Thursday, October 16, 2014

ELAK PISANG BERBUAH DUA KALI - IZREEN AZMINDA SERIK DILUKAI LELAKI


Masih belum terfikir untuk mencari pengganti!

Demikian luahan Izreen Azminda yang sah bercerai dengan bekas suaminya, Muhammad Riza pada Jun lalu. Perhatiannya kini hanyalah pada kerjaya dan anak kesayangannya, Muhammad umar Adrian.

Meskipun ada gosip yang mendakwa dia kini sedang hangat bercinta bersama Amar Baharin, namun pelakon itu mengambil sikap mendiamkan diri.

"Buat masa ini, hati saya belum terbuka untuk mencari pasangan. Saya lebih selesa begini dan tidak akan membiarkan lelaki melukai hati saya dalam masa terdekat ini.





"Namun, saya tahu, jodoh itu rahsia Allah SWT dan saya tidak mampu menolak. Bukan sahaja dengan Amar, malah dengan mana-mana lelaki sekalipun, saya terima sekiranya ada jodoh di kemudian hari," ujar Izreen dipetik sebagai berkata

Bagaimanapun, Izreen masih berkawan baik dengan bekas suaminya dan tidak pernah berdendam demi kebaikan anak tunggal mereka.



"Saya mendapat hak jagaan sepenuhnya terhadap anak saya, namun bekas suami dibenarkan melawat. Hak bermalam hanya akan diberikan selepas anak saya berusia empat tahun. Ini kerana saya tahu kesibukan jadualnya.

"Alhamdulillah, sepanjang tempoh ini, bekas suami tidak mengabaikan nafkahnya terhadap anak dan saya hanya meminta nafkah edah sahaja. Saya juga tidak minta lebih kerana saya tahu kemampuannya setakat mana," tambahnya.

0 comments:

Post a Comment