Thursday, October 23, 2014

Alyah Sedia Timang Anak & Tidak Guna Suami Untuk Pencalonan AIM

Beberapa minggu lalu ada khabar angin tersebar mengatakan Alyah kini sedang sarat hamil anak pertama hasil perkongsian hidup dengan komposer terkenal, Datuk Ramli MS namun ianya pantas dinafikan oleh penyanyi itu sendiri.

BACA: Laporan Alyah Sedang Hamil Tidak Benar, Akui Terkejut (ext.)

Ditemui media ketika majlis pengumuman calon akhir lima teratas Anugerah Industri Muzik ke-21 (AIM 21) di Hotel Istana, Kuala Lumpur baru baru ini Alyah sekali lagi diajukan soalan tentang zuriat dalam perkahwinan beliau yang kini masuk tahun kedua.

“Dalam usia 33 tahun, rasanya tiada sebab mengapa saya perlu menangguhkan lagi usaha untuk mempunyai zuriat sendiri. Jadi, saya tidak menolak sekiranya dikurniakan cahaya mata dalam waktu terdekat. Tetapi hendak buat macamana, nampaknya masih belum ada rezeki untuk kami buat masa ini,” ujarnya seperti dipetik Mangga Online.

Dalam temubual sama juga, Alyah menafikan yang beliau menggunakan pengaruh suaminya untuk kepentingan kariernya apatah lagi untuk mendapatkan pencalonan dalam anugerah berprestij seperti Anugerah Industri Muzik ke 21 (AIM 21) ini.

Alyah tercalon dalam kategori Lagu Pop Terbaik menerusi Sesal Separuh Nyawa hasil ciptaan Rizal Tiga dan Adil AF manakala lirik ditulis oleh Alyah dan Shah Shamsiri.

“Secara jujur saya katakan, di antara saya dengan suami, ibarat langit dengan bumi tapi saya tidak menggunakan kabel suami, saya gunakan platform saya sendiri,” tegasnya. (rtky/m)

0 comments:

Post a Comment