akan disaksikan tepat di ufuk barat manakala Bulan pula di ufuk timur.

Read more…