KULIM - Hasrat seorang wanita berusia 22 tahun untuk balik ke rumahnya di sebuah taman perumahan di sini, tidak kesampaian apabila maut selepas terlibat kemalangan di jalan Bukit Kukus kira-kira jam 8 malam, kelmarin.
Dalam kejadian itu, treler yang datang dari arah Sungai Limau menghala ke Lembah Impiana melalui jalan Bukit Kukus melanggar mangsa yang pada masa itu berada di belakangnya dari arah sama.
Menurut sumber polis, dari siasatan awal mendapati mangsa dipercayai cuba memotong treler di hadapannya dengan mengikut lorong sebelah kiri bagaimanapun tergelincir ke dalam lopak air akibat hujan.
"Mangsa kemudiannya terjatuh di tengah bahagian badan treler sebelum digilis dan mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala maut di tempat kejadian.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana mengakibatkan kemalangan maut," katanya.
Sementara itu, pemandu treler berusia 41 tahun berkata, ketika kejadian, lorinya sedang berhenti kerana kesesakan jalan raya.
Katanya, sebaik sahaja kereta di hadapannya bergerak, dia terus memandu perlahan-lahan.
"Saya menjadi pemandu treler sejak 20 tahun lalu dan inilah kali pertama saya berhadapan dengan keadaan seperti ini. Ketika kejadian, saya tidak tahu apa yang berlaku di bahagian belakang treler.
"Saya hanya menyedari kemalangan apabila pengguna jalan raya lain membunyikan hon dan memaklumkan lori saya menggilis mangsa. Saya turun dari lori dan pergi ke arah mangsa," katanya.
Menurutnya, dia melihat motosikal mangsa rosak dan dikatakan mangsa cuba memotong di sebelah kiri ketika treler berhenti bagaimanapun terbabas ke dalam lopak dan jatuh ke jalan raya.

0 comments:
Post a Comment