Wednesday, October 1, 2014

Yusof Haslam Teruja Dapat Berlakon Bersama Syamsul Dalam Gerak Khas



KUALA LUMPUR, 1 OKT 2014: Penerbit dan pengarah filem Datuk Yusof Haslam, teruja dapat berlakon disamping anaknya, Syamsul Yusof dalam musim terbaru drama bersiri Gerak Khas yang bakal bersiaran di RTM2.

Menerusi laporan mStar Online, Yusof, 60, erkata, gandingan mereka berdua sebagai pegawai polis itu adalah kali pertama dan hasratnya untuk berlakon dengan Syamsul akhirnya termakbul.

Pengarah tersebut juga berkata dia adalah individu yang paling teruja kerana dapat berlakon dengan Syamsul dalam Gerak Khas kerana ia merupakan gandingan pertama mereka sebagai pelakon.

Tambahnya dia sudah lama meminta Syamsul terlibat dalam drama bersiri itu tetapi kesibukan Syamsul sebagai pengarah membuatkan hasrat itu sering terbantut.



Dalam pada itu, Yusof berkata, Syamsul bakal memegang watak sebagai Superitendan Polis menerusi musim terbaru itu dan hanya akan muncul pada episod ketujuh Gerak Khas.

Jelasnya lagi, Syamsul turut memberikan komitmen yang cukup baik sepanjang penggambaran berlangsung malah turut bertindak sebagai pengarah untuk beberapa episod drama kepolisian itu.

Bagi Yusof selaku penerbit, Gerak Khas adalah aset yang sangat berharga kepada Skop Production dia ingin melihat drama ini berterusan untuk jangka masa panjang.

Tambah Yusof, selain Syamsul, Gerak Khas juga bakal memperlihatkan penampilan wajah-wajah baru dengan beberapa kejutan lain dalam menarik perhatian penonton baharu.

Sementara itu, Yusof berkata, dia bangga melihat perubahan positif Syamsul yang sebelum ini merajuk untuk meneruskan kariernya sebagai pelakon dan pengarah gara-gara karyanya, KL Gangster dicetak rompak sebelum sempat ditayangkan.

Jelas Yusof, sebagai bapa dia sentiasa berada di belakang anaknya itu untuk memberi sokongan dan yakin Syamsul akan bangkit semula daripada kekecewaannya sebelum ini.

"Semenjak berkahwin dia sangat positif dan kembali berkeyakinan untuk meneruskan kerjayanya dan saya sebagai bapa sangat gembira dan bangga akan perubahan dia.

"Alhamdulillah dia sudah tidak merajuk dan kini sibuk dengan aktiviti lakonan dan kerja-kerja produksi," ujarnya.

0 comments:

Post a Comment