Biasanya orang akan minum ubat tahan sakit ketika sakit kepala menyerang. Tapi kini ada penyelesaian yang lebih menyenangkan untuk menghilangkan sakit kepala iaitu dengan melakukan hubungan seks.
Para ahli mengatakan hubungan seks yang baik boleh memberikan manfaat bagi kesihatan, seperti kelihatan lebih muda, mengelak dari sakit jantung, mengurangkan risiko diabetes, meningkatkan ikatan dengan pasangan serta menghilangkan sakit kepala.
Hal ini kerana ketika seseorang mencapai orgasme maka tubuh menghasilkan ubat penghilang rasa sakit alami seperti oksitosin dan endorfin, serta bahan kimia serotonin yang boleh mengurangkan stres, seperti dikutip dari News.com.au (17/11/2011).
Endorfin merupakan bahan kimia seperti opiat yang dikeluarkan oleh tubuh. Endorfin ini berkaitan dengan perasaan seperti perasaan positif dan bahagia, dan menyimpan mesej untuk mengurangkan rasa sakit ke otak.
0 comments:
Post a Comment