Tuesday, September 30, 2014
- In: Info Artis
- Posted By: Anonymous
- Comments: No comments
Shila Amzah Jangan Biadap, Usah Campur Urusan Orang Tua!
KL, 30 SEPT 2014: Dari sehari ke sehari, Murai Batu ni ringan mulut sangat nak menegur sikap penyanyi Shila Amzah yang kini namanya terlalu gah dan besar di China sekarang ini serta sudah cukup sukses menempa pelbagai kejayaan di negara republik tersebut.
Tapi, hasrat Murai Batu terbantut masa tu, lebih-lebih lagi melihat betapa angkuh dan bongkaknya bapa Shila Amzah dengan kenyataan-kenyataan yang melampau serta dalam waktu yang sama memberikan kenyataan yang berbelit-belit agar kesilapan mereka dapat ditutup dengan isu mereka difitnah media Melayu.
Tidak apa. Teruskanlah wahai Encik ND Lala. Semoga anda bahagia menggunakan sosial media untuk membantai pihak media Melayu di sini. Dan, jangan sesekali terlupa bahawa anda semua yang lebih dulu memulakan perang di sosial media ni. Bak kata, Tun M, jangan jadi Melayu Mudah Lupa ya, Encik ND Lala. So, jangan nak tuduh media Melayu yang serang anda semua dulu di media sosial.
Lagipun, kalaulah Shila Amzah tidak repost posting instagram Shila_Photography yang membuat tuduhan kononnya media Melayu memboikot Shila Amzah kerana tidak hadir di konsert itu sedangkan memang TIADA undangan diterima (tolong jangan dolak-dalik), takkan tercetus segala permasalahan ini.
Apapun, berbalik pasal isu Shila Amzah ni tadi, hasrat Murai Batu yang pada asalnya terbantut tadi, terpaksa Murai Batu laksanakan semula selepas mendapat banyak komen-komen daripada orang-orang di dalam industri sendiri.
Adalah dorang cakap kat Murai Batu, isu hutang ni melibatkan Den Wahab dengan bapa dia. Apasal dia (Shila Amzah) pulak dia yang sibuk-sibuk? Ini hal orang-orang tua, so biarlah orang tua-tua yang setelkan. Yang dia pun nak sound Den Wahab apahal? Dah nak mula nak ikut perangai macam bapa dia ke? Cukup-cukuplah...
Lagi satu, dia dah lupa waktu kecik-kecik dulu, dia selalu bertandang serta menghabiskan waktu di rumah Den Wahab serta isterinya itu. Dia dah lupa ke siapa yang selalu kasi dia makan kat rumah Den Wahab dan isteri itu, kalau bukan tuan empunya rumah sendiri? Dah lupa ke?
"Kalau tak mengaku jugak, memang spesis kacang lupakan kulit betullah," ngomel seorang selebriti senior yang amat Murai Batu hormati.
Kata selebriti tu, dia geram sungguh membaca posting Instagram Shila Amzah tentang Den Wahab yang semua orang tahu cukup dihormati sesiapa pun di dalam industri hiburan tanah air ini.
Kalau ya pun nak menyebelahi sangat bapa dia yang memang betul berhutang dengan Den Wahab sebanyak RM15,000 itu, sekurang-kurangnya ingatlah sikit jasa Den Wahab suami isteri pada dia (Shila Amzah) pada waktu itu.
Tak payah nak biadap sangatlah keluarkan kenyataan di sosial media dengan menyindir-nyindir Den Wahab macam tu pulak. Bukan Den Wahab tu tak cari bapa awak, dah bapa awak tu yang selalu lari-lari. Apa kes?
Hmmm... Murai Batu tak tahu nak cakap apa lagi. Lepas ni, Murai Batu redalah kalau ND Lala nak serang Murai Batu pulak lepas nih. Tapi, satu saja yang Murai Batu pesan...Langit tak selamanya cerah! Ada masanya ia akan dilitupi awan mendung. Hujan atau bah, itu semua kuasa Allah!
0 comments:
Post a Comment