Thursday, October 9, 2014

Jika Foto Itu Keterlaluan, Saya Mohon Maaf – Ayda Jebat

“Saya minta maaf jika foto saya dan Zul keterlaluan dan terlalu mesra. Bagi yang mengkritik saya kerana foto itu, ia sekadar memenuhi peminat sahaja,” komen pelakon Ayda Jebat mengenai fotonya dan Zul Ariffin yang menjadi kontroversi baru-baru ini.

Ayda berkata dia tahu Zul sudah mempunyai teman istimewa dan tidak mungkin akan menjadi orang ketiga dalam hubungan tersebut.

“Sudah beberapa kali saya beritahu, kami tak ada apa-apa hubungan. Kami ‘mesra’ pada hari tersebut demi peminat yang sanggup berpanas semata-mata mahu berjumpa Zill Faezrul dan Armel Aisya,” katanya.

Tambah Ayda, dia dan Zul hadir pada majlis berkenaan selepas di undang oleh Proton dan tidak menyangka ramai peminat drama Rindu Awak 200% berada di situ.

"Ya, memang betul drama tersebut sudah sebulan berakhir sehingga ada yang menghentam saya dan mengatakan saya sengaja nak menggatal dengan bergambar mesra macam tu.

“Bagaimanapun, saya terharu melihat mereka sanggup beratur panjang di bawah bahang matahari semata-mata mahu bergambar dengan kami,” ujarnya yang akan tampil dalam sebuah telefilem bersama Zul iaitu, Lokum Untuk Mama.

0 comments:

Post a Comment