Showing posts with label Info Agama. Show all posts
Showing posts with label Info Agama. Show all posts

Friday, February 13, 2015

[Info] Antara Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Semasa Solat Jumaat !!

 Antara Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Semasa Solat Jumaat

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, manusia tak pernah lari dari kesilapan cuma malang selalu berlaku kesilapan kerana kurang ilmu terutama ketika Solat Jumaat. Nampak remeh tetapi boleh mengurangkan pahala malah silap-silap boleh abis lansung pahala solat Jumaat. Aku sendiri pun tak terlepas daripada kesilapan ketika solat jumaat jadi mari kita azam sungguh-sungguh untuk tidak melakukan kesilapan untuk mendapat redha ALLAH.

Kekadang bukan sahaja anak-anak yang bising ketika solat Jumaat tetapi bapak budak tak kurang lebihnya berbual macam tak ada apa-apa sedang berlaku walaupun khatib sedang berkhutbah. Berikut beberapa kesilapan ketika solat Jumaat yang telah disemak betul oleh Ustaz Noehas semuga menjadi mengajaran untuk kita semua insan lemah.

1. Datang lewat ke masjid. Kata Rasulullah SAW: “Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang shalat), apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah), maka lembaran-lembaran itu ditutup.” (Hasan, Ahmad:21756)

2. Membaca al-Quran atau memasang rakaman bacaan al-Quran dengan kuat. Kata Nabi SAW: “Ketahuilah sesungguhnya kalian semua bermunajat kepada Tuhan. Oleh itu, janganlah sebahagian kalian mengganggu sebahagian yang lainnya, dan janganlah sebahagian mengangkat suara atas yang lainnya dalam membaca al-Quran”, atau baginda berkata “di dalam solat.” (Shahih, Abu Dawud:1332, disahihkah oleh Ibn Abdil Barr)

mimbar masjid Nabi Ibrahim a.s
 Mimbar Masjid Nabi Ibrahim a.s


3. Tidak memenuhkan saf hadapan. Kata Nabi SAW: “Jika kalian atau mereka mengetahui apa yang terdapat dihadapan saf paling hadapan, nescaya akan dilakukan undian. [bagi mendapatkan saf hadapan]” (Shahih, Muslim:439)

4. Bermain tasbih, bersiwak dan lain-lain ketika mendengar khutbah. “Barangsiapa memegang batu kerikil [ketika khutbah], maka dia telah berbuat hal yang sia-sia.” (Shahih, Muslim:857)

5. Tidak melakukan solat tahiyatul masjid apabila tiba ketika imam berkhutbah. Kata Nabi SAW: ” Jika salah seorang daripada kalian tiba (di masjid) pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah solat tersebut.” (Shahih, Muslim:875)

6. Masih melakukan urusan keduniaan apabila azan telah berkumandang. Firman Allah: “Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui ” (Surah al-Jumuah:9)

7. Bercakap ketika khutbah. Rasulullah SAW berkata: “Jika engkau berkata kepada teman engkau “Diam” pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang sia-sia.” (Shahih,al-Bukhari:934, Muslim:851)

8. Bersandar ke dinding dan tidak menghadap khatib. Kata Ibn Mas’ud r.a: “Jika Rasulullah SAW sudah berdiri tegak di atas mimbar, maka kami menghadapkan wajah kami ke arah beliau.” (Hasan, at-Tirmizi:509)


Semuga sedikit perkongsian ini dapat memberi ilmu yang bermanafaat kepada kita untuk mendapat santapan minda setiap hari Jumaat melalui khutbah yang dibaca oleh khatib. Jom azam sama-sama tutup telefon dan jangan layan internet, wassap, facebook dan instagram ketika khutbah kerana talian ALLAH lebih penting dari segala-gala urusan dunia.

source

Read more…

Tanda Orang yang diganggu Saka Dan Cara untuk Menghalaunya !!

Apa khabar semuanya?harap sehat belaka lah.sebenarnya kan,for seriously,memang takde ayat lain ke nak buat untuk intro?Mesti nak tanya apa khabar semua,padahal takde orang pon nak jawab kat ruangan komen "Saya khabar baik dya,awk?".Hari ni aku nak straight to the point lah kot sebab malas nak taip panjang sebab sebenarnya sepatutnya entri ni berjela tapi aku nak pendekkan lah.kalau tak faham boleh tanya.Entri ni diadaptasi dari ceramah ustaz fevret aku forever iaitu Ustaz Kazim Elias.

Kita kena tahu yang terdapat tiga golongan jin.Ha?Tak tahu,takpe sekarang korang kena amek tahu.


# Jin yang berbentuk ular 1.Jin yang berbentuk ular ni memang suka sangat masuk rumah orang.
Masih ingat lagi kes di teluk intan dimana ada ular ketuk pintu nak masuk rumah orang?Pandai betul ular tu siap ketuk pintu nak masuk rumah orang kan,tapi yang tu wallahualam taktaulah nak cakap jin ke tak.Sebab apa aku cakap macam tu?Sebab jin yang berbentuk ular ni takkan ketuk pintu kalau nak masuk rumah.Habis tu dia buat apa dya??jangan neves,bawak bersabar.Sila baca point kedua dibawah.*cewaahh

2.Jin yang berbentuk ular biasanya takkan masuk dimana-mana pintu,sebaliknya tiba-tiba je dia ada dalam rumah kita.

3.Jin yang berbentuk ular,dia tak melingkar macam ular biasa,tapi dia duduk memanjang je All the time,kiranya dia tak belit belit lah macam ular biasa,dan matanya tak akan berkedip,kadang-kadang dia suka sangat duduk dalam almari.

4.Nabi saw cakap kalau nampak ular dalam rumah,jangan bunuh dulu,sebaliknya bagi salam dulu,kadang-kadang dia bukan jin tapi ular betul.Sila baca "salamunalanuhinfilalamin,salamunalasulaimanfilalamin".

5.Kalau tak hafal ayat ni,jangan risau,cakap dalam bahasa melayu pon boleh.Caranya cakap macam ni "Kalau kamu ular betul,aku akan bunuh,kalau kamu jin,baik kamu keluar sekarang"
Biasanya kalau dia adalah jin,dia akan hilang serta merta.

6.Make sure kita tanya dulu tau,sebab kalau kita main bunuh je,nak nak pulak,ular tu adalah jin,habislah kita,jin ni macam yang kita tahu dia ada sifat dendam,so dia akan balas dendam,simple je oke?


#jin dalam bentuk anjing yang berwarna hitam
1.Anjing yang berwarna hitam dan garang tau bukan yang comel,Jangan main tuduh je anjing tu jin,sian depa tau korang main tuduh je.sobsss


#Nabi saw cakap golongan jin yang ketiga iaitu golongan jin yang suka berpindah randah.(Saka)
1.Biasanya ini adalah jenis jin yang diwarisi,ataupun dipanggil saka.

2.Saka ni dia suka sangatlah berjalan-jalan suka sangat terbang dan singgah atas pokok,eh segala tempat yang dia suka lah.

3.Saka macam ni jugak suka terbang dan suka duduk atas bumbung,dia suka singgah-singgah bumbung rumah orang

4.kadang-kadang dia ikut sesiapa jelah yang suka sangat balik rumah waktu maghrib
-Sebab tu bila kita sampai rumah waktu maghrib,untuk elak jin ikut dan masuk,baca ayat kursi 9 kali berhenti dan ludah 3 kali sebelah kiri,insyallah jin tu takkan berani masuk atau dia akan terbakar terus

Oke dah habis dah 3 golongan saka,sekarang ni aku nak kongsikan pulak pasal tanda-tanda orang yang sudah dihidapi saka ataupun sedang cuba diganggu oleh saka,Eh sebelum tu aku nak bagitahu dekat korang yang jin atau saka dia suka sangat pada orang orang yang macamni:

1.orang yang cetek ilmu agamanya,solat tak,puasa tak semuanya taklah,orang yang jenis macam ni peluang untuk dapat saka sangatlah cerah!! so jangan malas-malas nak solat,nak buat ibadah eh

2.anak cucu yang suka melakukan maksiat

3.orang yang mengingkan kehebatan duniawi contohnya nak cantik nak kuat,nak disayangi,nak terkenal.
4.Orang yang kuat pegangan agama pon akan dicuba oleh jin sebab dia nak tengok sejauh mana kekuatan kita menahan dari gangguan dia,kalau kita jatuh ditangan jin,itu adalah salah satu kejayaan besar bagi jin sebab dapat menumpaskan golongan beriman.

Okelah back to main point aku iaitu macam tajuk entri diatas ni,tapi aku akan bahagikan kepada dalam mimpi dan ketiga jaga.Macam mana nak tahu yang kita ni sedang diganggu jin atau saka,atau kita ni sudah ada saka ketika dalam mimpi?Moh baca.

1.mimpi melihat hantu dalam tidur

2.mimpi berada di tempat yang sunyi

3.mimpi berada di kawasan kotor atau perkuburan

4.mimpi jatuh dari temat tinggi

5.berdiri dan berjalan dalam tidur.

6.ketawa dan menangis di dalam tidur.

7.gigi berlaga ketika tidur.

8.mimpi melihat binatang seperti kucing,serigala,unta ular,tikus

9.orang yang mimpi dipatuk ular(kdg2 mimpi pasal saka dah masuk dlm badan)

10.mimpi menakutkan dan seram

11.mimpi buruk,seperti kena tindih

12.mimpi yang menjadikan kita sering terjaga waktu malam dalam keadaan takut

13.susah tidur malam,melainkan setelah bersusah payah

14.mimpi mneyusukan budak,menudukung budak(khas untuk orang wanita)
kalau dapat mimpi tu,kita dokong dan kita timang budak tu tak apa,tapi bahaya bila budak dalam mimpi tu selak baju kita dan dia cuba nak menyusu,kalau jadi macam ni,kita kena cepat-cepat campak budak tu.Kita boleh kawal mimpi kita,itu yang diberitahu oleh Ustaz kazim,apabila kita sudah terjaga,sila ludah 3 kali di belah kiri dan terus beralih dari tempat tidur kita tu,tidur di tempat lain pulak.Kaedah ni boleh digunakan untuk semua mimpi buruk,insyallah mimpi buruk tu takkan beri kesan pada kita.*Kaedahnyeee

15.mimpi melihat salib gereja paderi

16.orang yang selalu merinith iaitu orang yang tidur sambil merintiih menangis.

Tanda-tanda ketika jaga adalah:

1.Terlalu emotional atau pon sensitif,asal gurau sikit je nak terasa,asal cakap sikit je nak nangis.Lempang kanggg!*Teheeee

2.Mudah naik darah atau panas baran,kekadang benda ni bukan orang tu,tapi jin yang mengawal dia.

3.selalu sangat pening,bila pergi dekat doktor,doktor cakap migrain,

4.Selalu lalai dalam ingat pada Allah,rasa malas bila nak solat,kalau tak solat tu rasa macam hepi atau tak rasa apa-apa.

5.mengantuk pada waktu maghrib.Bila maghrib je ngantuk,bila ngantuk je,waktu maghrib.Bila menguap tu sampai terkeluar air mata.

6.Mengantuk pada bukan tempatnya khususnya majlis ilmu,bila dah habis majlis ilmu tak ngantuk pulak dah.

7.Lesu dan malas.

8.Bila dapat kesusahan,mudah sangat panik dan mudah gelabah,masalah sedkit pon dia kelam kabut.

9.Rasa sakit pada satu-satu anggota badan,kadang-kadang sakit pingganga,lepastu sakit sendi pulak.

10.Melihat sesuatu yang pelik,contohnya kita tengah mandi ni,tiba-tiba nampak orang melintas depan kita.

11.selalu didatangi penyakit pelik yang tak dapat diubati,yang tak boleh dikesan oleh doktor,atau yang selalu doktor sebut adalah kanser.
- Kanser ni punca nya dari tiga benda iaitu santau yang tak diubati,santau yang tak boleh diubati atau santau yang lambat diubati dan akan bertukar menjadi kanser.
- kanser boleh datang dari bentuk jin,jadi untuk hilangkan kanser,rajin-rajin bangun solat malam,insyallah kanser akan hilang,tapi kena istiqamah bangun solat malam.Ustaz kazim cerita,ada sorang pesakit ni,dia sakit kanser,Ustaz kazim pesan dekat dia bangun solat malam,alhamdulillah kanser tu hilang.

Sekarang ni jom aku nak bagitahu dekat semua kesan dan akibat ada saka

1.Sukar untuk mendapatkan anak,kadang-kadang tak dapat anak langsung,kadang-kadang jugak,nak bersetubuh suami isteri pon payah bebenau.
Jadi cuba check balik,ada tak kita amalkan jampi nenek moyang kita?contohnya cara nak dapatkan seri wajah,cara nak majukan bisnes dan sebagainya,dan untuk pengetahuan anda,itulah salah satu sebab anda suami isteri susah mendapatkan anak ataupun tak dapat anak langsung.

2.Banyak berlaku perkara pelik dalam hidup.Contohnya mana-mana kita pergi kita akan nampak orang tua terbongkok-bongkok ,ataupun perempuan,ataupun apa-apa benda yang pelik melintas,ataupun berjalan,eh tak kesahlah dia buat apapon,janji kita ternampak.Kenapa kita asyik alami perkara begini?sebab itulah khadam kita,dia nak tunjuk dekat kita yang dia ikut kita mana je kita pergi.

3.Orang yang tak suka bergaul dan hidup bermasyarakat.

4.Sangat sensitif

5.Orang itu akan mengetahui perkara yang orang lain tak tahu.contohnya dia tahu dekat belakang rumah kita ada harta karun,bila kita check,memang ada.

6.cucu suka menangis,atau budak yang kecil lagi tapi nakal,perangai buruk,ganas.Biasanya keturunan yang ada saka atau jin,anak cucunya akan bermasalah.

7. kehidupan yang tak tenteram.
Last sekali aku nak kongsi jugak cara-cara nak kesan orang yang lemas dalam sungai,Ye lah biasanya kan,bila ada orang lemas dalam sungai,polis,bomba orang kampung cari tak jumpa walaupun dah selam dan cari banyak kali.Perkara ni jadi dekat arwah pelajar ustaz kazim elias,Orang kampung dah cari,polis,bombda,you name it!semuanya dah cari dalam sungai tu,tapi tetap tak jumpa,jadi ustaz kazim amalkan perkara di bawah ini.

1.amek 7 biji batu,duduk di tempat
mula-mula budak yang lemas tu terjun

2.batu pertama baca surah al fatihah 7kali

3.batu kedua selawat 7 kali

4.batu ketiga surah alaaraf ayat 3,7 kali

5.batu keempat surah al ikhlas 7 kali

6.batu kelima surah alfalaq 7 kali

7.batu keenam surah alnas 7kali

8.batu ketujuh surah kursi 7 kali

Setiap kali nak melempar batu tu,baca "bismilahiAllahuakbar".Insyallah dengan izin Allah,batu tu akan menepis dan pukul segala gangguan dan benda yang menyembunyikan mayat budak tersebut dan insyallah kita akan jumpa budak yang lemas itu.Ustaz kazim amalkan perkara ini dan tiba-tiba mayat pelajar ustaz kazim timbul di hujung sungai.Subhanallah.besar kan kuasa Allah?
dengan izin Allah org yg hilang akan ditemui.

P/S:Dengan izin Allah,apa pon tidak mustahil.Ingat tu!Bye:D

Read more…

Thursday, February 12, 2015

Apa Tak Cukup Sorang Suami Ke?? Nak Pasang Suami Lagi !!

 https://encrypted-tbn2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRhgqVPryRvqRk4tUUupn_hdNlxbT7rjRSUzhI1qrXDwIAAeA0
 
Apakah hukum seorang isteri berbalas SMS/Whatsapp dan bertukar-tukar gambar dengan suami orang yang juga bekas rakan sekolah, ketika di belakang suami? Jika suami berdekatan, isteri akan berbalas SMS secara sembunyi.

Suami tahu dan melarang isteri berbuat demikian tetapi supaya menyenangkan hati suami, si isteri menyatakan tidak lagi berhubungan sedangkan mereka masih berhubungan.

Lebih teruk, suami orang itu menelefon isteri pada jam 2 pagi di depan suami hingga berlaku pertengkaran.

Isteri menegaskan dirinya tidak berdosa dengan berbalas SMS, malah berkata sayang kepada kawan berbeza dengan sayang terhadap suami.

Boleh Ustaz tolong jelaskan? Untuk makluman, suami orang itu adalah bekas kekasih isteri yang tidak menerima persetujuan daripada keluarga untuk berkahwin.

MUHAMAD OTHMAN

Kuala Lumpur

Tindakan isteri dianggap curang atau derhaka (nusyuz). Anda seharusnya menyelidik dan mendapatkan bukti jelas. Berdasarkan maklumat yang betul, lakukan tindakan dengan hikmah, mendidik dan tegas memberi pengajaran.

Perkara yang dilakukan sangat mengundang fitnah, oleh itu ambil tindakan sewajarnya. Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA: "Aku pernah bertanya baginda: 'Siapakah orang paling berhak ke atas isteri?' "Baginda menjawab: 'Orang paling berhak kepada isteri ialah suaminya...'" (Hadis riwayat Bazar dan al-Hakim)

Juga sabda Rasulullah SAW, bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan dahsyat di dalamnya. Aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita."

Rasullullah SAW ditanya: "Mengapa demikian, ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita meng­kufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa puas hati dan merasa cukup." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Berikan didikan dan pengajaran yang dibenarkan dalam Islam seperti nasihat, meninggalkan tempat tidur dan pukulan yang tidak melukakan atau mencederakan termasuk memaki, mencaci dan mencelanya atau melantik perantaraan yang boleh berbincang mencari penyelesaian yang terbaik.

Read more…

Friday, February 6, 2015

9 Jenis Anak Syaitan yang Anda PATUT Tahu !!!


   Kali ni kami nak berkongsi 9 Nama Anak Syaitan beserta tugasnya manalah tahu ada jugak yang belum tahu macam admin ni kan? Bila kita dah tau, boleh la kita usaha untuk tidak kalah bila digoda atau diganggu oleh mereka. Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan...

1. Zalituun
Duduk di pasar / kedai menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu (membazir)

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/ raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan / kekayaan sehingga terabaikan kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol dan suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat seperti di kelab mlm dan tempat-tempat maksiat.

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan dan dekat manusia yang suka muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan darjat.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, umpatan, kutukan dan apa sahaja perkataan yang tidak baik.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga seperti suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi.

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadah yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.

source

Read more…

Thursday, January 29, 2015

[INFO] Tanda Hidup Tidak Diberkati Allah S.W.T




ANTARA EMPAT TANDA HIDUP TAK BERKAT

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis

.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.


2. Buat kerja, tak siap.


Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.


3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat


Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.


4. Masa habis dengan sia-sia.


Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.



_________________________________________________________________________________

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Read more…

Wednesday, January 28, 2015

[INFO] Kesalahan yang sering Isteri lakukan Terhadap Suami !!!


Antara Kesalahan Isteri Kepada Suami | Kadang kadang kita tidak sedar yang sebagai isteri kita dah banyak melakukan salah dengan si suami, jom baca Antara Kesalahan Isteri Kepada Suami :

Antara Kesalahan Isteri Kepada Suami. 1. Menuntut keluarga yang ideal dan sempurna Sebelum berkahwin, seorang wanita membayangkan perkahwinan yang indah,

Antara Kesalahan Isteri Kepada Suami

1. Menuntut keluarga yang ideal dan sempurna
Sebelum berkahwin, seorang wanita membayangkan perkahwinan yang begitu indah, kehidupan yang sangat romantis sebagaimana ia baca dalam novel maupun ia saksikan dalam sinetron-sinetron.
isteri solehah taat suami mempunyai gambaran yang sangat sesuai dari sebuah perkahwinan.Keletihan yang sangat, cape, masalah kewangan, dan pelbagai permasalahan di dalam sebuah keluarga luput dari gambaran nya.
Ia hanya membayangkan yang indah-indah dan enak-enak dalam sebuah perkahwinan.
Akhirnya, ketika ia harus menghadapi semua itu, ia tidak siap. Ia kurang boleh menerima keadaan, hal ini terjadi berlarutan, ia selalu saja menuntut suaminya agar keluarga yang mereka bina sesuai dengan gambaran yang sesuai yang senantiasa ia impikan sejak muda.
Seorang wanita yang hendak berkahwin, alangkah baiknya jika ia melihat institusi perkahwinan dengan pemahaman yang utuh, tidak sepotong-potong, romantika keluarga beserta permasalahan yang ada di dalamnya.

2. nusyus (tidak taat kepada suami)
Nusyus adalah sikap membangkang, tidak patuh dan tidak taat kepada suami. Wanita yang melakukan nusyus adalah wanita yang melawan suami, melanggar perintahnya, tidak taat kepadanya, dan tidak redha pada kedudukan yang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah tetapkan untuknya.
Nusyus mempunyai beberapa bentuk, antaranya adalah:
  1. Menolak ajakan suami ketika mengajaknya ke tempat tidur, dengan terang-terangan maupun secara samar.
  2. Mengkhianati suami, misalnya dengan menjalin hubungan gelap dengan lelaki lain.
  3. Memasukkan seseorang yang tidak disenangi suami ke dalam rumah
  4. Lalai dalam melayani suami
  5. Membazir dan membazirkan wang pada yang bukan tempatnya
  6. Menyakiti suami dengan tutur kata yang buruk, mencela, dan mengejeknya
  7. Keluar rumah tanpa izin suami
  8. Menyebarkan dan mencela rahsia-rahsia suami.

Seorang isteri solehah akan senantiasa meletakkan ketaatan kepada suami di atas segala-galanya.Tentu saja bukan ketaatan dalam kedurhakaan kepada Allah, kerana tidak ada ketaatan dalam maksiat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ia akan taat pada bila-bila pun, dalam keadaan apapun, senang maupun susah, senang dan susah, suka ataupun duka. Ketaatan isteri seperti ini sangat besar pengaruhnya dalam menumbuhkan cinta dan memelihara kesetiaan suami.

3. Tidak menyukai keluarga suami
Terkadang seorang isteri menginginkan agar seluruh perhatian dan kasih sayang sang suami hanya tercurah pada dirinya. Tak boleh sedikit pun waktu dan perhatian diberikan kepada selainnya. Termasuk juga kepada orang tua suami. Padahal, di satu sisi, suami harus berbakti dan memuliakan orang tuanya, terlebih ibunya.
Salah satu bentuknya adalah cemburu terhadap ibu mertuanya. Ia menganggap ibu mertua sebagai pesaing utama dalam mendapatkan cinta, perhatian, dan kasih sayang suami. Terkadang, sebahagian isteri berani menghina dan mengganggu orang tua suami, bahkan ia tak jarang berusaha merayu suami untuk berbuat durhaka kepada orang tuanya. Terkadang isteri sengaja mencari-cari kesalahan dan kelemahan orang tua dan keluarga suami, atau membesar-besarkan suatu masalah, bahkan tak segan untuk memfitnah keluarga suami.
Ada juga seorang isteri yang menuntut suaminya agar lebih suka keluarga isteri, ia berusaha menjauhkan suami dari keluarganya dengan pelbagai cara.
Ikatan perkahwinan bukan hanya menyatukan dua insan dalam sebuah institusi perkahwinan, namun juga ‘pernikahan antar keluarga’. Kedua orang tua suami adalah orang tua isteri, keluarga suami adalah keluarga isteri, demikian sebaliknya. Menjalin hubungan baik dengan keluarga suami merupakan salah satu keharmonian keluarga. Suami akan merasa tenang dan bahagia jika isterinya mampu meletakkan dirinya dalam kelurga suami. Hal ini akan menambah cinta dan kasih sayang suami.

4. Tidak menjaga penampilan
Terkadang, seorang isteri berhias, berpakaian, dan mengenakan pakaian yang indah hanya apabila ia keluar rumah, ketika hendak membuat perjalanan, menghadiri undangan, ke pejabat, melawat saudara maupun teman-temannya, pergi ke tempat membeli-belah, atau ketika ada acara lain di luar rumah.Keadaan ini sungguh berbalik ketika ia di depan suaminya. Ia tidak peduli dengan tubuhnya yang kotor, cukup hanya mengenakan pakaian seadanya: terkadang kotor, lusuh, dan berbau, rambutnya kusut masai, ia juga hanya mencukupkan dengan aroma dapur yang menyengat.
Jika keadaan ini terus menerus dipelihara oleh isteri, jangan hairan jika suami tidak betah di rumah, ia lebih suka menghabiskan waktunya di luar berbanding di rumah. Semestinya, berhiasnya dia lebih ditujukan kepada suami Janganlah keindahan yang telah dianugerahkan oleh Allah diberikan kepada orang lain, padahal suami nya di rumah lebih berhak untuk itu.

5. Kurang berterima kasih
Tidak jarang, seorang suami tidak mampu memenuhi keinginan sang istri. Apa yang diberikan suami jauh dari apa yang ia harapkan. Ia tidak puas dengan apa yang diberikan suami, walaupun suaminya sudah berusaha secara maksimum untuk memenuhi keperluan keluarga dan keinginan-keinginan isterinya.
Isteri kurang bahkan tidak mempunyai rasa terima kasih kepada suaminya. Ia tidak bersyukur atas karunia Allah yang diberikan kepadanya melalui suaminya. Ia senantiasa merasa sempit dan kekurangan.Sifat qona’ah dan redha terhadap apa yang diberikan Allah kepadanya sangat jauh dari dirinya.
Seorang isteri yang solehah tentunya mampu memahami keterbatasan kemampuan suami. Ia tidak akan membebankan suami dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukan suami. Ia akan berterima kasih dan mensyukuri apa yang telah diberikan suami. Ia bersyukur atas nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya, dengan bersyukur, insya Allah, nikmat Allah akan bertambah.
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”

6. Mengingkari kebaikan suami
“Wanita merupakan majoriti penduduk neraka.”
Demikian disampaikan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam selepas solat gerhana ketika terjadi gerhana matahari.
Ajaib!! wanita sangat dimuliakan di mata Islam, bahkan seorang ibu memperoleh hak untuk dihormati tiga kali lebih besar ketimbang ayah. Sosok yang dimuliakan, namun malah menjadi penghuni majoriti neraka.Bagaimana ini berlaku?
“Kerana kekufuran mereka,” jawab Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam ketika para sabahat bertanya mengapa perkara itu boleh terjadi. Apakah mereka mengingkari Allah?
Bukan, mereka tidak mengingkari Allah, tapi mereka mengingkari suami dan kebaikan-kebaikan yang telah diperbuat suaminya. Andaikata seorang suami berbuat kebaikan sepanjang masa, kemudian seorang isteri melihat sesuatu yang tidak disenanginya dari seorang suami, maka si isteri akan mengatakan bahawa ia tidak melihat kebaikan sedikitpun dari suaminya. Demikian penjelasan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam dalam hadits yang diriwayatkan Bukhari (5197).
Mengingkari suami dan kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan suami!!
Inilah penyebab banyaknya kaum wanita berada di dalam neraka. Mari kita lihat diri setiap kita, kita saling introspeksi, apa dan bagaimana yang telah kita lakukan kepada suami-suami kita?
Jika kita terbebas dari yang demikian, alhamdulillah. Itulah yang kita harapkan. Berita gembira untukmu wahai saudariku.
Namun jika tidak, kita (sering) mengingkari suami, mengingkari kebaikan-kebaikannya, maka berhati-hatilah dengan apa yang telah ditegaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam. Bertaubat, satu-satunya pilihan utuk terhindar dari pedihnya siksa neraka. Selama matahari belum terbit dari barat, atau nafas telah ada di kerongkong, masih ada masa untuk bertaubat. Tapi mengapa mesti nanti? Mengapa mesti menunggu sakaratul maut?
Janganlah engkau katakan besok dan besok wahai saudariku; kejarlah ajalmu, bukankah engkau tidak tahu kapan engkau akan menemui Robb mu?
“Tidaklah seorang isteri yang menyakiti suaminya di dunia, melainkan isterinya (di akhirat kelak): bidadari yang menjadi pasangan suaminya (berkata):” Jangan engkau menyakitinya, kelak kamu dimurkai Allah, seorang suami begimu hanyalah seorang tetamu yang boleh akan berpisah dengan kamu menuju kami. “(HR. At Tirmidzi, hasan)
Wahai saudariku, mari kita lihat, apa yang telah kita lakukan selama ini, jangan pernah bosan dan henti untuk introspeksi diri, jangan sampai apa yang kita lakukan tanpa kita sedari membawa kita kepada neraka, yang kedahsyatannya tentu sudah Engkau ketahui.
Jika suatu saat, muncul sesuatu yang tidak kita sukai dari suami; janganlah kita mengingkari dan melupakan semua kebaikan yang telah suami kita lakukan.
“Maka lihatlah kedudukanmu di sisinya. Sesungguhnya suamimu adalah syurga dan nerakamu. “(HR.Ahmad)

7. Mengungkit-ungkit kebaikan
Setiap orang tentunya mempunyai kebaikan, tak terkecuali seorang isteri. Yang jadi masalah adalah jika seorang isteri menyebut kebaikan-kebaikannya di depan suami dalam rangka mengungkit-ungkit kebaikannya semata.
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima).” [Al Baqarah: 264]
Abu Dzar radhiyallahu ‘Anhu meriwayatkan, bahwasanya Nabi Shallallahu’ Alaihi wa Sallam bersabda, “Ada tiga kelompok manusia di mana Allah tidak akan bercakap dan tak akan memandang mereka pada hari kiamat. Dia tidak mensucikan mereka dan untuk mereka azab yang pedih. ”
Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu berkata, “Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam mengatakannya sebanyak tiga kali.” Lalu Abu Zar bertanya, “Siapakah mereka yang rugi itu, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Orang yang menjulurkan kain sarungnya ke bawah mata kaki ( isbal), orang yang suka mengungkit-ungkit kebaikannya dan orang yang suka bersumpah palsu ketika menjual. “[HR. Muslim]

8. Sibuk di luar rumah
Seorang isteri terkadang mempunyai banyak kesibukan di luar rumah. Kesibukan ini tidak ada salahnya, asalkan mendapat izin suami dan tidak sampai mengabaikan tugas dan tanggung jawabnya.
Jangan sampai aktiviti tersebut melalaikan tanggungjawab nya sebagai seorang isteri. Jangan sampai amanah yang sudah dipikulnya terabai.
Ketika suami pulang dari mencari nafkah, ia mendapati rumah belum beres, pakaian masih terkumpul, hidangan belum siap, anak-anak belum mandi, dan lain sebagainya. Jika hni terjadi terus menerus, boleh jadi suami tidak betah di rumah, ia lebih suka menghabiskan waktunya di luar atau di pejabat.

9. Cemburu buta
Cemburu merupakan tabiat wanita, ia merupakan suatu ekspresi cinta. Dalam batas-batas tertentu, boleh dikatakan wajar bila seorang isteri merasa cemburu dan memendam rasa curiga kepada suami yang jarang berada di rumah. Namun jika rasa cemburu ini berlebihan, melampaui batas, tidak mendasar, dan hanya berasal dari anggapan; maka rasa cemburu ini boleh berubah menjadi cemburu yang tercela.
Cemburu yang disyariatkan adalah cemburunya isteri terhadap suami kerana kemaksiatan yang dilakukannya, sebagai contoh: berzina, mengurangkan hak-hak nya, menzhaliminya, atau lebih mendahulukan isteri lain ketimbang dirinya. Jika terdapat tanda-tanda yang membenarkan hal ini, maka ini adalah cemburu yang terpuji. Jika hanya dugaan belaka tanpa fakta dan bukti, maka ini adalah cemburu yang tercela.
Jika kecurigaan isteri berlebihan, tidak berdasar pada fakta dan bukti, cemburu buta, hal ini tentunya akan mengundang kekesalan dan kejengkelan suami. Ia tidak akan pernah merasa nyaman ketika ada di rumah. Bahkan, tidak menutup kemungkinan, kejengkelannya akan dilampiaskan dengan cara melakukan apa yang disangkakan isteri kepada dirinya.

10. Kurang menjaga perasaan suami
Kepekaan suami maupun istri terhadap perasaan pasangannya sangat diperlukan untuk mengelakkan berlakunya konflik, salah faham, dan tersinggung. Seorang isteri hendaknya senantiasa berhati-hati dalam setiap ucapan dan perbuatannya agar tidak menyakiti perasaan suami, ia mampu menjaga lisannya dari kebiasaan mencaci, berkata keras, dan mengkritik dengan cara memalukan. Isteri selalu berusaha untuk menampakkan wajah yang ramah, menyenangkan, tidak bermuka masam, dan menyejukkan ketika dipandang suaminya.


Demikian beberapa kesalahan-kesalahan isteri yang terkadang dilakukan kepada suami yang seyogyanya kita elakkan agar suami semakin sayang pada setiap isteri. Semoga keluarga kita menjadi keluarga yang sakinah, mawadah, warohmah.

Sumber: Fuh.my 

Read more…

Friday, January 23, 2015

[INFO] 9 Kesalahan Suami

9 Kesalahan Suami Yang Selalu Dipandang Remeh

 


Jom semak 9 kesalahan yang sering dipandang remeh oleh kaum adam terhadap kaum hawa ni.


1. Tidak mengajar agama dan hukum syariat kepada Isteri.

Betapa sukarnya  untuk menemui seorang isteri yang benar-benar solehah. Malah, ia menjadi satu cabaran besar bagi seorang lelaki untuk mencari dan membentuk pasangan menjadi  seorang isteri yang mempunyai sifat yang terpuji dan kriteria pegangan agama yang kuat.
Justeru tidak hairanlah, jika ada di antara isteri masih tidak tahu bagaimanakah untuk menunaikan solat dengan betul, hukum haid dan nifas, melayan suami dan mendidik anak mengikut Islam. 
Padahal, Allah SWT telah berfirman,
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.” (Surah At Tahrim: 6)
Maka sudah sewajarnya seorang suami itu tidak mengabaikan hal ini, kerana mereka akan diminta untuk dipertanggungjawabkan ke atasnya.
Tips mendidik isteri....
  • Hadiahkan buku-buku agama dan lakukan perbincangan bersama.
  • Menghadiahkan cd atau video ceramah, dan meminta isteri untuk membuat kesimpulan.
  • Membawa isteri ke majlis-majlis ilmu.
  • Dorong isteri mendekati Muslimah yang tinggi ilmu agamanya.
  • Membina perpustakaan mini di rumah. 
  • Lakukan solat berjemaah dan tadabbur al-Quran bersama

2. Mencari-cari kekurangan dan kesalahan isteri.

Barang siapa mencari aib saudaranya sendiri, Allah juga akan mencari aibnya.
Maka, hendaklah seorang suami itu bersabar dan menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya, sepertimana sabda Rasulullah s.a.w
Bersikap baiklah kepada para isteri. Kerana mereka tercipta dari tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atas. Jika kamu hendak meluruskannya nescaya kamu akan mematahkannya. Dan jika kamu biarkan maka dia akan tetap bengkok. Maka bersikap baiklah kepada para isteri.” (Muttafaqun’alaih)
Dan ingatlah sabda Rasulullah s.a.w “Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlaknya yang lain.” (Riwayat Muslim)

3. Hukuman tidak sesuai kesalahan.

Ia termasuk di dalam bentuk kezaliman terhadap isteri. Di antara bentuk hukuman yang zalim itu adalah:
- Menggunakan pukulan di tahap awal pemberian hukuman. Padahal Allah SWT telah berfirman, “Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuz-nya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka dan pukullah mereka.”( An Nisa’:34)
- Mengusir isteri dari rumah tanpa ada sebab secara syar’i. Allah SWT berfirman yang ertinya:  “Janganlah kamu keluarkan mereka dari rumah mereka dan janganlah mereka (diizinkan) ke luar kecuali mereka mengerjakan perbuatan keji yang terang .” (Ath Thalaq:1)
- Memukul wajah, mencela dan menghina. Ada seseorang yang datang bertanya kepada Rasulullah, apakah hak isteri ke atas suaminya? Baginda menjawab,  “Dia (suami) memberinya makan jika dia makan, memberinya pakaian jika dia berpakaian, tidak memukul wajah, tidak memburuk-burukkan dan tidak memboikot kecuali di dalam rumah.” (Riwayat Ibnu Majah, disahihkan oleh Al Albani)

4. Kedekut memberi nafkah.
Sesungguhnya kewajiban suami adalah memberi nafkah kepada isteri, sepertimana yang ditetapkan di dalam al-Quran yang bermaksud.
Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara maaruf.”  Al-Baqarah:233
Isteri berhak mendapat nafkah, kerana dia telah menjadi halal untuk disenangi,  dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengatur rumahnya, mengasuh dan mendidik anak-anaknya.

5. Sikap keras, kasar, dan berlembutlah.

Rasulullah s.a.w telah bersabda:  “Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isteri-isterinya.” (Riwayat Tirmidzi, disahihkan al Albani)
Maka hendaknya seorang suami itu berakhlak baik terhadap isterinya, dengan bersikap lembut, dan menjauhi sikap kasar. Di antara bentuk sikap lembut seorang suami itu adalah, bergurau senda, menyuapkannya makan dan memanggilnya dengan panggilan yang mesra.

6. Kesombongan suami membantu isteri.

Ini adalah satu kesalahan yang sering kali dilakukan oleh para suami yang beranggapan diri mereka adalah pemimpin dan wajar ditaati. Bahkan ada di antaranya beranggapan, tugas mereka hanya mencari duit, sementara tanggungjawab di rumah hanya dipikul oleh isteri seorang.
Padahal, Rasulullah s.a.w tidak segan-silu membantu isterinya Aishah di rumah. Seperti mana hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari: “Baginda membantu pekerjaan isterinya. Dan jika datang waktu solat, maka baginda pun keluar untuk solat.” (Riwayat Bukhari)

7. Terburu-buru menceraikan isteri

Wahai suami yang mulia, sesungguhnya hubungan antara engkau dan isterimu adalah hubungan yang kuat lagi suci.  Usahlah menceraikan isterimu tanpa sebab. Sesungguhnya talak itu adalah pedang yang dihunuskan ke leher isterimu. Nasihati dan cubalah untuk berdamai.

8. Berpoligami mengikut nafsu

Allah SWT telah berfirman, “Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja.”  An Nisa: 3
Anda boleh bernikah lagi tetapi, seandainya  anda tidak mampu untuk berlaku adil, lupakan niat itu demi kebahagiaan isteri dan anak-anak.

9. Remehkan aurat isteri.

Inilah antara penyakit yang semakin tersebar di kalangan kaum Muslimin. Mereka membiarkan keindahan dan kecantikan isteri dinikmati oleh orang lain. Serta membiarkan isterinya bergaul dengan mana-mana lelaki dan menampakkan auratnya  ketika keluar dari rumah. Malah, lebih membimbangkan, para suami turut berasa bangga apabila isterinya tampak cantik dan sering dipuji oleh orang ramai.


source : Majalah i / 2012

Read more…

Ciri-Ciri AHli Syurga dan Neraka

Ciri Ciri Ahli Syurga & Ciri Ciri Ahli Neraka

https://tulisantulisansatyo.files.wordpress.com/2013/06/gambar-surga-dan-neraka.jpg
 image source : google

 
Sesungguhnya  ( manusia itu )  atau hambanya  tidak mengetahui siapakah Ahli neraka atau Ahli syurga, kerana itu adalah milik keEsaan Allah s.w.t,  yangg maha mengetahui yang menciptakan makhluknya dimukabumi ini. Segalanya atas kekuasaan Allah swt.,  dan Allah yang punya. Tetapi apa yang dibincangkan disini adalah ciri2 atau  tanda2nya  sahaja, sebagaimana yang terkandung didalam ayat al quran atau sumber dari hadis.  Bukan juga bermaksud mencari siapa dia diantara kita yang ada ciri-ciri  ahli neraka tetapi hanya sebagai muhasabah untuk memperbaiki diri.  



 


Pesanan Rasulullah s.a.w.  


Perbezaan sifat-sifat utama manusia yang berjaya mendapat syurga dan yang celaka mendapat neraka. 

Diriwayatkan dari sumber hadith,  daripada Sufyan bin Wahab al-Khuza’i berkata: "Aku mendengar Nabi s.a.w bersabda : "Adakah tidak memberitahu aku kepada kamu dengan ahli-ahli syurga? Tiap-tiap seorang mereka dhaif ( lemah dengan dunianya ), dan dilemahkan ( oleh amalan dan ibadahnya kerana mencari kesejahteraan akhirat ). 
Seandainya bersumpah mereka kerana Allah s.w.t.,  nescaya memperbaikinya  ( yakni, memperbaiki sumpahnya ). Adakah tidak memberitahu aku kepada kamu dengan ahli-ahli neraka? Tiap-tiap seorang daripada mereka ( bersifat ) sombong,  kasar dan  takbur.’ Hadith at-Termidzi Apakah ciri-ciri atau sifat yang membezakan golongan ahli syurga dengan golongan ahli neraka itu? Rasulullah s.a.w,  menjelaskan, bahwa sifat-sifat ahli  penghuni SYURGA itu ada tiga. 
Golongan pertama : Orang yang lemah yakni, lemah dan dhaif dia di dunia kerana kehidupan serta kedudukannya yang ala qadar sahaja.  Dia tidak dikongkongi oleh dunia dan segala keseronokan dunia yg tidak boleh dijadikannya matlamat hidupnya. Rasulullah s.a.w, bersabda:  "Dunia itu adalah penjara bagi orang beriman, dan syurga bagi orang kafir". 

Maksud  : "Penjara" kerana dia tidak bebas melakukan sekehendak hatinya, ada ugutan dan ada peringatan dalam al-Quran dan as-Sunnah 

Golongan kedua :  Orang yang dilemahkan yakni, sentiasalah dia tidak menonjolkan dirinya dan menguasai orang lain kerana kedudukannya. Lemah dia kerana kewajipan beramal dan beribadah sekuat mampunya mengerjakan amalan dan ibadah sunat,  ketika malam kurang tidurnya,  ketika siang dia berusaha mencari rezki yg tidak dicemari apa jua yg haram atau hampir kpd haram, dsbnya.
Golongan ketiga : Orang yang memperbaiki sumpah atau janji mereka terhadap Allah s.w.t.,  memperbaiki amalan dan ibadahnya,  menepati janjinya,  ada ilmu disampaikannya,  menasihati orang lain, menolong orang lain dsbnya.
Lemah :  kerana sentiasalah merendah diri, tidak menunjuk, dan tidak menyakitkan orang lain, tidak menyusahkan orang lain, dan banyak beramal dan beribadah sehinggakan kelihatan lemah. 

Dilemahkan : Sentiasalah dia terjaga daripada membuat sesuatu yang mendatang kecelakaan kepada dirinya. Apabila berniat atau teringin dia cepat memperbaiki diri supaya hampir kepada Allah s.w.t.,  jauh daripada kemurkaanNya, sentiasa dia memperbaiki amal dan ibadahnya. 
 
 

Rasulullah s.a.w,  memberitahu pula tiga ciri atau sifat utama penghuni ahli NERAKA itu.

Golongan pertama : Orang yang sombong terhadap Allah,  engkar akan Allah , engkarkan RasulNya dan menunjuk-nunjuk dan bangga diri terhadap orang lain, merendah-rendahkan orang lain

Golongan kedua : Orang yang kasar tingkahlaku yakni, selalu menimbulkan mudarat, menyusahkan atau membahayakan orang lain, menganiaya orang lain, kasar perangai semasa bergaul dan berinteraksi dengan orang lain, berdusta, suka memfitnah, mengata, mencaci, sengaja mencari kesilapan orang, mendedahkan keaiban orang dan kasar kata-kata ( kasar bahasa dan percakapannya banyak menyakitkan hati orang lain ).

Golongan ketiga : Orang yang takbur ( menyombong, menunjuk-nunjuk, membesar diri dan membangga diri, suka sgt meremehkan, menjatuhkan air muka orang lain ).
Bersifat "Sombong" kepada Allah,  tidak mahu mengerjakan amalan dan ibadah yang diwajibkan, tidak mahu berdoa,  engkar,  juga apakala diberitahu sesuatu ketetapan yg haq,  dia berdalih atau menolaknya atau mempersoalkannya. 
"Sombong"  kepada Rasulullah s.a.w,  tidak mahu menerima suruhan dan larangan, suka berdalih, mencari jalan menidakkan as-Sunnah atau al-Hadith. "Takbur": mementingkan diri sendiri, tidak ingin menolong orang lain, hidung tinggi, mengira darjat, kedudukan, taraf, suka sgt memperkecil-kecilkan,  merendah-rendahkan orang lain, tidak mau dengar nasihat dari orang yg dia rasa tidak setaraf dgnnya.
 
Setelah tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman kepada malaikat yang menjadi pembawa dan saksi itu.  Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam Neraka Jahanam tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya. 

1.  Yang sering menghalangi jenis kebajikan, yang melanggar hukum agama, lagi yang meragukan kebenaran, 

2.  Yang menyembah benda yang lain bersama-sama Allah; maka humbankanlah oleh kamu berdua akan dia ke dalam azab seksa yang seberat-beratnya.

 3. Semasa dia dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam, dia mendakwa bahawa syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu,   syaitan yang sentiasa menyertainya
di dunia dahulu.   Berkata  :  Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong. 

4.  Allah berfirman: Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu,  tidak ada gunanya berbalah pada masa Aku membuat keputusan ,  padahal kamu sedia mengetahui bahawa Aku dahulu tlh memberi amaran kepada kamu, akan menyeksa orang-orang yang bersalah.

5.  KeputusanKu itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu. 

6.  Peringatkanlah manusia;   Akan hari Kami bertanya kepada Neraka Jahanam: Adakah engkau sudah penuh? Dia menjawab: Adakah lagi sebarang tambahan? 

 


Terdapat lagi Tanda & Ciri Ciri Ahli Syurga  : 

1. Orang yang senantiasa membaca Al-Qur'an.
Wajar jikalau syurga merindukan ahli qur'an ini,  karena sejak didunia lagi mereka sudah dikurniakan  oleh Allah dengan ketenangan batin, kasih sayang-Nya, kecintaannya, kemuliaan dan selalu di ingat oleh-Nya.

2. Menjaga lidah.

Memang lidah tak bertulang tapi ia lebih tajam dari sebilah pedang, kesan dari kejahatan lidah ini akan   mengakibatkan banyak perkara berlaku spt pertelingkahan  antara suami isteri, antara kelompok, bahkan antara dua bangsa. Kesan buruknya,  orang akan menjadi sengsara, akan melenyapkan pahala kebaikan yang telah dibuat seperti api memakan kayu bakar, akan melenyapkan pahala  amalan kebaikan,  jadi hampa dan sia-sia.  Namun bila kita menjaganya, subhanallah, begitu banyak kenikmatan akan kita perolehi, dengan lisan kita berdakwah, dengan lisan kita bertilawah, dengan lisan kita berdo'a.

3. Memberi makan orang yang kelaparan

Sesungguh,  Allah amat berterima kasih dan berjanji akan membalas sekecil apapun kebaikan hambanya kpd hamba yg lain. Bila kita memberi minum kepada saudara kita yang kehausan,  maka Allah akan memberi kita minum pada hari kiamat nanti disaat orang-orang sedang dilanda dahaga, Bila kita memberi makan kepada saudara kita yang sedang kelaparan, nescaya Allah akan memberi kita makan di saat orang-orang kelaparan pada hari akhir nanti, 

Bila kita memberi pakaian kepada saudara kita didunia ini, nescaya Allah akan memberi kita pakaian yang indah disaat orang-orang telanjang pada hari perhitungan nanti, bila kita memudahkan urusan saudara kita yang sedang kesulitan dan dihimpit permasalahan, yakinlah bahwa Allah akan memudahkan urusan kita sejak didunia ini. Pertolongan Allah akan datang kepada seorang hamba manakala seorang  hamba iitu  menolong saudaranya.

4. Orang-orang yang berpuasa di bulan ramadhan

Di bulan yang mulia yang penuh berkah, rahmat, ampunan.  Allah menjanjikan kepada kita akan pembebasan dari panasnya api neraka,  pedihnya azab neraka dan dahsyatnya siksa neraka tetapi bila kita berpuasa, dan menghidupkan malamnya dengan shalat sunat , qiro'at, tahajjud dan munajat serta ibadah apapun dengan hanya mengharap ridho-Nya. Maka bila empat perkara ini kita amalkan, wajarlah bila syurga merindukan kehadiran kita.  Wallahu taala a'lam bisawob.

Sebenarnya banyak tanda2 atau ciri2 ahli syurga dan dan ahli neraka ketika didunia ini,  namun yg sempat disampaikan hanya sekadar termampu oleh penulis, segala yg baik dan sempurna itu milik ALLAH dan yang lemah lagi kurang itu adalah hambanya.  


WASSALAM.

source : Pastikono.blogspot.com

Read more…

Saturday, January 10, 2015

[INFO] Pukau ! Jangan ambil Mudah !




Takut Kena Pukau ? Apa Tanda-Tanda Terkena Pukau ? Bagaimana Nak Elak Kena Pukau ?


PENGAMAL ilmu pukau lazimnya bersekongkol dengan jin, iblis dan syaitan dengan matlamat menggoda dan menguasai seseorang untuk menyempurnakan niat jahat.Kegiatan pukau-memukau berlaku melalui perantaraan jin ke atas mangsanya yang memungkinkan mangsa itu tewas hingga tidak sedarkan diri.


Jin diperintah menguasai pergerakannya, menyebabkan dia tidak berdaya melawan atau bertindak. Kadang kala kesedaran wujud tetapi berada ditahap lumpuh hingga tidak berdaya melakukan apa-apa untuk menghalang niat buruk orang yang memukau.


Mangsa pukau boleh melihat orang luar memasuki rumahnya dan merompak barang-barang berharga tetapi dia tidak berdaya melakukan apa-apa untuk menghalangnya kerana kesedaran serta kekuatannya dikuasai unsur-unsur sihir. Mangsa seperti tergamam, terkaku, tenggelam punca atau kadang kala tidur dengan nyenyaknya kerana akal dan fikiran diresapi makhluk halus.


"Begitulah jahatnya ilmu pukau yang berfungsi melalui amalan sihir. la tidak boleh berlaku tanpa penglibatan makhluk-makhluk halus seperti jin, iblis dan syaitan," kata Dr. Amran Kasimin, pensyarah Jabatan Persuratan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia.Menurut Dr. Amran, yang juga salah seorang perawat kanan di klinik Darussyifa' di Bangi, Selangor, ilmu pukau tidak hanya wujud dalam masyarakat Melayu sahaja sebaliknya diamalkan oleh semua kaum. Ilmu pukau tidak kenal siapa mangsanya.


Sesiapa sahaja boleh terkena pukau kerana kekuatan unsur luar mengatasi kekuatan roh seseorang mangsa.Seorang peguam tiba-tiba mengubah hujahnya kerana rasukan pukau. Seorang ahli politik atau pemidato menjadi gerun dan tergamam sebaik sahaja naik ke pentas untuk berucap.


BAGAIMANA AMALAN PUKAU DILAKUKAN


Menurut Dr. Amran, dalam masyarakat Melayu, amalan pukau dilakukan melalui pancaran dan pandangan mata, sentuhan atau pengerahan roh kepada orang yang dipukau melalui ungkapan jampi mentera.


Pertama, Bersalam merupakan satu tradisi bagi orang-orang Melayu setiap kali bertemu. Amalan itulah yang memberi kesempatan kepada orang yang memukau untuk mengenakan ilmu jahatnya itu.Ketika sedang bersalam, kedua-dua pihak memandang antara satu sama lain.

Apabila mata bertentang mata, pancaran jahat daripada mata orang yang memukau akan menembusi jiwa dan otak mangsa menyebabkan dia terpukau.Akibatnya, mangsa berkeadaan khayal, terkaku dan tidak sedarkan diri. Dia juga tidak berupaya bertindak kecuali menurut segala perintah yang diberikan kerana kekuatan unsur-unsur sihir menguasai dirinya.


Menurut Dr. Amran, kaedah ini kerap digunakan untuk memukau dan memuja seseorang wanita. Akibat pengaruh sihir, wanita itu sekonyong-konyong tergila-gila dan teringat-ingat kepada lelaki berkenaan.


Proses memuja dilakukan semasa wanita berkenaan sedang tidur. Jin akan menjelma dalam mimpi mangsa dengan cara menyerupai lelaki yang memujanya.Sebaik sahaja sedar daripada tidur, mangsa itu seolah-olah ternampak gambaran? lelaki yang memujanya. Melalui amalan sihir, jin bertindak mempengaruhi pemikirannya hingga menyebabkan dia tidak dapat melupakan lelaki itu, lantas menyerah diri kepadanya.


"Fikiran dan ingatan mangsa hanya tertumpu kepada lelaki berkenaan. Siang dia rindu, malam dia rindu dan akhirnya dia pergi ke rumah lelaki berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri," kata Dr. Amran."


Pada waktu itu tiada sebarang nasihat yang berupaya menghalangnya. Keluarga ditinggalkan, saudara mara dilupakan," katanya.


Kedua, Satu lagi kaedah memukau ialah melalui sentuhan sama ada dengan menepuk bahu atau belakang atau berjabat tangan.


Dr. Amran berkata kaedah itu turut melibatkan pancaran jahat daripada mata orang yang memukau kepada mata mangsa ketika mereka memandang satu sama lain sewaktu berjabat tangan atau selepas bahu mangsa ditepuk.Kaedah itu kerap digunakan untuk tujuan jahat, seperti menculik atau mengambil harta mangsa.


Dalam keadaan separuh sedar, mangsa melihat penceroboh memasuki rumahnya dan mencuri barang-barang berharga. Dia akan memberitahu di mana wangnya disimpan dan menanggal serta menyerahkan semua barang berharga jika diminta.


Dalam beberapa kes, mangsa diperintahkan mengikut orang yang memukaunya ke bank dan mengeluarkan sejumlah besar wang daripada akaunnya dan menyerahkan wang itu tanpa sebarang bicara. Mangsa hanya sedar apa yang berlaku setelah orang yang memukaunya pergi jauh.


TANDA-TANDA TERKENA PUKAU


Tanda paling ketara akibat dipukau ialah mangsa-mangsa akan berasa mengantuk yang teramat sangat menyebabkan mereka tertidur dengan nyenyaknya dan tidak menyedari apa yang berlaku di sekeliling mereka.


KAEDAH MENGELAK PUKAU


Pertama, kaedah paling berkesan untuk mengelakkan kesan pukau ialah dengan meminta perlindungan Allah yang merupakan pencipta semua makhluk termasuk jin, iblis dan syaitan.

"Berdoa dan membaca ayat Kursi setiap kali selepas sembahyang lima waktu merupakan sebaik-baiknya amalan untuk menghindarkan segala kemungkaran dan perlindungan Allah memelihara keselamatan diri, harta benda serta rumah kita," kata Dr. Amran.


Kedua, kekuatan roh merupakan satu lagi kaedah untuk mengelakkan daripada terkena pukau. Satu cara untuk menguatkan roh ialah dengan melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang ditegah.


Ketiga, selain daripada perkara-perkara wajib, amalan-amalan sunat seperti sembahyang tahajud, sembahyang tasbih dan sembahyang taubat pada waktu malam, berzikir, berwirid, berselawat dan sebagainya patut dilakukan secara terus-menerus dalam usaha bertaqarub atau menghambakan diri kepada Tuhan.


"Melalui amalan-amalan itu, Allah akan sentiasa menyayangi diri kita dan memberi kekuatan kepada diri kita. la memberi ketenangan jiwa dan mengelakkan berbagai-bagai penyakit, termasuk sopak dan penyakit gila," kata Dr. Amran.

Keempat, menurut beliau, orang yang dikasihi Allah akan dikurniakan sifat qaramah atau kemuliaan. Setiap permohonannya diperkenankan dan dirinya akan sentiasa terpelihara daripada kejahatan manusia dan gangguan syaitan.Beliau menegaskan bahawa cara terbaik untuk merawat seseorang yang terkena pukau ialah dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran, bukannya berubat dengan orang-orang yang melibatkan diri dengan sihir.

"Setiap penyakit yang melibatkan sihir, lawannya ialah ayat-ayat suci," tegas Dr. Amran.


Kelima, mangsa yang dipukau bagaimanapun boleh mengubati dirinya sendiri, jika berupaya, dengan cara menguatkan rohnya. Jika tidak berupaya, seperti tidak sedarkan diri, lupa atau tidak tahu membaca Quran atau didatangi haid bagi perempuan, mangsa boleh meminta pertolongan daripada orang lain untuk merawatnya."Berubatlah dengan orang yang beriman yang menggunakan kalimah-kalimah Allah sebagai penawar, bukan dengan mereka yang bersubahat dengan ibiis dan syaitan," tegas Dr. Amran.


Source : Rosminadam

Read more…

Friday, January 9, 2015

[KISAH BENAR] 20 CARA BAGAIMANA LELAKI TUA 70an INI MENJADI KAYA !!!


[KISAH BENAR] 20 CARA BAGAIMANA LELAKI TUA 70an INI MENJADI KAYA



Cerita ini asalnya dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Dato’ Roslan Ab Hamid. Dan ia mendapat perhatian ramai dengan menerima jumlah like dan komen yang tinggi. Cerita ini memberi inspirasi kepada orang ramai bagaimana mahu hidup dengan lebih bermakna di atas muka bumi ini. Kami kongsikan kisah Lelaki Tuan Berkain Pelikat ini di bawah. Enjoy!



****
Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid.
Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid.
Rumah agam besar dan menarik.

Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan RM35juta. Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. Belanja RM20,000. RM50,000 sedekah dan infaq.
Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.

Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu.

Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?
#1 – Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.

#2 – Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.

#3 – Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

#4 – Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,
“Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.” 
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.

#5 – Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.Kata lelaki tua ini lagi:

#6 – Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..

#7 – Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.

#8 – Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.Tenung mata dan baca “ayat ayat pengasih”. Hehehe. (Nota tambahan: Surah Yusuf: Ayat 4)

#9 – Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.
#10 – Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna.Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.

#11 – Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.
(Kedai mula mula di mulut sahaja.) Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong.sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.

#12 – Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri yang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.

#13 – Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar.Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu. Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.
***
(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, “baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20″. Saya buat contengan kata dia dalam kepala)
***

#14 – Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap.Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.

#15 – Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya “Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , “Dengan senyap senyap tapi cantik”. Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, “Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun”. Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.

#16 – Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.

Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.
Bacalah surah ar Rahman ayat 46, “Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga”

#17 – Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.

Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.

#18 – Anak… Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.

Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, “Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu”. Cuba anak check siapa perawinya. (nota: Hadis riwayat at Tirmizi)

#19 – Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,
“Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula”

Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.

#20 – Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya’. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja

Read more…