Setiap tahun sehari sebelum hari raya Aidiladha, kain yang menutup Kaabah iaitu Kiswa akan ditukar Kain kiswa lama ini kemudian dibahagu-bahagiakan oleh kepada pemimpin negara Islam oleh kerajaan Saudi. Amalam memberikan kain kiswa kepada orang ramai ini sudah diamalkan sebelum Islam menapak di Mekah. Individu pertama yang menutup kaabah dengan kiswa ialah Raja Yemen, Tuba'a Al-Hemyari. Kaabah diutup dengan kain sutera, jerami dan juga kain koptik mesir. Selama ratusan tahun kaabah akan dilutupi kain bagi menggantikan kain lama yang semakin lusuh.
Selepas Islam memerintah Makkah, Nabi Muhammad S.AWtidak menggantikan kain yang menutupi kaabah. Kain kiswa hanya digantikan oleh Rasulullah selepas seorang wanita secara tidak sengaja mengakibatkan kiswa yang sedia ada terbakar apabila membakar setanggi sebagai pewangi kaabah. Rasulullah menggunakan kain Yemen (kain sulaman kapas dan bebiri) bewarna putih untuk menutup kaabah. Selepas Rasulullah wafat para Kalifah menggantikan kain kiswa dengan kain koptik Mesir. Kain koptik mesir digunakan kerana ia disulam dari bulu bebiri yang lebih tahan lasak dan berkualiti tinggi. Ketika zaman Kalifah Umar, sebahagian kain Kiswa yang lama akan diberikan kepada mereka yang menunaikan haji sebagai kain untuk menutup kepala dari kepanasan mentari.
Ketika zaman Kalifah Mu'awya Bin Abi Sufyan, kain kiswa digantikan dua kalisetahun. Pada hari Ashura ianya ditutup dengan kain sutera manakala pada bulan Ramadan kiswa digantikan dengan kain koptik mesir. Kain kiswa baru dilemparkan di atas kiswa lama sehinggalah pemerintahan Kalifah Al Mandi dari Dinasti Abassiyahpada tahun 739 Masehi. Beliau khuatir berat kiswa yang terkumpul di atas kaabah akan mengakibatkan ianya runtuh.
Sejak dari hari itu kiswa lama akan dibuang dahulu sebelum kiswa baru diletakkan. Ketika zaman Kalifah Al Ma'mum (813-833) kain kiswa diubah tiga kali setahun. Pada hari kelapan Dhul-Hijja kain sutera merah bersulam digunakan. Pada hari pertama Rejab kain koptik Mesir digunakan dan pada tanggal 29 Ramadan ianya sekali lagi digantikan dengan kain sutera bersulam.
Warna kiswa hitam yang kini biasa kita lihat hanya mula digunakan ketika pemerintahanKalifah An Nasir Dinasti Abassiyah (1180–1225).
Sehingga 1927, kain kiswa dihasilkan di Mesir. Raja Abdulaziz Al Saud kemudian memerintahkan supaya kiswa dihasilkan di Mekah. Kilang pembinaan kiswa dibuka pada tahun 1927 dan sejak dari hari itu kilang yang terletak di Umm Al-Jude, Mekah ini menghasilkan kiswa baru setiap tahun
Kos penghasilan kiswa baru ialah Riyal 17 Juta (RM 14 Juta). Setiap kiswa mempunyai keluasan 658 m2 dan diperbuat daripada 670 kilogram sutera. Sulaman kiswa turut mengandungi 15 KG benang emas. Ia terdiri daripada 47 keping kain dan setiap bahagian adalah 14 m panjang dan 101 cm lebar
Kiswa disulam menggunakan mesin moden dan juga tulang empat kerat pekerja kilang bergantung kepada keperluan. Untuk sulaman terperinci tenaga kerja manusia masih diperlukan.
Jadi inilah serba sedikit sejarah kiswa Kaabah. Selamat menyambut Hari Raya Eidul Adha kepada semua umat Islam.
0 comments:
Post a Comment