Tuesday, September 30, 2014

Izara Aishah Terkejut Bila Hari Lahirnya Dirai Awa

izara aishah terkejut bila hari lahirnya dirai awal

KUALA LUMPUR, 29 SEPT 2014: Pelakon cantik manis, Izara Aishah terkejut gembira apabila kemunculannya ketika majlis pelancaran produk terbaru jenama kosmetik Shiseido di pusat beli-belah Pavilion pada hujung minggu lalu berakhir dengan kegembiraan tak terduga.
Disaksikan puluhan peminatnya, pihak Shiseido telah meraikan ulang tahun hari lahir ke-22 pelakon berkenaan dengan menghadiahkan sebiji kek tiga tingkat bewarna merah benderang bersama iringan nyanyian lagu Happy Birthday’ daripada peminat-peminatnya.

Pastinya sesuatu yang tidak terduga buat jurucakap Shiseido Ultimune itu lebih-lebih lagi apabila ulang tahun hari lahirnya itu diraikan sehari awal daripada sepatutnya.

Izara Aishah dalam ucapan ringkasnya rasa amat terharu dengan kejutan berkenaan terutama sekali apabila dapat meraikan bersama-sama peminat tersayang.

Dia yang cukup jelita dengan persalinan sendat merah menyala dan solekan seksi daripada Shiseido telah meniup lilin hari ulang tahunnya itu bersama niat murni untuk terus maju dalam bidang seni hiburan tanah air.

Dalam usianya yang masih muda, perjalan seni Izara Aishah masih jauh dan kerana kecantikan yang dimilikinya itu pihak Shiseido telah berbesar hati untuk mengambilnya sebagai duta jenama kosmetik dari Jepun berkenaan.

Bukan sahaja kek kejutan, Izara Aishah turut diberikan hadiah istimewa daripada pihak Shiseido berupa set penjagaan wajah daripada jenama berkenaan dan kuntuman bunga indah memikat hati.

Pada sambutan ulang tahunnya itu juga, Izara Aishah sempat memberi kerjasama untuk rakaman segmen Stailista yang akan ditayangkan menerusi program hlive! hanya di Astro Ria tidak lama lagi.

0 comments:

Post a Comment