PEMAIN Malaysia, Tengku Ahmad Tajuddin (kanan) cuba melepasi halangan dua pemain Korea Selatan pada perlawanan peringkat kumpulan di Stadium Hoki Seonhak, Incheon, 25 September lalu. - Foto Rosli Rahmat
KUALA LUMPUR: Skuad hoki negara pernah menewaskan Pakistan dua kali di pentas Sukan Asia - kebetulan pula ia berlaku di bumi Korea Selatan.
Mungkinkah elemen tuah sekali lagi akan memihak pemain negara untuk menumbangkan juara bertahan itu dalam aksi separuh akhir, esok untuk mengintai tiket ke final.
Pada Sukan Asia 2002 di Busan, skuad negara menewaskan Pakistan dalam penentuan pingat gangsa dan pada edisi 1986 di Seoul kita menang 2-1 dalam saingan peringkat kumpulan.
0 comments:
Post a Comment