PENGENDALI Arsenal, Arsene Wenger tidak menjangka pasukannya bangkit menewaskan Andelecht 2-1.
Jaringan lewat Kieran Gibbs dan Lukas Podolski menyelamatkan Arsenal untuk mencatat kemenangan di Stadium Constant Vanden Stock, awal pagi semalam.
Tuan rumah bagaimanapun terlebih dahulu membuka jaringan menerusi tandukan Andy Najar yang membolosi gawang gol Arsenal pada minit ke-71.
Dengan keputusan itu, Arsenal kini tiga mata di belakang pendahulu kumpulan, Borussia Dortmund, yang menang selesa, 4-0 ke atas Galatasaray.
Wenger berkata, dia berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan anak buahnya yang tidak kenal erti putus asa.
"Satu kesudahan yang mengembirakan. Mereka mengawal bola pada separuh masa pertama tetapi tiada peluang tercipta di depan gol.
“Pada separuh masa kedua, kami mempertaruhkan gerakan dan barisan pertahanan agak longgar, namun percaturan itu memihak kepada kami kali ini,” katanya.

0 comments:
Post a Comment