Tuesday, September 30, 2014

Lapor jika ada video langgar syarat

 
  •  Salah satu kaedah menceroboh ATM yang tersebar melalui laman YouTube.
1 / 1
SHAH ALAM -  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihati orang ramai terutama pengguna media sosial supaya membuat aduan kepada YouTube, apabila mendapati video yang melanggar syarat dan terma.

Ketua Komunikasi Strategiknya, Sheikh Raffie Abd Rahman berkata, pihaknya juga membuat laporan kepada YouTube jika mendapati ada video yang melanggar syarat.

“Pihak YouTube akan menyemak aduan dan mengeluarkan video berkenaan daripada, orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan jangan sebar video berkenaan,” katanya ketika diminta mengulas berhubung video yang mengajar cara-cara menggodam mesin pengeluaran wang tunai (ATM).

Sementara itu tinjauan Sinar Harian di laman  YouTube mendapati banyak kaedah menggodam ATM telah dimuat naik.

Hampir kesemua rakaman menunjukkan ATM boleh digodam dengan pelbagai cara dan boleh mengeluarkan wang secara tidak sah.

0 comments:

Post a Comment