Tuesday, September 30, 2014

Vanidah Imran Jawab Khabar Angin Akan Berpisah, Kini Tinggal Berasingan?

vanidah imran jawab khabar angin akan berpisah kini tinggal berasingan

Sumber oleh Harian Metro

KL, 26 SEPTEMBER 2014: Tiada desas desus melibatkan pelakon jelita, Vanidah Imran yang dikatakan kini sedang berdepan dengan kemelut rumahtangga yang dibinanya bersama Rashidi Ishak, malah Murai Batu tengok pasangan ini okay sahaja masa terakhir sekali bertemu mereka berdua tak lama dulu.

Tup tup hari ini terbaca pula cerita mengatakan pasangan ini telah tinggal berasingan. Betul ke cerita ini? Tetapi itulah yang Murai Batu terbaca hari ini dalam Harian Metro yang menyiarkan perkhabaran yang pastinya akan menggoncang industri hiburan tempatan kita ini.

Berita ini disiarkan setelah akhbar tersebut mendapatkan komen Vanidah sendiri setelah ada individu yang mendakwa hubungan pasangan itu kini berada dalam waktu yang sukar sekali. Murai Batu harap ia tidak benar kerana Vanida dan Rashidi antara pasangan selebriti yang bahagia dan kesederhanaan mereka banyak dipuji peminat.

Vanidah yang khabarnya dihubungi semalam berkata, dia menyarankan agar mana-mana pihak yang menimbulkan dakwaan itu merujuk dan mendapatkan bukti daripada mahkamah terlebih dahulu.

“Pergi semak (di mahkamah) kalau betul ada fail di sana ya,” kata pelakon Vanidah Imran ketika diajukan pertanyaan mengenai ura-ura terbaru mengatakan dia dan suami, pelakon dan penyanyi Rashidi Ishak bakal bercerai.

Katanya, dalam hal itu dia tidak perlu menyembunyikan status perkahwinan jika perceraian antara mereka benar-benar akan berlaku seperti didakwa.

“Saya tak ada apa nak sorok (jika benar bercerai). Tapi kami tak perlu dedahkan kehidupan kami kepada masyarakat. Kami senang dengan ruang privasi kami,” katanya menerusi aplikasi mesej WhatsApp kepada Harian Metro, petang semalam.

Gosip mengenai krisis rumah tangga pasangan ini bukan pertama kali Murai Batu dengar tetapi pernah diperkatakan apabila pada Januari 2011 mereka dilihat hadir ke Mahkmah Rendah Syariah untuk menyelasaikan krisis tersebut.

Ada juga Murai Batu dengar pergolakan rumahtangga mereka tercetus sejak isu babak lafaz cerai membabitkan Vanidah dan Rashidi dalam filem Untuk Tiga Hari (2012). Berikutan babak daripada filem arahan Afdlin Shauki itu, timbul pandangan daripada ulama menyarankan pasangan berkenaan memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam mengenai lafaz cerai yang diungkapkan itu.

Tetapi ketika itu semua telah selesai kalau tak silap Murai Batu. Entahlah, kalau iya atau tidak diharap pasangan ini tampil kedepan menjawab segala khabar yang tidak baik. Kalau disimpan lama-lama nanti sendiri pula makan hati, setidaknya aka nada orang yang mendoakan kesejahteraan kita, tak gitu? Oops!

MURAI BATU: Apa cerita bakal permaisuri, bilakah langsungnya perkahwinan gemilang itu?

0 comments:

Post a Comment