ANKARA - TURKI. Turki bersedia berada di barisan hadapan untuk bertempur dengan kumpulan Negara Islam (IS) dalam operasi perikatan anti-ISIL di Syria.
Akhbar Hurriyet melaporkan, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan sudah memberikan lampu hijau untuk melakukan operasi yang melibatkan serangan darat dan udara secara bersepadu.
"Turki bersedia mengerakkan semua aset ketenteraan dalam operasi ini. Kami sudah mengisytiharkan zon larangan terbang di kawasan sempadan bagi memastikan keselamatan ribuan pelarian terjamin," katanya.
Menurutnya, operasi udara tidak cukup untuk menyekat kemaraan tentera IS dan gempuran darat adalah strategik perang terbaik dalam kempen ini.
"Amerika Syarikat (AS) sudah melakukan tindakan wajar dengan memulakan serangan udara di Syria dan Iraq bagi menyelamatkan masa depan Kurdistan di Iraq. Kini, giliran Turki akan meneruskan usaha itu dengan mengambil beberapa tindakan yang difikirkan sesuai dan rasional," katanya dipetik AFP.
Sementara itu, kumpulan sayap Al-Qaeda di Syria, Al-Nusra Front mengancam untuk melakukan serangan balas terhadap negara yang mengambil bahagian dalam serangan udara itu sekali gus menyifatkannya sebagai perang dengan Islam.
Jurucakap kumpulan itu, Abu Firas al-Suri turut melabelkan pertempuran terbabit sebagai 'perang jihad'.
Minggu lalu, AS disokong sekutu Arab iaitu Bahrain, Jordan, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu termasuk beberapa negara Eropah bersetuju bergabung dalam menjayakan operasi ini.
Tujuh serangan disasarkan di Syria termasuk di pintu sempadan Turki, iaitu bandar Ain al-Arab yang juga dikenali sebagai Kobane.

0 comments:
Post a Comment