Thursday, October 9, 2014
- In: info semasa
- Posted By: Anonymous
- Comments: No comments
Tanah runtuh dekat Tambunan
KEJADIAN tanah runtuh sepanjang 50 meter di Kilometer 9, Jalan Kota Kinabalu-Tambunan, yang menyebabkan laluan itu tidak boleh dilalui kenderaan. - Foto ihsan Bomba
TAMBUNAN: Tanah runtuh sepanjang kira-kira 50 meter berlaku di Kilometer 9, Jalan Kota Kinabalu-Tambunan, berhampiran Kampung Sunsuron, awal pagi tadi.
Difahamkan kejadian itu menyebabkan putus hubungan kerana bahagian jalan raya di kawasan itu runtuh sepenuhnya dan tidak boleh dilalui kenderaan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 9.49 pagi.
"Bagaimanapun, tiada mangsa akibat kejadian itu. Jalan itu adalah laluan utama yang terletak antara Gunung Emas dan Tambunan," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.
0 comments:
Post a Comment