Wednesday, October 1, 2014
- In: Info Jenayah
- Posted By: Anonymous
- Comments: No comments
Wanita Tekad Lakukan Pembedahan Plastik Elak Daripada Di Buru Polis..
Pembedahan plastik biasanya dilakukan untuk memperbaiki bahagian tubuh yang rosak atau menambahkan kecantikan. Dengan alasan pekerjaan atau ingin penampilan lebih menawan. Perkara berbeza yang dilakukan wanita ini, dia melakukan pembedahan plastik agar tak ditangkap polis. Walaupun rupanya telah berubah menjadi lebih cantik berbanding sebelum ini namun usahanya tetap sia-sia.
Wanita yang tidak disebutkan namanya ini menjadi buruan sejak tahun 2012 lalu. Dipetik dari rocketnews24.com, dia menjadi buruan polis kerana terlibat dengan kes peras ugut. Wanita muda yang masih berusia 21 tahun ini melakukan pembedahan di bahagian mata dan hidung untuk mengelak dari buruan polis, sehingga dirinya sukar ditangkap.
Ditangkap Karena Bentuk Telinga Berbeza
Namun malangnya, walau sudah melakukan pembedahan plastik, wanita yang berasal dari Xianyang, Shaanxi, China ini akhirnya ditangkap. Selepas melakukan pembedahan, wanita ini merasa dirinya mirip sepupunya, dan dia kemudianya menggunakan surat identiti sepupunya untuk melarikan diri.
Ketika tiba di lapangan terbang antarabangsa Xi'an Xianyang, petugas melihat bahawa telinga wanita ini beza dengan gambar yang diambil . Kerana mencurigakan, akhirnya dia ditahan. Wanita ini akhirnya mengaku dan diserahkan kepada polis.
Sebuah usaha yang cukup nekad. Sayangnya, pegawai keselamatan melakukan tindakan yang sangat teliti. Ditangkap kerana bentuk telinga berbeza dengan foto.
0 comments:
Post a Comment