Tuesday, November 18, 2014
- In: Info Dalam Negara
- Posted By: Anonymous
- Comments: No comments
Air Spritzer diragui kesuciannya
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kesihatan adalah aset paling penting dalam kehidupan tetapi ramai yang tidak memberi perhatian. Bila sudah sakit barulah kenal erti sihat yang selama ini dibiarkan bagai tidak ada nilai. Untuk menjaga kesihatan kita wajib minum 8 gelas air kosong sehari tetapi berapa ramai yang ambil kisah dengan jumlah air yang diminum. Tidak ramai yang tahu dengan segelas air kosong boleh menyembuhkan penyakit apatah lagi kalau diamalkan 8 gelas sehari pasti sangat bagus untuk kesihatan.
Cerita kisah air mineral ini aku tertarik dengan jemputan daripada syarikat Spritzer kerana dah lama sangat dengar isu tentang air minuman Spritzer yang dikatakan “air mineral mayat” kerana lokasi kilangnya yang berdekatan dengan jirat cina (kubur cina). Cerita dah tersebar luas melalui khabar angin dan desas desus di sosial media antaranya Facebook, Twitter, SMS dan sebagainya. Tapi tak ada bukti kukuh setakat ni yang mengatakan air minuman Spritzer mengandungi mineral mayat.
Baru-baru ni team Denaihati Network join sekaki trip lawatan ke kilang Spritzer yang terletak di Air Kuning, Taiping, Perak bersama beberapa orang rakan blogger. Dengan peluang yang diberi tu boleh pergi tengok sendiri keadaan kilang Spritzer dan dapatkan info sebenar berkaitan isu sumber air yang dikatakan.
Kilang Spritzer ni boleh tahan juga besarnya. Kawasan kilang dikelilingi hutan tropika di tanah seluas 330 ekar (bersamaan luas 330 padang bola sepak). Masa kami pergi hari tu pihak Spritzer bawa kami tengok sendiri dari mana punca air yang menjadi sumber air minuman Spritzer. Lokasinya di atas bukit dan sumber air yang digunakan adalah air bawah tanah.
Air bawah tanah tu disalurkan ke kilang melalui paip khas yang dari sumber air bawah tanah sedalam lebih 400 kaki di bawah tanah. Paip tu ditempatkan dalam sebuah rumah pam dan dijaga dengan baik. Jumlah rumah pam untuk penyaluran air bawah tanah ada 9 buah dan terletak di 9 lokasi berbeza di atas bukit. Dari atas bukit tu boleh nampak kawasan empangan Lembaga Air Perak (LAP).
Ada juga terdengar cerita air keluaran Spritzer menggunakan air dari empangan LAP. Pihak Spritzer beritahu mereka tak gunakan air dari empangan LAP tu sebab Spritzer hanya menggunakan air dari rumah pam mereka iaitu air yang disedut dari bawah tanah. Air bawah tanah yang diproses menjadi air minuman Spritzer kaya dengan kandungan Asid Ortosilisik (OSA).
Mengikut kajian yang dibuat, OSA mampu mengurangkan kandungan aluminium dalam badan yang menjadi punca kepada penyakit alzheimer (kurang daya ingatan). Selain dari tu, OSA juga dapat bantu mengekalkan kesihatan dan keremajaan kulit.
Tentang isu “air mineral mayat” tu kami dah pun tengok sendiri jirat cina yang dikatakan dekat dengan kilang Spritzer. Betul, memang dekat. Tapi tak lah dekat sangat. Jarak antara kilang dan jirat cina tu lebih kurang 5 kilometer. Dekat ke jauh? Kita pun kena faham cara orang Cina kebumi mayat tak sama dengan cara orang Islam, biasanya di jirat yang dikebumikan hanya abu mayat yang telah dibakar di tempat lain.
Rasanya tak perlu timbul isu tentang ni sebab yang dekat dengan jirat cina tu hanya kilangnya, tapi sumber airnya jauh di atas bukit dan memang jauh dari lokasi jirat cina. Boleh tengok sendiri lokasi kilang Spritzer, sumber air Spritzer dan lokasi jirat cina dalam peta di bawah. Peta diambil dari Google Map (Kredit kepada HafizRahim.com)
Terpulang pada diri masing-masing sama ada nak percaya ataupun tidak. Rasanya pihak berkaitan mesti dah fikir sebaik-baiknya tentang lokasi kilang, lokasi empangan dan lain-lain sebelum ianya mula beroperasi. Takkan lah mereka nak bagi kita minum air mayat.
Gambar di bawah ni menunjukkan lokasi sumber air Spritzer yang terletak di atas bukit. Memang sangat jauh dari lokasi jirat cina.
Kami juga dibawa meninjau kawasan dalam kilang Spritzer dan dapat tengok sendiri macam mana produk-produk air minuman Spritzer diproses. Bahagian dalam kilang penuh dengan mesin canggih yang sentiasa dipantau oleh pekerja mereka sepanjang proses penyediaan air minuman.
Proses penyediaan air dalam kilang dibuat dengan penuh teliti, dikawal dengan rapi dan terjaga kebersihannya. Sebelum kami masuk ke dalam kilang pun kena patuh beberapa prosedur yang telah ditetapkan untuk tujuan keselamatan dan juga bagi menjaga kualiti air yang diproses.
Sepanjang lawatan kami di kilang Spritzer mereka beri penerangan ringkas tentang sejarah kilang Spritzer, bagaimana air Spritzer diproses, penerangan kandungan mineral dalam air, kebaikan air mineral Spritzer dan lain-lain lagi.
Kat situ baru aku tahu rupanya Spritzer bukan saja keluarkan air mineral tapi ada banyak lagi produk-produk lain keluaran mereka seperti Spritzer + FIBRE, Spritzer Sparkling, Summer Mini Cola, Spritzer Pop dan Spritzer Tinge.
Selain tu, kilang Spritzer juga memproses air mineral untuk air minuman jenama lain antaranya air mineral Mesra, air mineral Cactus, dan banyak lagi.
Untuk pengetahuan semua, Spritzer disahkan HALAL oleh JAKIM dan lulus piawaian SIRIM, HACCP dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk yang disahkan HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia takkan lah ada air mayat, betul tak? Untuk mengesahkan lagi rakan blogger Shakiddo.com telah bertanya dengan pihak JAKIM tentang status sumber air Spritzer.
Oleh sebab cerita tentang air Spritzer air mineral mayat dah lama tersebar, ramai yang was-was dan mempersoalkan status halal haram air keluaran Spritzer. Dengan jawapan yang diberi oleh JAKIM ni diharap dapat memuaskan hati semua pihak. Boleh juga semak status halal produk Spritzer di Halal Directory.
“Salam.. Sumber air yang diambil adalah terjamin selamat dan suci. Mendapat pengesahan Kem Kesihatan Malaysia dan mepunyai status halal yang sah” – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
Kepada rakan-rakan yang ada perasaan was-was kena tanya pada diri sendiri adakah perasaan was-was masih ada walaupun produk sudah mempunyai status halal Jakim. Seandainya meragui status halal Jakim maka anda seperti meragui Jakim sebagai badan yang memberi status halal. Was-was dengan kehalalan makanan dan minuman sangat penting kerana mempengaruhi sumber makanan yang kita ambil. Kalau was-was dengan makanan atau minuman tertentu cara terbaik jangan ambil makanan atau minuman tersebut tetapi kalau was-was dengan badan yang memberi status halal itu bahaya sebab mungkin kita tak boleh makan semua makanan yang mendapat status halal dari bandan tersebut. Paling baik rujuk dengan ustaz jangan buat andaian sendiri soal haram haram.
Spritzer juga telah menerima banyak anugerah antaranya Readers’ Digest Trusted Brand Platinum Award selama 12 tahun berturut-turut, anugerah Frost & Sullivan Asia Pacific Bottles Water Company of The Year (botol yang tak membahayakan pengguna) dan anugerah Best Brands Signature Award oleh The Brandlaureate.
Selama ni aku pun hampir-hampir percaya dengan khabar angin berkaitan air Spritzer ni. Bila dah tengok sendiri depan mata sumber air yang digunakan oleh Spritzer dan macam mana air bawah tanah tu dipam dan diproses barulah rasa yakin sikit.
Air Spritzer memang bersih dan selamat untuk diminum. Isu tentang “air mineral mayat” tu ternyata salah! Diharap cerita palsu tu dapat dihentikan lah.
0 comments:
Post a Comment