Showing posts with label Info Seram. Show all posts
Showing posts with label Info Seram. Show all posts

Saturday, January 10, 2015

[INFO] Pukau ! Jangan ambil Mudah !




Takut Kena Pukau ? Apa Tanda-Tanda Terkena Pukau ? Bagaimana Nak Elak Kena Pukau ?


PENGAMAL ilmu pukau lazimnya bersekongkol dengan jin, iblis dan syaitan dengan matlamat menggoda dan menguasai seseorang untuk menyempurnakan niat jahat.Kegiatan pukau-memukau berlaku melalui perantaraan jin ke atas mangsanya yang memungkinkan mangsa itu tewas hingga tidak sedarkan diri.


Jin diperintah menguasai pergerakannya, menyebabkan dia tidak berdaya melawan atau bertindak. Kadang kala kesedaran wujud tetapi berada ditahap lumpuh hingga tidak berdaya melakukan apa-apa untuk menghalang niat buruk orang yang memukau.


Mangsa pukau boleh melihat orang luar memasuki rumahnya dan merompak barang-barang berharga tetapi dia tidak berdaya melakukan apa-apa untuk menghalangnya kerana kesedaran serta kekuatannya dikuasai unsur-unsur sihir. Mangsa seperti tergamam, terkaku, tenggelam punca atau kadang kala tidur dengan nyenyaknya kerana akal dan fikiran diresapi makhluk halus.


"Begitulah jahatnya ilmu pukau yang berfungsi melalui amalan sihir. la tidak boleh berlaku tanpa penglibatan makhluk-makhluk halus seperti jin, iblis dan syaitan," kata Dr. Amran Kasimin, pensyarah Jabatan Persuratan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia.Menurut Dr. Amran, yang juga salah seorang perawat kanan di klinik Darussyifa' di Bangi, Selangor, ilmu pukau tidak hanya wujud dalam masyarakat Melayu sahaja sebaliknya diamalkan oleh semua kaum. Ilmu pukau tidak kenal siapa mangsanya.


Sesiapa sahaja boleh terkena pukau kerana kekuatan unsur luar mengatasi kekuatan roh seseorang mangsa.Seorang peguam tiba-tiba mengubah hujahnya kerana rasukan pukau. Seorang ahli politik atau pemidato menjadi gerun dan tergamam sebaik sahaja naik ke pentas untuk berucap.


BAGAIMANA AMALAN PUKAU DILAKUKAN


Menurut Dr. Amran, dalam masyarakat Melayu, amalan pukau dilakukan melalui pancaran dan pandangan mata, sentuhan atau pengerahan roh kepada orang yang dipukau melalui ungkapan jampi mentera.


Pertama, Bersalam merupakan satu tradisi bagi orang-orang Melayu setiap kali bertemu. Amalan itulah yang memberi kesempatan kepada orang yang memukau untuk mengenakan ilmu jahatnya itu.Ketika sedang bersalam, kedua-dua pihak memandang antara satu sama lain.

Apabila mata bertentang mata, pancaran jahat daripada mata orang yang memukau akan menembusi jiwa dan otak mangsa menyebabkan dia terpukau.Akibatnya, mangsa berkeadaan khayal, terkaku dan tidak sedarkan diri. Dia juga tidak berupaya bertindak kecuali menurut segala perintah yang diberikan kerana kekuatan unsur-unsur sihir menguasai dirinya.


Menurut Dr. Amran, kaedah ini kerap digunakan untuk memukau dan memuja seseorang wanita. Akibat pengaruh sihir, wanita itu sekonyong-konyong tergila-gila dan teringat-ingat kepada lelaki berkenaan.


Proses memuja dilakukan semasa wanita berkenaan sedang tidur. Jin akan menjelma dalam mimpi mangsa dengan cara menyerupai lelaki yang memujanya.Sebaik sahaja sedar daripada tidur, mangsa itu seolah-olah ternampak gambaran? lelaki yang memujanya. Melalui amalan sihir, jin bertindak mempengaruhi pemikirannya hingga menyebabkan dia tidak dapat melupakan lelaki itu, lantas menyerah diri kepadanya.


"Fikiran dan ingatan mangsa hanya tertumpu kepada lelaki berkenaan. Siang dia rindu, malam dia rindu dan akhirnya dia pergi ke rumah lelaki berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri," kata Dr. Amran."


Pada waktu itu tiada sebarang nasihat yang berupaya menghalangnya. Keluarga ditinggalkan, saudara mara dilupakan," katanya.


Kedua, Satu lagi kaedah memukau ialah melalui sentuhan sama ada dengan menepuk bahu atau belakang atau berjabat tangan.


Dr. Amran berkata kaedah itu turut melibatkan pancaran jahat daripada mata orang yang memukau kepada mata mangsa ketika mereka memandang satu sama lain sewaktu berjabat tangan atau selepas bahu mangsa ditepuk.Kaedah itu kerap digunakan untuk tujuan jahat, seperti menculik atau mengambil harta mangsa.


Dalam keadaan separuh sedar, mangsa melihat penceroboh memasuki rumahnya dan mencuri barang-barang berharga. Dia akan memberitahu di mana wangnya disimpan dan menanggal serta menyerahkan semua barang berharga jika diminta.


Dalam beberapa kes, mangsa diperintahkan mengikut orang yang memukaunya ke bank dan mengeluarkan sejumlah besar wang daripada akaunnya dan menyerahkan wang itu tanpa sebarang bicara. Mangsa hanya sedar apa yang berlaku setelah orang yang memukaunya pergi jauh.


TANDA-TANDA TERKENA PUKAU


Tanda paling ketara akibat dipukau ialah mangsa-mangsa akan berasa mengantuk yang teramat sangat menyebabkan mereka tertidur dengan nyenyaknya dan tidak menyedari apa yang berlaku di sekeliling mereka.


KAEDAH MENGELAK PUKAU


Pertama, kaedah paling berkesan untuk mengelakkan kesan pukau ialah dengan meminta perlindungan Allah yang merupakan pencipta semua makhluk termasuk jin, iblis dan syaitan.

"Berdoa dan membaca ayat Kursi setiap kali selepas sembahyang lima waktu merupakan sebaik-baiknya amalan untuk menghindarkan segala kemungkaran dan perlindungan Allah memelihara keselamatan diri, harta benda serta rumah kita," kata Dr. Amran.


Kedua, kekuatan roh merupakan satu lagi kaedah untuk mengelakkan daripada terkena pukau. Satu cara untuk menguatkan roh ialah dengan melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang ditegah.


Ketiga, selain daripada perkara-perkara wajib, amalan-amalan sunat seperti sembahyang tahajud, sembahyang tasbih dan sembahyang taubat pada waktu malam, berzikir, berwirid, berselawat dan sebagainya patut dilakukan secara terus-menerus dalam usaha bertaqarub atau menghambakan diri kepada Tuhan.


"Melalui amalan-amalan itu, Allah akan sentiasa menyayangi diri kita dan memberi kekuatan kepada diri kita. la memberi ketenangan jiwa dan mengelakkan berbagai-bagai penyakit, termasuk sopak dan penyakit gila," kata Dr. Amran.

Keempat, menurut beliau, orang yang dikasihi Allah akan dikurniakan sifat qaramah atau kemuliaan. Setiap permohonannya diperkenankan dan dirinya akan sentiasa terpelihara daripada kejahatan manusia dan gangguan syaitan.Beliau menegaskan bahawa cara terbaik untuk merawat seseorang yang terkena pukau ialah dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran, bukannya berubat dengan orang-orang yang melibatkan diri dengan sihir.

"Setiap penyakit yang melibatkan sihir, lawannya ialah ayat-ayat suci," tegas Dr. Amran.


Kelima, mangsa yang dipukau bagaimanapun boleh mengubati dirinya sendiri, jika berupaya, dengan cara menguatkan rohnya. Jika tidak berupaya, seperti tidak sedarkan diri, lupa atau tidak tahu membaca Quran atau didatangi haid bagi perempuan, mangsa boleh meminta pertolongan daripada orang lain untuk merawatnya."Berubatlah dengan orang yang beriman yang menggunakan kalimah-kalimah Allah sebagai penawar, bukan dengan mereka yang bersubahat dengan ibiis dan syaitan," tegas Dr. Amran.


Source : Rosminadam

Read more…

Saturday, November 8, 2014

Kisah Benar Anneliese, Maut Selepas Dirasuk Entiti Misteri!

 Dilahirkan pada 21 September 1952 di Jerman, Anneliese Michel menjalani kehidupan normal sama seperti gadis seusianya.


Anak kepada pasangan Josef dan Anna Michel ini dibesarkan dalam pegangan Katolik yang kuat.

Anneliese bersama keluarganya
Gadis ini dikenali sebagai seorang yang periang dan disukai ramai. Namun, itu semua sebelum Anneliese ditimpa penyakit misteri yang bermula pada tahun 1968.

Pada mulanya, doktor mengatakan gadis ini sekadar menghidap penyakit batuk kering. Dia diberikan rawatan di Hospital Mittelberg, Jerman. Setelah sembuh, Anneliese dibenarkan pulang semula ke rumah.

Seperti biasa, Anneliese memulakan persekolahan di sekolah menengah Aschefenburg. Semuanya bermula dengan lancar sehinggalah Anneliese tiba-tiba diserang penyakit misteri. Anneliese menghadapi kesukaran untuk bertutur.


Anneliese Michel semasa menderita kerasukan
Dia juga sukar berjalan dan sering berpaut pada meja, kerusi atau apa-apa sahaja yang berada dalam capaiannya untuk berdiri.

Pada tahun 1973, Anneliese mula ditimpa kemurungan yang serius. Perubahannya mendadak dan disedari oleh orang-orang disekelilignya.

Semasa upacara menghalau syaitan
Keadaan itu berlanjutan agak lama sehinggalah dia mengadu melihat bayangan misteri yang menyeramkan dan sering menghantui dirinya.

Anneliese sering menggambarkan bahawa dia melihat raut misteri wajah syaitan pada dinding rumahnya. Anneliese menyatakan bahawa syaitan itu mempunyai tujuh tanduk dan mahkota.

Bukan itu saja, ahli keluarga juga pernah beberapa kali melihat Anneliese dalam keadaan tercampak, seperti dibaling ke tanah.

Yang misterinya, tidak kelihatan sesiapa pun yang memperlakukan gadis itu sedemikian rupa.

Pernah suatu hari, sewaktu mereka sekeluarga sedang menikmati makan malam, kedua-dua tangan Anneliese secara misteri membengkak secara mendadak sebelum dia terlambung ke belakang daripada kerusi yang didudukinya. Gadis itu hanya mampu menjerit meminta pertolongan.

Josef dan Anna tahu ada benda misteri berlaku dan menggangu Anneliese. Apatah lagi keadaan gadis itu semakin buruk setiap hari. Dia mula mengamuk dan melakukan perkara pelik dan misteri termasuklah menjilat air kencingnya sendiri.

Anneliese memakan lalat, labah-labah dan juga pernah menelan kepala burung yang sudah mati. Pada ketika yang lain, gadis itu akan merangkak masuk ke bawah meja dan menyalak seperti anjing selama dua hari.

Menjerit dan mengoyakkan bajunya sudah menjadi aktiviti misteri yang dilakukannya setiap hari.

Tidak sanggup melihat anak gadis mereka terseksa, pasangan suami isteri itu bertindak menghubungi paderi, dengan harapan paderi akan menggunakan cara alternatif untuk memulihkan keadaan misteri yang dialami Anneliese.

Sebelum bersetuju memberikan khidmat exorcism kepada Anneliese, Paderi Arnold pernah membawa gadis itu bertemu ramai doktor untuk merawat penyakit misteri itu namun buntu.

Menurut doktor, Anneliese menghidap sejenis sawan dan hanya diberikan pil bagi membantu menenangkan dirinya.

Dua orang paderi yang mulanya tidak percaya Anneliese dirasuk terdiam apabila mereka menyaksikan sendiri bagaimana gadis itu dilambung dan dihempas secara misteri ke lantai tanpa ada sesiapa yang mengangkat atau mencampakkannya.

Melihatkan keadaan misteri yang mengganggu gadis itu, pada tahun 1975, ketua paderi dikawasan tersebut telah memberi kebenaran kepada Paderi Arnold Renz dan Paderi Ernst Alt untuk menjalankan ritual exorcism (pengusiran syaitan) terhadap Anneliese.

Rawatan berlangsung selama 10 bulan untuk merawat penyakit misteri tersebut. Dalam tempoh itu, sebanyak 67 kali ritual tersebut dijalankan.

Setiap minggu, beberapa kali gadis itu menjalani kaedah spiritual yang menyeksakan. Kesemua ritual untuk menghalau gangguan misteri itu turut dirakamkan dalam bentuk audio.

Anneliese turut menghadapi kecederaan lutut yang serius sepanjang menjalani proses exorcism. Gadis ini perlu melutut lebih daripada 600 kali setiap kali ritual yang memakan masa berjam-jam lamanya.

Hasil daripada ritual untuk menghalau gangguan misteri tersebut, kedua-dua paderi mendakwa dapat mengesan enam jenis syaitan yang telah merasuk Anneliese iaitu Judas, Lucifer, Hitler, Nero, Fallen Priest dan Cain.

Sekalipun telah berpuluh-puluh ritual dijalankan untuk menghalau syaitan misteri yang dikatakan merasuk tubuh gadis itu, semuanya gagal.

Anneliese terus hidup terseksa dan akhirnya meninggal dunia pada 1 Julai 1976, selepas lapan tahun bertarung dengan 'penunggu misteri' yang menguasai dirinya.

Hasil bedah siasat mendapati kematian misteri Anneliese Michel disebabkan kekurangan air dan zat makanan. Dia juga menghidapi demam panas dan Pneumonia ketika itu. Berat badan Anneliese sewaktu kematiannya hanyalah lebih kurang 30 kilogram.

Dua tahun selepas peristiwa misteri itu, mahkamah memutuskan kedua-dua ibu bapa Anneliese beserta dua paderi yang merawatnya didapati bersalah atau tuduhan menyebabkan kematian Anneliese. Kesemua mereka dipenjarakan selama enam bulan.

Selepas lebih 30 tahun kematian Anneliese yang begitu misteri, banyak pihak yang semakin meragui dia benar-benar dirasuk. Mereka mempersoalkan ubat-ubatan yang diberikan kepadanya.

Ramai yang bersetuju bahawa Anneliese mungkin menderita kerana penyakit schizophrenia atau sejenis gangguan mental. Jika diberikan rawatan yang betul, mungkin Anneliese masih boleh diselamatkan.

Namun, dari sudut lain pula, tiada siapa mampu menerangkan kejadian misteri bagaimana gadis itu dilambung dan dihempas ke tanah.

Begitu juga dengan rakaman audio yang memperdengarkan suara misteri yang pelik Anneliese yang dikatakan berbicara dalam bahasa kuno lama yang sudah tidak digunakan lagi ketika itu.

Sehingga kini, persoalan misteri apa sebenarnya yang membunuh Anneliese masih menjadi tanda tanya. Tiada jawapan tepat yang dapat diberikan.


Malah, kisah misteri yang menimpa Anneliese turut diangkat ke layar perak menerusi filem seram, The Exorcism of Emily Rose yang ditayangkan pada tahun 2005.

Sumber infoduniaaku.blogspot.com

Read more…

Wednesday, November 5, 2014

Kisah Seram Di Genting Highland Dan Kenapa Anda Harus Takut




Hello gadis-gadis comel sekalian.

Hari ini kami nak kongsikan cerita sikit pasal hantu-hantu di seluruh Malaysia Genting Highland. Pernah tak korang tertanya-tanya kenapa hantu amat famous/popular/paling banyak movie di Malaysia tetapi tidak laku di Paris atau Istanbul atau di luar negara? Adakah kerana di luar negara tak ada hantu? ataupun, korang tengok cerita Discovery Channel Man Vs Wild, dia duduk dalam hutang sorang-sorang , lari sana lari sini , tak pula pocong datang teman tidur. Kenapa ? Kenapa ? Kenapa ? adakah persatuan hantu sedunia menetapkan hanya berminat dengan jejaka hensem serta gadis comel melayu ?

Berbalik kepada entri. Kisah ini kami dipetik dari internet mengenai beberapa siri kisah seram melibatkan kawasan peranginan Genting Highlands. Mungkin ini cerita lama dan mungkin juga bangunan-bangunan yang dikatakan berhantu sudah berubah. Jom baca kisah seram di bawah ini.

Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting adalah satu kawasan yang menghimpunkan beberapa tempat penginapan di satu kawasan seperti First World, Resort Hotel, Highlands Hotel dan Theme Park Resort. Genting Highlands berasa di paras 1860m di atas bukit. Seperti yang kita tahu, pelbagai cara untuk kita mencapai ke puncak ini; bas, teksi, dan kereta gondola yang terpantas di dunia dan terpanjang di Asia Tenggara.

Apa yang orang minat sangat nak pergi ke Genting ada dua sebab. Satu untuk pergi ke Theme Park dan yang kedua majoritinya pergi ke Genting untuk berjudi di Kasino. Mana taknya, Kasino Genting ini

Menang award World’s Leading Casino Resort, World Travel Awards 2005/2007/2008/2009/2010, Asia ’s Leading Casino Resort dan World Travel Awards 2005/2006/2007/2008/2009/2010.

Jadi segala misterinya bermula di sini. Menurut sumber orang ramai, terdapat satu bilik yang private di dalam Kasino ini kecuali untuk VVVIP yang tertentu sahaja. Sumber menyatakan di dalamnya terletaknya sekuntum bunga teratai emas. Teratai Emas ini seolah-olah menjadi “tukang tilik nasib” bagi semua mereka yang datang berjudi di sini. Kenapa? Sebab waktu bunga tersebut mengembang, ramai penjudi akan menang dan jika bunga ini tidak mengembang, semua keuntungan akan pergi ke Kasino. Dengar kata, di dalam bilik ini juga terdapat Sami-Sami yang berjaga di dalam itu. Apa kes perlu sami ini? Sebab ramai orang dikatakan membawa “Belaan/Makhluk” untuk memberi mereka kemenangan, jadi semua “Belaan” ini akan disekat di pintu masuk Kasino sekiranya Sami-Sami ini dapat tahu ada orang bawa.

Satu lagi, terdapat tempat parking yang berada di selekoh yang menghampiri Genting, dikatakan tempat letak kereta mereka yang membawa “Belaan” kerana di atas sana semua “Belaan” ini akan dikesan oleh pihak Genting. Jadi “Belaan” ini semua terpaksa tinggal di situ.Memang pihak Genting tidak membenarkan sesiapa untuk membawa “Belaan” mereka, oleh itu terdapat tokong dan Jin Besar di Genting untuk menghalang semua ini.

Ini cerita Kasino dan juga di Tempat Letak Kereta, sekarang mari kita lihat pula misteri di tempat penginapan dan pangsapuri di Genting.
1. Amber Court





Ini merupakan tempat yang paling menakutkan dan memang ramai orang cerita kena kacau kat sini. Dan yang paling penting, even mereka yang tinggal di First World Hotel serta menghadap ke Amber Court pun kena kacau. Terdapat juga satu bilik private seperti di Kasino di mana mereka menyimpan jin-jin mereka di Amber Court. Menurut sumber, management selalu bagitau untuk jangan kacau bilik ini atau buka bilik ini dan itu. Tapi kenapa? Apa sebabnya? Biliknya seperti di bawah ini:

Macam mana mereka yang tinggal sini dikacau:

-Tv terpadam dan terbuka sendiri
-Orang bertukang malam-malam
-Perempuan mengilai
-Budak menangis
-Perempuan memanggil (panggil penginap kat situ la)
-Dengar tapak kasut dari luar
-Pintu diketuk
-Terasa diperhatikan

Ini kata seorang penghuni di sana:


“amber court ngan billion court mmg berhantu. member aku kene kacau ngan ju-on kat situ. dia cangkung masa member aku tgh mandi. staff genting pun cakap tempat tu mmg barhantu.kitorg mmg cadang nk stay sbb nk tgk hantu tp masa drive pegi sana mlm2 mmg agak spooky. tp xigt nape xjadi stay.”

“aku tidur, tetiba tingkap bilik kena ketuk bertalu2…aku punyalah takut……..mula2 malu nak kecoh2, malu dgn roomate aku…lama2 hilang malu, takut punya pasal,aku nangis sampai member aku terjaga…bila sama2 takut, dua2 menjerit, “Woi… kitaorang ngantuk lah…nak tidur… pegi main jauh2.. kita orang tak der masa nak layan ko..”…aku dah stop jerit. member aku pulak pegi belasah tingkap tu dgn bantal, bantai tingkap tuh cukup2…pastu baru diam…”

“aku nk citer pasal amber court ni…bulan lepas pukul 2 pagi memang ada lepak sana tapi lepak kt bawah jer lah…sunyi nyerr tempat tu sampai jer terus paking depan hotel tu ada tempat duduk bawah lampu tu…baru jer berapa minit lepak2 dgn member2 kat situ …hehehhh nak taw apa jadii…..kedengaran satu jeritannn dari bawah paking pastu ada bunyik melolong dari tingkat atass sekali….aku nk blah dahh masuk dlm kreta..cam bangsatt bunyikk tu..bunyik jerit sama macam dlm movie hantu…tapi member2 rilexs jer…kalau korang nk tahu lanjut korang boleh datang lepak kt bawah tu malam2 pastu sembang dagn pak guard kat situ…hahahhah macm2 dia citer…kat situ sebenarnya port bunuh diri…”
2. Apartment Ria


Ini cerita apa yang mereka kata pernah berlaku di sini dan mungkin menjadi sebab ianya berhantu:


“kononnya dalam bilik tuh ada seorang lelaki cina yang telah membunuh diri dengan mengelar-gelar badannya dan kemudian menggantungkan dirinya di tengah-tengah rumah tersebut……… setiap hari kejadian yang berlaku itu akan berulang-ulang kembali dan ada penghuni hotel yang penah terserempak dengan lelaki cina tersebut dengan keadaan badan berlumuran darah.. memang menyeramkan suasana di dalam bilik hotel tersebut….. sehingga kini, bilik tersebut tidak pernah di buka dan di palang dengan kayu…. kalau ada di antara anda yang penah mendiami hotel tersebut, pasti anda akan perasan ada sebuah bilik bilik yang telah di palang dengan kayu…. “

Ini yang berlaku di sini:

-Bunyi orang pindah rumah, bunyi ‘ting’ seperti oven dah panas, bunyi lesung ditumbuk dan lain-lain lagi
-Bunyi lif yang selalu terbukak (tapi bila tengok tak bukak pon)
-Ada masa lif akan stop sendiri di tingkat-tingkat tertentu, sampai tutup pun dia akan terbukak balik.. (Kalau nasib tak baik,nampak la pape)
-Terasa diperhatikan,di penjuru bilik
-Ada ‘orang’ lain dalam apartmen

Ini cerita mereka di Apartment Ria:


“hishh apartment RIA mmg ade sesuatu..kat sume penjuru pon rase scary je..die punye bilik pon seram je..tapi aku ni stok berani aaa gak..ade skali aku masuk 1 bilik ni (1 unit 2 bilik) before tu x rase ape pon normal je..skali bile masuk je bilik tu sbb nak amik bantal tetibe je bulu roma naik..rase cam seram jerr..mcm ade mende je kek bilik tu…pehtu memalam ade bunyi ‘tinng’. mcm bunyi bile oven dah panas.”
3. First World Hotel


Ini hotel yang pernah menjadi Hotel Terbesar di dunia sebelum ini. Setakat ini, dah lebih dari 20 kali stay kat sini tapi nasib baik belum pernah mengalaminya satu. Tapi ramai juga yang dah kena kacau di sini.

Ini kesnya:

– Ada orang berjalan dari atas katil, memang terasa tilam korang penyek time ‘benda’ tu berjalan, serta dengar bunyinya skali
– Darah keluar dari tingkat atas,nampak kat cermin tingkap
– Nampak kelibat orang terjun dari atas, berbaju merah
– Kelibat wanita berambut panjang mengurai, dalam bilik
– Tv terbuka sendiri, takde siaran

Ini cerita dari orang yang mengalaminya:


kat 1st world pun seram aku dgr cita membe akum ada pompuan rmbut panjang mengurai dok tunggu tepi katil tu yg diorg cita la tapi aku ada pegi stay kt 1st world last 2yrs tak ingat tower brapa dh penat kt theme park dia, so kitorg pn mls nk balik stay sana mlm tu mlm tu aku x leh tido rasa cam ada org dok usha je aku baring pastu cam dengar bunyi tv on (bunyi yg x de siaran tu), padahal aku dh off pun membe aku kt katil 1 lg dh slamat dengko aku rs aku tido pn still bukak mata smpai pagi sunyi sepi genting tu kalu tgh mlm
4. Cradle Rock


Tempat ini juga dikatakan juga agak “keras”. Ini ceritanya:


budak genting panggey tempat tu BATU BERAYUN…sbab kedudukan batu macam tergantung…alah korang misti perasan punyer…kalo pegi sana sebab tempat tu kat tepi jalan je….kat situ slalu gak ade budak kene sakat sebab merendek kat situ,depa kata kat situ ade kes suicide tapi da lame la…membe aku kene kat situ…dia gi jalan2 malam la time tu.dia nih slalu lpas keje pg jejaln kat area tu ader 1 mlm, tu nasib tak baik..nampak la bende tu…nampak cam pompuan nangis2……………..ingat nak tolong la..pegi tanya…..makin lama makin kuat nangisnya..dari nangis tuka mengilai kuat…nasib baik membe aku ni kire kuat gak la..die blah slow2, besok demam gak la 2 hari.

Read more…

Saturday, October 25, 2014

Dendam orang mati: Seram, mendebarkan

  • Dendam orang mati: Seram, mendebarkan
SEJAK dahulu lagi, terdapat bermacam-macam jenis kepercayaan karut, mitos dan legenda yang dipegang atas alasan kepercayaan dari nenek moyang.

Ada di antaranya adalah kepercayaan terhadap angka 4 (di Asia) dan 13 (di Barat) yang dianggap sebagai angka yang membawa malapetaka.

Sebagai contoh banyak bangunan di negara-negara di Asia Timur dan Asia Tenggara, mengelak menggunakan tingkat 4 tetapi dinamakan sebagai tingkat 3A dan sebagainya.

Mengikut kepercayaan sesetengah orang Cina di Malaysia, nombor 4 adalah angka yang harus dihindari kerana hampir dengan sebutan yang membawa maksud “mati”.

Kepercayaan sebegini dinamakan sebagai “Tetraphobia” dan diangkat menjadi tema di dalam filem terbaru terbitan KRU Studios yang diberi judul “Dendam Orang M4ti”.

Jason Chong (pengarah filem Belukar dan Ular) telah diberikan kepercayaan bagi menggarap filem ke-20 keluaran Kumpulan Syarikat KRU ini yang juga merupakan filem seram kedua terbitan KRU Studios (selepas Karak).

Dengan lakonan mantap Lisa Surihani, Fizz Fairuz, Miera Liyana dan ramai lagi, “Dendam Orang M4ti” menjanjikan satu kelainan bagi genre filem seram yang pasti membuat penonton rasa berdebar dari babak ke babak sehingga ke akhir.

Misteri gangguan tingkat empat

Seram dan mendebarkan. Itu gambaran yang dapat penulis berikan mengenai filem terbaru terbitan KRU, Dendam Orang Mati atau dieja dengan “Dendam Orang M4ti”.

Filem yang mengisahkan Lena tersedar dari koma selama dua tahun dan hilang ingatan akibat kemalangan.

Keadaan bertambah mengelirukan apabila diperkenalkan kepada isteri baru Shahrul, Min di flat lamanya di tingkat 4 yang kini menjadi tingkat 3A.

Lena mula mengesyaki sesuatu yang buruk telah berlaku flat tersebut dan mula berdepan dengan kejadian-kejadian aneh yang menyeramkan.

Gangguan seram ini memberikan lebih tekanan terhadap Lena yang terasa diabaikan oleh suaminya, Shahrul yang berbelah bahagi antara isteri mudanya dan Lena.

Dengan mengangkat tema kepercayaan kaum Cina terhadap angka empat, tidak keterlaluan untuk mengatakan, filem Dendam Orang Mati berjaya digarap lebih seram dan mendebarkan daripada beberapa filem antarabangsa.

Pendek kata, dari mula lagi, Jason telah berjaya 'menangkap' perhatian penonton dengan misteri seorang budak kecil yang akhirnya memberi ketakutan kepada Lena ketika dia terjaga dari koma.

Menariknya mengenai filem ini, ia digarap dengan penuh tanda tanya dari awal filem hingga membuatkan anda terfikir, siapa kanak-kanak tersebut? Mengapa Lena koma? Apa kaitan Lena dengan flat tersebut? Siapa Sharul dan sebagainya.

Persoalan demi persoalan yang ditimbulkan pada permulaan cerita inilah yang akan membuatkan anda berasa teruja untuk mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya dan seterusnya.

Penyusunan plot yang cukup teratur menyebabkan ia memberi satu dimensi baru terhadap filem seram di Malaysia.


Lisa 'hidupkan' Lena

Selain dari jalan cerita yang mantap, antara faktor lain yang menarik perhatian penulis adalah kelainan dalam lakonan aktres cantik, Lisa Surihani.

Jika selama ini Lisa dilihat lebih selesa menjayakan watak lembut, antagonis, kali ini, Lisa keluar dari zon selesanya dengan membawa watak psiko.

Tanpa solekan, berjalan tempang dan diselubungi pelbagai misteri dan tanda tanya, Lisa berjaya 'menghidupkan' watak Lena dengan begitu baik sehingga membuatkan orang simpati terhadap dirinya pada awal.

Namun misteri-misteri yang dihadapi dan siapa Lena yang sebenarnya hanya diketahui pada pertengahan filem sehingga membuatkan anda terfikir, siapa yang jahat sebenarnya?

Selain itu, lakonan Miera sebagai Min juga tidak perlu dipandang enteng. Mengemudikan watak antagonis dengan baik, percubaan Miera sebagai seorang isteri yang menggoda berjaya menarik perhatian penonton, biarpun Miera sendiri pertama kali membawakan watak
sebagai isteri.

Manakala Fizz pula, pada pandangan penulis, lakonannya seperti biasa, tidak ada kekurangan, namun tidak ada pula sebarang kejutan.

Pendek kata, beri apa sahaja watak pada Fizz, dia berjaya membawanya dengan baik.


Kekurangan sudut teknikal


Dari sudut teknikalnya pula, biarpun cantik dari sudut sinematografi dan pencahayaan yang cukup sesuai dengan mood seram, namun kekurangan dapat dilihat jelas dari sudut teknik janaan komputer (CGI).

Apatah lagi, dengan filem-filem hebat KRU sebelum ini yang pernah dihasilkan dengan CGI, sentuhan CGI dalam filem Dendam Orang Mati ini agak mengecewakan.

Kekurangan ini sekali gus menjejaskan sedikit mood tatkala melihat roh orang mati dan perubahan suasana di tingkat empat yang menggambarkan betapa misteri, dan penuh dengan dendam.

Namun, pujian boleh diberikan kepada krew terlibat dan Jason sendiri yang berjaya membina set tingkat empat yang sebenarnya di bina dalam sebuah gudang.

Biarpun nampak kurang realistik, namun tetap berjaya memberi satu kelainan tanpa perlu berada di lokasi sebenar.

Jadi bagi anda yang ingin mengetahui siapa Lena dan apakah jawapan kepada soalan-soalan yang menghantui Lena, jangan lupa menyaksikan filem Dendam Orang Mati yang sudah bermula sejak 23 Oktober lalu.

Read more…

Thursday, September 4, 2014

KISAH SEBENAR DI SEBALIK SARJAN (TENTERA) MATI TERGANTUNG DI WANGSA MAJU

Wajah sebenar Arwah terpaksa di kaburkan bagi menghormati si arwah, keluarga arwah dan rakan kenalan arwah sendiri. Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah..Moga roh arwah di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...Amin...
YBhg. Tan Sri. 
Makluman awal. 
Berita daripada Kentonmen Kementah menyatakan bahawa Sajran Zuraidi bin Mohamad dari unit 71 RSD, Sungai Besi didapati meninggal dunia d blok E.1.75, DTHO (MQ kosong). 
Pada 2hb sept 14 jam lebih kurang 0900 Kpl. Hasrizan daripada Cawangan Senggaraan telah membuat rondaan memeriksa rumah-rumah kosong di dtho dan apabila masuk ke dalam rumah di blok E1 pintu 75 mendapati seorang anggota tentera dalam berpakaian uniform tergantung di syiling di bahagian laluan dari ruang tamu rumah. Seterusnya beliau memaklumkan kejadian di balai polis wangsa maju. 
Punca kematian masih dalam siasatan. Anggota dikenalpasti daripada anggota Unit 91rsd. dan seterusnya memaklumkan kepada ajutan 71rsd.
Sekian untuk maklumat awal YBhg Tan Sri.
Seorang anggota tentera berpangkat sarjan ditemui mati tergantung di sebuah rumah kosong di Wangsa Maju awal pagi ini.
Menurut laporan, mayat mangsa ditemui oleh seorang anggota tentera berpangkat koperal daripada cawangan selenggaraan yang secara kebetulan sedang melakukan rondaan di rumah kosong di kawasan tersebut.

Mangsa dikenali sebagai Zuraidi Mohamad berusia sekitar 30-an, masih lengkap berpakaian uniform ketika ditemui tergantung di siling ruang tamu rumah kosong itu.

Saksi kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju dan siasatan awal mendapati mangsa bertugas di Kem Sungai Besi. Punca kematian masih dalam siasatan pihak polis.

-- Ultra News

Read more…

Monday, September 1, 2014

PENAMPAKAN HANTU POCONG DI HUSM DIDEDAH

Sekeping gambar yang kononnya memaparkan imej hantu di HUSM kian tersebar di laman sosial.

Namun gambar tersebut ternyata palsu apabila beberapa pakar gambar mendedahkan gambar tersebut menggunakan teknik super impose.

Gambar tersebut telah pun tersebar sejak awal tahun 2014 lagi.

Perkara yang tidak berasas ini sepatutnya tidak tersebar kuatiri dapat mengganggu ketenteraman pesakit serta perkerja di hospital tersebut.

- See more at: http://www.utaranews.com/2014/08/penampakan-hantu-pocong-di-husm-didedah.html#sthash.F5CaLgnc.dpuf

Read more…

Tuesday, August 26, 2014

Seorang lelaki tak sedar ada wanita aneh menumpang di rumahnya

Apa yang anda fikirkan ketika mendapati makanan di rumah cepat habis dibanding biasanya? Beberapa makanan ringan hilang dan terasa seperti ada yang mengawasi di dalam rumah. Hal mengerikan ini terjadi pada seorang lelaki bernama Joe Cummings. Kisah ini ditulis dalam channel Youtube milik Joe, jstn827 's channel.

Joe tinggal di sebuah pangsapuri bandar New York. Dia sering merasa bahawa makanan di rumahnya habis lebih cepat dan merasa ada yang aneh. Ingin tahu apa yang terjadi, Joe meletakkan sebuah kamera tersembunyi di sekitar dapurnya.

Saat video itu dimainkan, Joe sangat terkejut bila mendapati seorang wanita aneh turun dari lubang pengudaraan bahagian atas apartment. Seolah sudah terbiasa, wanita itu turun perlahan-lahan, mengambil kerusi dan turun ke lantai.

Wanita aneh itu tampak mengambil beberapa makanan, bahkan buang air kecil di sinki dapur. Dia kelihatan mundar-mandir. Ketika Joe masuk ke dapur, wanita itu panik dan bersembunyi. Namun setelah Joe keluar dari dapur dia kembali mencari makanan. Seolah sudah biasa, wanita aneh itu naik kembali ke pengudaraan.

Keesokan harinya, Joe memainkan semula video rakaman. Dia sangat terkejut dan langsung meninggalkan apartment untuk melapor pada polis. Apabila polis menangkap wanita aneh tersebut, Joe tidak tahu dia siapa. Polis mengatakan mungkin wanita itu telah diam-diam tinggal di pangsapuri Joe selama beberapa minggu, mungkin lebih.

Joe sendiri tidak tahu bagaimana wanita itu boleh ada di ventilasinya, kerana pengudaraan itu tidak disambung ke bahagian lain apartmen. Kemungkinan besar, wanita itu naik dari tingkap melalui tangga kecemasan dan ikut tinggal dengannya tanpa diketahui Joe.

Seram juga kan kalau ada orang asing yang diam-diam tinggal bersama anda di satu bumbung. Maka perhatikan benar keadaan rumah anda.

Tonton rakaman tersebut di.....http://youtu.be/06X9qXTvKNQ
sumber:http://realitiabadi.blogspot.com/

Read more…

Sunday, August 24, 2014

SERIUS - LIMA BANGUNAN DI MALAYSIA YANG MENAKUTKAN (5 Gambar)

Lima Bangunan Di Malaysia Yang Menyeramkan Di Malaysia, banyak rumah - rumah dan bangunan lama diklasifikasikan menyeramkan dan berpenunggu.

1. Apartment Riviera II, Cheras
Sekitar akhir tahun 1990-an, apartment ini menempatkan pelajar-pelajar asrama beberapa buah universiti dan juga orang ramai, termasuk warga asing.

Ketika para pelajar baru ditempatkan, tiada apa yang tidak kena dengan bangunan ini. Kegiatan pelajar berjalan rancak meliputi aktiviti keagamaan, pembelajaran dan kecergasan. Bangunan diselenggarakan dengan baik, malah ramai pelajar sering menggunakan kolam renang di bahagian tengah apartment untuk mandi-manda.

Tahun demi tahun, keadaan mula berubah. Bangunan apartment yang dulunya ceria, menjadi semakin suram. Khabar angin bertiup kencang, bahawa bangunan ini menjadi tempat para pelajar berduaan dan melakukan aktiviti maksiat. Sejak semua ini berlaku, semakin banyak kejadian mistik mula berlaku di apartment tersebut.

Menaiki atau menuruni bangunan menggunakan lif menjadi sesuatu yang menakutkan, terutamanya di waktu malam. Kadangkala butang menyala sendiri lantas lif berhenti di tingkat-tingkat tak berpenghuni. Kadangkala muncul pula entiti yang tidak diingini sebaik saja pintu lif terbuka di tingkat-tingkat yang tidak ditekan oleh pelajar. Menaiki tangga pula bakal terserempak dengan entiti lain. Kebanyakan hanya berharap nasib mereka baik tidak bertemu dengan entiti setiap kali menggunakan lif.

Dikhabarkan, banyak kejadian mistik berlaku di apartment ini, sehingga jumlah penghuni kian berkurangan. Selenggaraan bangunan semakin diabaikan, air dalam kolam renang menjadi semakin keruh dan perabot semakin rosak. Kejadian histeria dan rasukan berlaku dengan kerap, sehinggalah pada suatu hari, salah seorang pelajar perempuan dikatakan terjun dari tingkat lima kerana mendengar suara aneh yang memintanya berbuat demikian. Kecederaan pelajar tersebut agak serius, sehingga memaksa pihak pengurusan mengosongkan bangunan tersebut kira-kira enam tahun lalu.

Kini bangunan Apartment Riviera II, Taman Kencana, Cheras hanya tinggal bangunan, tiada siapa pun berani menghuninya. Ia semakin suram dan menyeramkan walaupun dilihat dari jauh pada waktu siang. Hanya kumpulan penyiasat paranormal tempatan yang melawat sekali-sekala menceritakan pengalaman seram mereka sewaktu di sana.

2. Rumah Deposit RM 50 Seksyen 2, Shah Alam

Rumah sewa ini sering diperkatakan, terutamanya sewaktu penulis masih belajar di sebuah universiti di Shah Alam. Ramai yang menganggap ia sekadar legenda urban, dan ada yang mengatakan rumah tersebut memang wujud. Khabarnya, penyewa yang menyewa di rumah tersebut akan diganggu dan biasanya akan berpindah keluar selepas hanya sehari atau dua hari.

Walaupun terdapat pelbagai cerita mengenai rumah tersebut, masih ramai yang cuba hendak menyewa. Mungkin kerana depositnya hanya RM 50? Tuan rumah dikatakan sering menolak sekiranya ada yang hendak menyewa, tetapi kebanyakannya tetap berkeras mahu mencuba. Biasanya jumlah penyewa yang ramai menyebabkan ada yang berani menanggung risiko. Kalau ramai, apa yang hendak ditakutkan bukan?

Namun begitu, percubaan mereka berakhir mengecewakan. Pernah satu kumpulan tabligh cuba menyewa rumah tersebut. Pada hari pertama, di waktu maghrib, mereka duduk berkeliling dan berdoa, secara tiba-tiba satu kepala manusia jatuh di tengah-tengah mereka. Kesemua anggota tabligh terus lari keluar dari rumah tersebut dan tidak pulang lagi.
Cerita yang paling terkenal tentang rumah ini ialah cerita salah seorang penyewa yang pada masa itu berjumlah sepuluh orang. Dua orang dari mereka telah meratakan sedikit busut yang betul-betul berada di belakang pintu dapur. Akibatnya, mereka mula diganggu. Ada antara mereka yang kaki direntap sewaktu sedang tidur sehingga jatuh katil.

Ada pula yang terjumpa batu nesan di atas katil, serta diganggu suara perempuan ketawa mengilai.

Kisah penyewa ini berakhir malang apabila diganggu sehingga dua orang yang meratakan busut telah meninggal dunia, seorang akibat kemalangan semasa lari keluar dari rumah tersebut, dan seorang lagi jatuh sakit selepas itu.

Apa sejarah rumah ini? Khabarnya ia ialah rumah seorang pengamal sihir. Satu ketika dahulu, keluarga pengamal sihir ini dijumpai mati dibunuh di rumah tersebut.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan di mana lokasi sebenar rumah tersebut, yang dikatakan berdekatan dengan sebuah taman tema air yang terletak di Seksyen 3, Shah Alam.

3. Kemayan City, Johor Bahru

Sebenarnya bangunan Kemayan City, bolehlah dikatakan sebagai satu projek ‘gajah putih’. Ia pada asalnya hendak dibina sebagai salah satu pusat membeli belah di Johor Bahru sekitar 90’an, namun pembinaannya tergendala apabila berlaku kemelesetan ekonomi pada tahun 1998.

Selepas ekonomi kembali pulih, bangunan itu terbiar begitu saja. Ada yang mengatakan ia menjadi tempat penagih dadah melepaskan gian, dan ada juga pasangan yang mengambil kesempatan duduk berduaan di situ. Khabarnya, ada juga penagih dikatakan cuba mencuri kabel elektrik di situ, malang sekali mereka terkena renjatan elektrik dan meninggal dunia.
Sebelum ini tersebar juga cerita mengenai keluarga dari Singapura yang lalu di hadapan bangunan itu melihatnya begitu meriah, dengan lampu warna warni terpasang dan dipenuhi begitu ramai pengunjung. Keluarga ini telah masuk ke bangunan itu, membeli belah dan makan.

Setelah beredar, mereka singgah di rumah saudara dan menceritakan pengalaman membeli belah di situ. Kemudian barulah mereka tahu yang Kemayan City hanyalah bangunan kosong yang terbengkalai. Barang yang telah mereka beli di situ hilang begitu saja manakala baki wang yang didapati bertukar menjadi daun kering.

Kata orang arif, ia ialah kerja syaitan yang mahu melekakan dan menyesatkan manusia. Mungkin ada benarnya.

4. Rumah Banglo Jalan Turi, Bangsar

Rumah ini pernah mendapat liputan meluas sekitar tahun 1992, apabila dua orang kanak-kanak lelaki dan pembantu rumah (kesemuanya warga asing) yang menghuni rumah itu telah dibunuh oleh seorang pengawal keselamatan. Pembunuhan mereka dikatakan dilaksanakan secara kejam, dan mayat mereka dicampak dan disembunyikan dalam lubang najis di belakang rumah.

Akibat perbuatannya, pengawal keselamatan itu telah dijatuhkan dan menjalani hukuman mati. Namun cerita itu tidak berakhir begitu saja.

Rumah banglo itu terbiar tidak berpenghuni apabila pemiliknya pulang ke negara asal. Keadaan rumah tersebut menjadi semakin daif kerana tiada siapa berani tinggal di situ. Perabot telah musnah dan keadaan rumah semakin uzur. Biarpun begitu, acap kali diberitakan orang ramai yang melawat rumah itu atau lalu lalang di bahagian hadapan terlihat bayangan dua orang budak dan juga wanita di situ, terutamanya waktu senja.

Kini, rumah itu telah dirobohkan sepenuhnya. Oleh siapa, tidak pula diketahui. Yang tinggal hanya serpihan rumah saja. Namun bila melihat runtuhan rumah saja pun, seseorang itu masih boleh berasa seram.

5. Penjara Pudu

Antara yang tempat yang terkenal sebagai tempat yang menyeramkan, ialah Penjara Pudu yang terletak di Jalan Hang Tuah. Bangunan penjara itu menempatkan bukan saja banduan biasa malah banduan akhir.

Antara cerita mengenai Penjara Pudu ialah mengenai seorang detektif yang sedang menyoal siasat seorang banduan wanita sekitar tahun 60’an. Sewaktu sedang menyoal siasat secara tiba-tiba kepala wanita tadi terjatuh dan bergolek ke pintu bilik.

Detektif tersebut telah lari keluar dan mendapati sebenarnya dia tidak menyoal siasat sesiapa pun. Banduan wanita tersebut sebenarnya tidak wujud di penjara itu.

Kini Penjara Pudu telah diruntuhkan sepenuhnya dan proses pembinaan bangunan baru sedang dijalankan. Khabarnya sebuah pusat membeli-belah akan dibina di situ.

Read more…

Wednesday, August 20, 2014

Gempar! Kelibat Misteri semasa Faizul melangkah kaki ke belakang!!!

Siapa tengok Konsert AF akhir malam tadi, pastinya persembahan daripada juara AF sendiri iaitu Faizul yang menarik perhatian. Tanpa disedari, sebenarnya terdapat kelibat putih kemerah-merahan terakam semasa Faizul melangkah kaki ke belakang dan memainkan gitarnya!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Read more…

Sunday, August 17, 2014

MISTERI HIGHLAND TOWERS TERJAWAB! KENAPA BANYAK SANGAT 'HANTU-HANTU' KAT SANA!

 

11.12.93 adalah tarikh yang memperingatkan kita pada tragedi mengemparkan negara runtuhnya Highland Towers. Hingga hari ini tiada sebarang kenyataan dibuat apakah sebenarnya yang terjadi dan sudah tentulah semuanya itu adalah qada dan qadar yang Allah S.W.T telah tentukan. 11.12.2013 sudah genap berapa puluh tahun al kisah Highland Towers ini.

Ramai juga yang bercakap bangunan ini hingga saat ini tiada sebarang tindakan yang dibuat. Pembersihan atau kerja-kerja pembaikan boleh dijalankan. Misterinya bangunan ini juga sudah menjadi perbualan masyarakat di Malaysia. Pelbagai kisah seram yang telah dikongsikan bersama dalam bacaan di alam maya atau pun di media cetak.

Rumah-rumah di blok-blok Highland Towers yang tidak runtuh juga dibiarkan kosong oleh semua penghuni di situ. Pelbagai kisah seram yang diceritakan dan dialami oleh GR sendiri semasa pergi ke sana biarlah ianya menjadi kenangan kami semua. Pokoknya apakah sebenarnya yang terjadi disebalik bangunan yang 'misteri' ini??

Jom kita baca kronologi tragedi runtuhnya bangunan ini:
Pelukis pelan tiada kelayakan. Pendedahan bekas presiden PAM kejutkan rakyat Malaysia.

Sebelum 1964: Pemaju mengemukakan permohonan untuk membina kondominium.

1964: Jabatan Perancang Bandar dan Kampung (JPBK) Negeri Selangor mula membuat penilaian. Pejabat Daerah Kuala Lumpur meluluskan permohonan cadangan projek tersebut.

1974: Pembinaan bangunan dimulakan oleh Konsortium Jurubina Perunding (KJP) untuk syarikat High Land Properties Sdn Bhd.

1978: Blok 1 Kondominium telah disiapkan dan diberi Certifi cate of Fitness (CF) oleh Majlis Daerah Gombak (MDG) dan mula diduduki penghuni.

1981: Bangunan Blok 2 telah disiapkan dan diberi CF oleh Majlis Daerah Gombak dan telah mula diduduki penghuni.

1986: Bangunan Blok 3 telah disiapkan dan diberi CF oleh MDG. Ia telah mula diduduki penghuni.

1 Julai 1992: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah ditubuhkan dan bertanggungjawab secara langsung terhadap projek tersebut.

1993: MPAJ telah memberikan CF kepada pembinaan tempat letak kereta di tingkat bawah kondominium.

November 1993: Keretakan serius atas jalan raya sekitar kondominium telah dikesan oleh penghuni.

11 Disember 1993: Pangsapuri Blok 1 Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang runtuh pada 1.35 petang. 124 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan kira-kira 30 anggota tentera dan jurutera dari Kem Batu Cantonment dan Kem Wardieburn membantu mencari.

Ratusan anggota polis, bomba dan pasukan penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), sukarelawan PBSMM datang lebih awal. Pasukan penyelamat ternampak sebatang kayu terjuih keluar dan bergoyang.

Pembantu rumah seorang penghuni kondominium di Tingkat 7, Umi Rashidah Khoruman, 22, dan anaknya, Nur Hamidah Najib, 18 bulan, diselamatkan.

Nakajima Shizue, 50, wanita rakyat Jepun turut diselamatkan daripada runtuhan itu tetapi meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 12 tengah malam. Dr Shahrum Abdul Wahid dari HKL menyatakan Nakajima mengalami pendarahan dalam yang teruk.

Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ramai menteri Kabinet datang melawat.

12 Disember 1993: Penghuni Blok 2 dan 3 Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang diarah mengosongkan rumah mereka kerana tidak selamat. Pasukan mencari dan menyelamat dari Britain dan Amerika Syarikat tiba untuk membantu. Helikopter Nuri dan Alouette milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat tinjauan udara.

13 Disember 1993: Sekumpulan anggota penyelamat Perancis bersama dua anjing pengesan turut menyertai operasi. Mereka dipercayai dua rakyat Korea dan dua rakyat tempatan.

Pasukan penyelamat memutuskan untuk menggunakan mesin pemecah konkrit dan keluli serta jentolak untuk mengangkut runtuhan konkrit bagi membuka laluan.


15 Disember 1993: Pasukan penyelamat menjumpai enam mayat termasuk dua yang hancur menjadi cebisan daging dan tengkorak dalam runtuhan itu. Antara yang dijumpai lengan kanan yang mempunyai gelang, satu tengkorak dan cebisan daging serta serpihan tulang.

Empat mayat reput itu dipercayai dua rakyat Korea dan dua rakyat tempatan. Pasukan penyelamat memutuskan untuk menggunakan mesin pemecah konkrit dan keluli serta jentolak untuk mengangkut runtuhan konkrit bagi membuka laluan.

16 Disember 1993: Umi Rashidah dan Nur Hamidah dibenarkan keluar daripada HKL.

17 Disember 1993: Jawatankuasa Khas Kabinet bersetuju dengan cadangan penyelamat supaya operasi menyelamat mangsa hidup dihentikan.

18 Disember 1993: Pasukan penyelamat menemui enam lagi mayat termasuk mayat seorang kanak-kanak.

19 Disember 1993: Pasukan penyelamat menemui tiga mayat iaitu satu mayat wanita reput terbenam kira-kira lapan meter di tempat letak kereta jam 7 malam. Mayat kedua, juga wanita ditemui jam 8.30 malam berdekatan mayat pertama manakala mayat ketiga, lelaki jam 10.15 malam.

20 Disember 1993: Setakat ini, 25 mayat termasuk seorang yang memeluk al-Quran ditemui di tingkat 12. Turut ditemui mayat seorang wanita memakai sari dan memeluk seorang kanak-kanak dipercayai anaknya.

21 Disember 1993: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dan polis mengesahkan 48 mayat ditemui daripada runtuhan pangsapuri Highland Towers. Daripada jumlah itu, 37 mayat ditemui sempurna, sembilan bahagian badan dan 10 cebisan anggota iaitu tangan, kaki, kepala serta paha.

22 Disember 1993: Operasi mencari dan menyelamat dihentikan. Dr Nik Ramlan Nik Hassan dilantik menjadi pengerusi Jawatankuasa Teknikal Menyiasat Tragedi Highland Towers.

Kondominium itu dimiliki dan dimajukan oleh Highland Properties Sdn Bhd. menggunakan teknologi pengesan degup jantung dan menebuk lubang 4.5 meter dalam. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan khusus untuk menangani semua masalah berhubung tragedi Pangsapuri Highland Towers.

14 Oktober 1997: Bekas presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Henry Lee Inn Seong, memberitahu Mahkamah Koroner Kuala Lumpur bahawa pelukis pelan pangsapuri Highland Towers yang runtuh tidak mempunyai kelayakan bagi bangunan setinggi 12 tingkat. Beliau menyatakan pelukis pelan itu, Wong Tin Sang, hanya mempunyai kelayakan untuk mendirikan bangunan tidak melebihi 300 meter persegi atau 3,000 kaki persegi atau tidak lebih dua tingkat.

14 November 1997: Koroner Mohd Radhi Abas dari Mahkamah Koroner Kuala Lumpur memutuskan tragedi Highland Towers bukan disebabkan sebarang unsur jenayah dan bencana alam, tetapi adalah satu kejadian nahas dan kecederaan berganda yang menimpa mereka selepas pangsapuri terbabit runtuh.

Saman dikemukakan oleh 73 pemilik blok dua dan tiga pangsapuri Highland Towers dan perbicaraan diadakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk James Foong.

Saman terhadap pemaju dan sembilan lain bagi kerugian yang dialami antara RM31 juta hingga RM35 juta. Kumpulan itu menyaman Highland Properties Sdn Bhd, pelukis pelan Wong Tin Sang, jurutera Wong Yuen Kean, Majlis Perbandaran Ampang (MPAJ), Arab-Malaysian Finance Berhad, Developments Sdn Bhd dan Metroplux Sdn Bhd.

Read more…

Sunday, August 10, 2014

SERIUS - ADAKAH INI GAMBAR JIN BERSOLAT DI ATAS GUNUNG JERAI?

Gambar ini katanya diambil oleh staff TM yang sedang melakukan lawatan ke pencawang di atas Gunung Jerai. Kelihatan sosok 3 manusia berserban sedang bersolat di belakang. Dun dun dun!
Sumber Twitter

Read more…

Video Sedih: Mesej Dari Banduan Akhir Wanita

Memang menusuk kalbu…

Itulah yang dapat dirungkaikan selepas penulis menonton video Banduan Akhir, Mesej Dari Penjara yang ditayangkan oleh program Wanita Hari Ini (WHI), baru-baru ini.

Sofia, yang merupakan banduan akhir bakal menjalani hukuman gantung sampai mati di atas kesalahan membunuh ahli keluarga sendiri.

Kehadiran Sofia di studio WHI ternyata memberikan satu suasana yang suram dan kelam apabila mendengar rintihannya sepanjang menjalani kehidupan di penjara.

Malah, tetamu VIP pada hari itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut terharu ketika melihat Sofia dipertemukan dengan ibu bapanya dan juga anak saudara yang paling rapat dengan dirinya.

Memang sedih..

Tapi, seperti kata Ustaz Abd. Rasyid Ahmad yang turut menjadi tetamu pada hari itu, cara kematian tidak penting, yang penting adalah mati dalam keadaan beriman atau Husnul Khatimah.

Sekurang-kurangnya dengan mengetahui waktu dan tiba hari kematiannya, Sofia mungkin sudah melengkapkan dirinya dengan bekalan untuk dibawa ke akhirat kelak..

Apa-apa pun kita doakan sahaja yang terbaik buat Sofia..-
Sumber mynewshub.my

Read more…