NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-69 'panas' selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu nekad membidas tuduhan Palestin terhadap negaranya berhubung serangan 50 hari di Gaza Jun dan Julai lalu.
Sejurus tiba di New York semalam, Netanyahu membangkitkan usul itu yang dikatakan pembohongan terbesar Presiden Palestin Mahmoud Abas terhadap dunia.
Jumaat lalu, Mahmoud menuduh Israel melakukan jenayah pembunuhan hingga meragut lebih 2,000 rakyat Palestin yang kebanyakannya orang awam termasuk kanak-kanak.
"Beliau pembohong. Saya akan bentangkan tentang keberanian Pasukan Pertahanan Israel yang dianggap sebagai tentera paling bermoral di dunia," katanya dipetik Al Arabiya.
Sementara itu, Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman menyifatkan tuduhan terbabit sebagai keganasan diplomatik dan punca kegagalan semua perjanjian diplomatik yang sepatutnya lancar.
Perhimpunan kali ini dijangka hangat selepas hampir kesemua negara anggota PBB menyelar Israel kerana melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

0 comments:
Post a Comment