ANUGERAH Skrin tahun lalu menyaksikan drama terbitan Suhan Movies, Mawar Putih Tanda Perpisahan diangkat sebagai Drama Terbaik ASK 2013.
Tampil mencabar produksi lain di ASK 2014 yang bakal diadakan pada 7 November depan, Suhan Movies layak mempertandingkan beberapa dramanya termasuk Perjalanan, Mengejar Neraka dan Kata Samseng menerusi Drama Terbaik dan 7 Suami bagi kategori Drama Rantaian Terbaik.
Merupakan produksi yang paling aktif dan paling banyak layak bertanding di ASK 2014, pastinya penerbit terkenal, Datuk Rosyam Nor, mengharapkan kemenangan walaupun terpaksa bersaing dengan karya-karya hebat lain.
"Alhamdulillah, tahun ini karya kami disenaraikan lagi sebagai pencabar. Namun, ianya lebih bermakna sekiranya berjaya dicalonkan sebagai pencabar di Top 5. Secara peribadinya, kalau boleh, saya ingin mengekalkan takhta Drama Terbaik itu.
"Pun begitu, saya tidak menidakkan kehebatan produksi lain. Namun, apa yang pasti, Suhan Movies bukanlah produksi yang menghasilkan karya cincai kerana ia membawa nama saya sekaligus akan bertahan sebagai syarikat penerbitan drama tempatan," katanya ketika sidang media ASK 2014 di Sri Pentas, baru-baru ini.
Ditanya mengenai kekuatan setiap dramanya, jelas Rosyam, sukar untuk membandingkan keempat-empat drama yang tercalon kerana masing-masing mempunyai kelebihan dan jalan cerita yang tersendiri.
Selain drama, Suhan Movies turut layak mempertandingkan filemnya, Balistik, bagi kategori Filem Terbaik.

0 comments:
Post a Comment