Tuesday, October 21, 2014
- In: Info Artis
- Posted By: Anonymous
- Comments: No comments
'I WANT TO TOUCH A DOG' : CUBAAN HINA ULAMA MALAYSIA - MUFTI JOHOR
Bekas mufti Johor Datuk Nooh Gadut berkata, program ‘I want to touch a dog’ yang dianjurkan di Selangor kelmarin adalah satu percubaan untuk menghina ulama dan pihak berkuasa agama.
Penasihat kepada Majlis agama Islam Johor itu menambah, ia adalah haram (dilarang) untuk orang Islam untuk sengaja menyentuh anjing kerana haiwan itu kotor (najis mughallazah) mengikut dua Mazhab Islam, Syafi'i dan Hanbali.
"Jangan cuba untuk mewujudkan budaya yang bertentangan dengan Islam, terutama apabila ia mempunyai unsur-unsur menghina ulama di negara ini," katanya yang dipetik sebagai berkata melalui Berita Harian.
"Ia adalah dilarang kerana tiga sebab, iaitu agama, kesihatan dan budaya yang bercanggah dengan Islam. Perlu diingat bahawa Malaysia berpegang teguh kepada Mazhab Syafi'i," katanya.
"Usahlah menjadi hero dengan menimbulkan pendapat terpencil yang tidak boleh digunapakai.
"Alasan fuqaha (ahli fekah) mengenai membela anjing cukup jelas iaitu ia akan menakutkan tetamu, berkurangan pahala satu qirot (satu qirot bersamaan bukit Uhud di Madinah), malaikat rahmat tidak memasuki kediaman dan tabiat anjing suka menjilat.
"Imam al-Nawawi menyatakan tiga alasan membolehkan membela anjing iaitu menjaga tanaman, ternakan dan berburu," tambahnya.
Datuk Nooh berkata demikian sebagai mengulas perbuatan A group of Muslims dan non-Muslim animal lovers yang membuat program ‘I want to touch a dog’ di 1Utama central park pada 19 Oktober 2014.
Dianggarkan hampir 200 sukarela, peminat dan pemilik anjing hadir di Central Park, Bandar Utama, Petaling Jaya Ahad lalu untuk acara tersebut yang dianjurkan oleh Syed Azmi Alhabshi.
Persoalannya sekarang... mungkinkah acara akan datang mereka akan menganjurkan pula program 'I Want To Touch A Pig' pula? Jawapannya, tepuk dada tanya selera!
0 comments:
Post a Comment