Tuesday, September 30, 2014

Hanez Suraya Bawa Diri Ke Pulau Rahsia?

hanez suraya bawa diri ke pulau rahsia

KL, 29 SEPT 2014: Murai Batu tak tahu lah apa sebenarnya status pelakon, Hanez Suraya dengan pasangannya Romzie. Yelah satu ketika dulu katanya mereka sudah putus tetapi kekasihnya tidak dapat menerima kenyataan dan masih lagi mahu memujuk Hanez.

Namun, baru beberapa minggu lalu rakan Murai Batu beritahu mereka sebenarnya masih bersama kerana profile picture Hanez di dalam aplikasi WhatsApp adalah gambar mereka mesra bersama.

Tapi baru-baru ini Murai Batu perhati Instagram miliknya, Hanez ada ke suatu pulau dan dinamakan pulau itu sebagai Secret Island (Pulau Rahsia) dan Hanez turut menggunakan lambang smiley offline iaitu maknanya tidak mahu diganggu dari sebarang panggilan.



Malah nampaknya Hanez pergi tanpa ditemani kekasihnya seperti sebelum ini. Yelah kalau tak silap sebelum ini dia ke Phuket pun bersama Romzie.



Nampak seperti kali ini dia keseorangan tapi Murai Batu pasti dia pergi bersama rakan atau teman wanita kerana ada sekeping foto di Instagram miliknya dia memuat naik gambarnya sedang snorkeling dengan seorang teman sambil bermain ikan-ikan yang sedang berenang.



Tapi menerusi foto-fotonya dai seolah-olah ke sana untuk menenangkan diri sambil menikmati keindahan alam. Adakah dia sengaja membawa diri ke sana? Jika tidak mengapa dia tidak mahu diganggu? Adakah hubungan Hanez dan Romzie kembali retrai Batu pun tak pasti kerana hanya Hanez sahaja ada jawapannya.

0 comments:

Post a Comment