Carolina Utara (Amerika Syarikat): Dua minggu lalu, Deah Shaddy
Barakat, 23, mencoretkan kesedihannya di Twitter apabila ada manusia
yang menyeru kepada keganasan- harus membunuh orang Yahudi atau
Palestin, seolah-olah perkara itu dapat menyelesaikan semua masalah yang
berlaku.
Pada 5 petang (waktu tempatan) kelmarin, dia menjadi mangsa keganasan apabila mati ditembak di kepala. Isterinya, Yusor Mohammad Abu-Salha, 21, serta adik iparnya, Razan, 19, turut menemui ajal ditembak di kepala oleh lelaki berfahaman atheist, Craig Stephen Hicks, 46.
Menurut laporan The Independent, polis di Chapel Hill menerima laporan kejadian tembakan di sebuah blok apartment di Summerwalk Circle.
Semua mangsa ditemui mati di tempat kejadian, namun penduduk berhampiran memaklumkan mereka tidak menyedari berlaku insiden tembakan sehingga polis tiba di lokasi kejadian.
Hicks ditahan selepas suspek menyerah diri di balai polis dan sudah dituduh dengan tiga tuduhan membunuh di mahkamah, semalam.
Deah adalah mahasiswa jurusan pergigian di Universiti Carolina Utara dan sukarelawan yang membantu memberi khidmat pergigian kepada kanak-kanak Palestin dan pelarian.
Dia dan Yusor baru berkahwin dua bulan lalu.
Sementara itu, laman sosial seperti Facebook dan Twitter mula hangat dengan pelbagai reaksi berhubung kejadian itu.
Ada yang mempersoalkan mengapa media arus perdana di Amerika Syarikat tidak membuat laporan besar-besaran.
Satu ‘hashtag’ #ChapelHillShooting dihasilkan dan ramai yang bersimpati dengan nasib tiga sekeluarga itu.
source : hmetro

0 comments:
Post a Comment