Thursday, September 25, 2014

 AZIZILHASNI KESAL KEPUTUSAN BERAT SEBELAH

 


INCHEON: Keputusan kontroversi oleh komisar perlumbaan sudah meragut peluang jaguh trek negara Azizulhasni Awang merangkul pingat dalam acara keirin individu pada temasya Sukan Asia ke-17 di sini, hari ini.
Selepas menamatkan perlumbaan di tempat kedua berdasarkan 'photo-finish', kedudukan Azizulhasni dibatalkan oleh komisar perlumbaan selepas pelumba negara itu dikatakan menghalang pelumba Jepun, Kazunari Watanabe ketika melakukan pecutan.
Berikutan keputusan itu, Azizulhasni - juara bertahan dalam acara itu - diturunkan ke tangga tercorot.
Kesal dengan kontroversi itu, Azizulhasni berkata semasa melihat kembali rakaman video, komisar berkata pelumba Jepun itu melakukan kesalahan pertama dan beliau melakukan kesalahan kedua semasa separuh jalan ke garisan penamat..
"Apabila menghubungi ketua komisar, sama ada ambil kira keputusan di garisan penamat atau kedua-dua diturunkan. Tapi bila tunggu lama, tiba-tiba hanya saya sahaja dibatalkan...sepatutnya Watanabe juga kena.
"Tapi saya terima juga keputusan ini sebab sekurang-kurangnya Josiah Ng dapat gangsa. Tapi saya sedih sebab keputusan berat sebelah," kata pelumba berusia 26 tahun itu.
Acara itu dimenangi pelumba Iran, Mohammad Daneshvarkhourram manakala Watanabe, yang menduduki tempat ketiga sebelum ini, meraih perak. - BERNAMA

Insiden kontroversi pelumba negara, Azizulhasni Awang (kiri) yang didakwa mengesel pelumba dari Jepun Kazunari Watanabe ketika final acara Keirin di Velodrome Incheon. - Foto Yazit Razali

0 comments:

Post a Comment